HADIAH ISTIMEWA ALTHEA ANGELS JANUARY BIRTHDAY

HADIAH ISTIMEWA ALTHEA ANGELS JANUARY BIRTHDAY | Hai semua! Malam ni baru ada mood nak update blog. Makin menjadi jadi pulak pemalas nak update blog kan. Padahal banyak je story nak share dengan korang semua! Mesti ada yang perasan sebelum ni Mimi kerap update entry mengenai produk yang best best dari Althea. Nama pun Althea Angels kan bertindak sebagai ambassador gitu. Kenalah promote barang barang yang best dari Althea.



2 minggu lepas iaitu 13 Januari merupakan hari lahir Mimi. So, Althea Angels yang birthday bulan Januari akan dapat hadiah istimewa dari Althea. Pilih sendiri gitu. Hadiah dari Althea ni Mimi dapat 12 Januari. Agak teruja bila dapat tau! Selalu dapat kotak pink cecoet saja saiznya kali nih panjang ngko! 

So, nak tahu apa HADIAH ISTIMEWA ALTHEA ANGELS JANUARY BIRTHDAY yang Mimi dapat, sila baca entry ni hingga tamat siaran.... hahaha

Total produk yang Mimi grab ialah 16 jenis. Produk yang Mimi grab ialah :


1) My Beauty Tool Hair Brush

Bila nampak sikat ni terus grab. Sebab colour pink. Tolonglah jangan kecam sejenis dak Mimi ni. Memang pantang betul tengok segala benda warna pink. Dah test guna. Memang best. Bila sikat rambut, rambut yang rosak dan gugur akan melekat dekat sikat. So, takde dah rambut gugur bersepah dekat lantai. I like sangat!! 

2) Holika Holika Collagen

Mimi baca review ramai cakap best dan memang berkesan bila pakai. So, Mimi pun grab satu sebab nak jugak nampak awet muda selalu kan. Cara nak pakai pun senang, guna selepas cuci muka. Picit sikit pada tapak tangan dan sapu pada muka. Lepas tu, sambung pakai toner, essence dan bla bla bla. 


3) Koelf Ruby Bulgarian Rose Hidrogel Eye Patch

Love sangat eye patch ni. Bau wangi. Mimi pakai masa sebelum nak tidur malam. Mimi pakai eye patch ni untuk kurangkan eye bag dan dark circle.  Sangat hygienic okay sebab diaediakan small spatula untuk korang pick eye patch dari bekas pink.


4) Lovey Dovey Perfume Fabric Mist

Serius cakap Mimi tak boleh move on dengan bau fabric mist Lovey Dovey. Wangi gila kot. Sembur sembur sikit kat baju pergh terbaik baunya. Jarang guna sebab sayang .hahaha....


5) Nature Republic Argan Essential Deep Care Shampoo

Baca review ramai cakap best syampu ni nak nak ia mengandungi argan oil. Kita semua tahukan kebaikan argan oil ni. So, Mimi grab satu nak cuba. Bila dah pakai memang best, bau wangi yang semulajadi lah. Soft je tau korang bau syampu ni.

6) Mise - En - Scène Perfect Repair

Kecil kecil cili api okey. Cara nak pakai senang jer, lepas cuci rambut korang keringkan dengan tuala. So rambut dalam keadaan basah dan kering. Kira masih lembab lagilah. Then sapu perfect repair ni. Dah beberapa kali pakai nampak perubahan pada rambut tau. Rambut halus, lembut dan paling best rambut kurang gugur. Memang best sangat lah korang. Tak sia sia pilih.


7)  The Face Shop Pink Cushion Blusher

Memandangkan blusher sedia ada dah nak habis. So, haruslah dak Mimi grab satu blusher yang cute ni. Didatangkan dalam packaging yang cute dan puff bulus bulus yang lembut gitu. Belum pakai lagi tau. Nak habiskan betul betul blusher sedia ada. Rasa sayang pulak nak pakai sebab cute!

8) It's Skin Power 10 Formula VC Effector with Vitamin C Derivative

Serum ni Mimi pakai waktu malam sebelum nak tidur. Waktu siang serum lain. Serum ni best pakai. Bau lemon yang soft. Pakai pun tak rasa melekit. Saiz pun besar kalau nak compare dengan serum yang lain.


9) Althea Bare Essentials Contour Cleanser

Kebanyakan kawan kawan bloggers Mimi pakai ni sebab best. Bau lemon yang sangat wangi dan bila apply pada muka rasa berangin sejuk saja. Jangan tak tahu adik adik Mimi pun guna. Diorang suka. So, yang ni Mimi grab untuk mama. Stok Mimi ada lagi tau.

10) AHA BHA PHA 30 DAYS Miracle Toner

Since Mimi baca banyak review yang best best pasal toner ni, Mimi pun grab satu buat stok. Dah pakai memang best. Kulit muka rasa lembut dan moist saja. Liang pori pun mengecil dan scars pada muka semakin pudar.


11) Boom De Ah Dah Everyday Mask Lemon Lime 

Setakat ni, Mimi ada 3 jenis mask dari jenama Boom De Ah Dah iaitu Rice, Lemon Lime dan Green Tea. Lepas ni nak tambah stok mask lagi. Lemon Lime tu best, walaupun masa pakai rasa pedih sikit jerrrr tapi boleh nampak kesan pakainya. Scar jerawat semakin pudar. Hasil gabungan mantop dengan produk lain gitu juga kan.

12) Boom De Ah Dah Everyday Mask Green Tea

Mask Green Tea ni pun best sangat pakai tau korang. Bau green tea tu soft je bila kita bau. Bila pakai kulit muka memang rasa moist sangatttt. 

13) Tony Moly Pureness 100 Green Tea Mask Sheet

Dah pakai mask Green Tea ni memang best. Boleh nampak ekstrak green tea pada mask tu. Lepas pakai memang kulit muka rasa soft dan moist gitu. 


14) Althea Pore Purifying Serum Cleanser

One of my favourite product from Althea. Highly recommended untuk korang yang tak suka bawa segala tok nenek skincare yang memberatkan beg korang kalau pergi mana mana. Tak payah dah bawa wet tissue, makeup remover, cleanser atau serum. Ada sebotol ni dalam beg cukup. Bertindak 3 dalam 1 tau iaitu sebagai makeup remover, cleanser dan serum. Kalau mekap tebal memang Mimi suka pakai ni. Semua jenis mekap tanggal sepantas kilat.


15) The Face Shop Light Cleansing Oil

Since Mimi sekarang memang rutin skincare ikut cara Korean Skincare routine, so ni salah satu wishlist yang Mimi nak . Nak buat double cleansing memang kena ada cleansing jenis oil ni. 

16) Missha 4D Mascara

Kemain ko nama maskara ni 4D Mascara gitu . Terfikir juga kenapa panggil 4D kan. Ke bila pakai bulu mata ni dari jauh nampak "4D" tu ke macam mana kan. Tapi yang best bila pakai maskara ni, ia tak clumpy tau korang. Tuh yang best. Bulu mata pun nampak sehelai sehelai je. I loike sangat! 

So, inilah kesemua 16 produk yang Mimi grab sempena birthday Mimi yang lalu. Hah amacam best best tak produk yang Mimi grab! Gila tak suka dapat hadiah masyuk macam ni. Thank you very much to ALTHEA for the awesome gifts. Rasa beruntung dan bertuah sangat terpilih jadi Althea Angels tau korang. Sebab barang barang yang ada di Althea semua best best. Kalau korang tak percaya korang boleh klik link web Althea ni, confirm korang pun akan jadi rambang mata macam sejenis dak Mimi. 


Post a Comment

38 Comments

  1. Happy Birthday Januari.. best-best hadiah Mimi dapat.. ada juga yang Bonde beli sama dengan Mimi.. hi hi hi tunggu Bonde share yea

    ReplyDelete
  2. wah seronknya macam macam barang yang ada

    ReplyDelete
  3. yang Shampoo Argan Oil tu kiteee suka =D

    ReplyDelete
  4. Wahhhh... Banyaknya produk althea sampai 19. Best lah dapat guna apa yg kita nak dan perlu.. Apa-apa pun Happy Birthday Mimi

    ReplyDelete
  5. Best best pilihan kak Mimi. By the way, Happy Birthday Kak Mimi

    ReplyDelete
  6. Wowww banyaknya. Happy belated birthday ye

    ReplyDelete
  7. Happy belated birthdayy! Saya pun January jugak.. Banyaknya Althea bagi gift

    ReplyDelete
  8. Bestnya tgk barang2 akk.. Nk wish selamat hari jadi walaupun dah lepas ❤️

    ReplyDelete
  9. Wah best dapat suprise besday daripada althea hihihi

    ReplyDelete
  10. Wah wahh. Banyak akk shopping.. Kita suka gk shopping kt althea ni..mcm2 ade kan.. Btw happy birthday kak..

    ReplyDelete
  11. Wahhh banyaknyaaa...best dpt dr alrhea birthday gift...kami pya bln april hihi

    ReplyDelete
  12. Banyaknya masuk bakul. Hadiah birthday lah katakan. Ada beberapa item tu dah cuba jugak.

    ReplyDelete
  13. bestnya dapat hadiah birthday dari Althea ni.. serum cleanser tu memang best. Rose letak di office satu. senang nak guna time zohor.

    ReplyDelete
  14. Bestnya..banyak dapat...Teringin pulak nak jadi Althea Angle jugak..Tapi muka tak cantik kot..tu yang tak merasa..hahahah.. Rasa berkenan dengan eye patch Ruby tu..

    ReplyDelete
  15. Wah banyak dia grab ye.. Menarik sangat maskara tu.. Ruby tu pun nad grab.. Utk eyebag bawah mata ni

    ReplyDelete
  16. Banyaknya Hamish, semua zira suka nak juga tak pernah dapat hadiah macam ni

    ReplyDelete
  17. Memang banyak and best la Althea ni, produk semua tip top and harga pun berpatutan.

    ReplyDelete
  18. Waaaa.. Meriahnya barang akk.. Kalau kita jadi akak pun rasa teruja ni. Dapat hadiah besday dari Althea. Dah la barang dorang menjadi pilihan ramai.

    ReplyDelete
  19. Banyaknya barang. Blusher tu nampak menarik dan produk yang ada bulgarian rose tu. Mesti sedap kan bau dia?. Perfume mist tu pun nampak menarik.

    ReplyDelete
  20. happy birthday ! bestnya shopping dekat althea. airah pun ada beli eye patch tu plan nak pakai masa pantang nanti hihi

    ReplyDelete
  21. Happy Birthday, untung la dapat hadiah yang baguss-bagus pula tu. jealous saya tau.

    ReplyDelete
  22. I love the comb alot as other side of it has a mirror. I also like shopping on Althea, so many skincare and makeup to choose, wanna try on hair care range too. infact now I am using a bleach for my hair which I bought from Althea.

    ReplyDelete
  23. Happy birthday to you. Wishing you all the happiness in the world.

    ReplyDelete
  24. wow! memborong tak hengat ni, mimi :)
    terbaik la.
    setiap satu aida belek. aida klik masuk website althea few days ago.
    tapi tu la. tak boleh register. ntah nape.
    berkenan jugak la after tgk bloggers' review. menarik perhatian aida.

    ReplyDelete
  25. Untung lah orang perempuan ni setiap kali hari jadi dapat hadiah dari Athea ni kita orang lelaki jelous tak ada ker untuk produk kesihatan lelaki pula hehehehehe..... Produk mereka pun banyak juga bagus..

    ReplyDelete
  26. seronoknya tgk kawan-kawan redeem birthday point ni..Liez suka dgn the face shop blush tu dan dgn pore purifying.. memang nanti nak repeat beli lagi.. AHA BHA PHA 30 DAYS Miracle Toner tu nnt nak cuba sebab ramai kata bagus..

    ReplyDelete
  27. Happy birthday mimi!!...semoga panjang umor dimurahkan rezeki....wahhh tahniah dpt set hadiah penjagaan wajah...produk yg baik..

    ReplyDelete
  28. Bestnya dapat hadiah dari Althea. Sis dah dapat lama dah..bulan july hari tu..now nak tunggu tahun ni punya pulak..hope dapat le lagi..hehehe. Memang suka dengan barang2 kat Althea ni..kualiti terbaik

    ReplyDelete
  29. Wahhh 16 barang! Seronok betul! Enjoy pampering yourself with your new stuff. Hehe. And happy belated birthday!

    ReplyDelete
  30. Meriah giler hadiah besday dia. Untunglah jadi duta Althea..Happy belated birthday!

    ReplyDelete
  31. Wah. Bukan main memborong ye. Happy Bestday and mesti rasa bahagia dapat all those beauty products - enjoy your presents ye.

    ReplyDelete
  32. Bestkan althea pemurah hati giler. Suka reward macam2 kat ahlinya.. dan barang2 dia not bad jugakkan

    ReplyDelete
  33. wa very nice ya become Althea Angels. I like that cute pinkish My Beauty Tool Hair Brush. It suits every girls like us. Hmm time to check it out hehe

    ReplyDelete
  34. Banyak gak pilihan produk dr Althea.. AM suka sbb kebanyakan produk althea nie mmg berasaskan bahan semula jadi.. Bestnyer bila siap dpt besday present dr althea gitu..

    ReplyDelete
  35. Wah seronoknya dapat hadiah produk camni. Percuma pula tu. Hehehe. Semoga lebih cantik dan bersemangat k.

    ReplyDelete
  36. niceeee you get a special birthday gift from them! anyway happy belated birthday!

    ReplyDelete
  37. Wow bestnya dapat hadiah macam ni..Apa2pun happy birthday kakak cantik semoga dimurahkan rezeki selalu

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com