DRAMA ADAPTASI NOVEL PUJAAN HATI KANDA

DRAMA ADAPTASI NOVEL PUJAAN HATI KANDA | Hai semua ! Sekarang ni hangat dan heboh sana sini bercerita pasal DRAMA ADAPTASI NOVEL PUJAAN HATI KANDA lakonan Remy Ishak dan Mira Filzah tu ya. Macam macam luahan kat facebook Mimi baca pasal drama tu. Ada yang kelakar ada yang geram kan. Tapi Mimi tak tengok pun drama tu. Sebab sejenis jarang tengok tv. So, Mimi beli novel saja. Lagi puas hati .



DRAMA ADAPTASI NOVEL PUJAAN HATI KANDA


Walaupun tak tengok drama PUJAAN HATI KANDA ni, Mimi boleh agak jalan cerita macam sebab Mimi dah ada novel Pujaan Hati Kanda ni . Dah habis baca pun. Nama pun drama adaptasi kan mesti ada jalan cerita yang diubah ikut kesesuaian  betul tak? Contoh dalam drama baby Iqy tapi dalam novel baby Rara okey! 

Sumber  Google


Pelakon dan Sinopsis Drama Pujaan Hati Kanda


Barisan pelakon 

Remy Ishak - Megat Danish/Danny
Mira Filzah - Tiara
Sarah Hildebrand - Nadine
Syazwan Zulkifly - Pali
Elisya Sandha - Reena
Azar Azmi - Fatimah
Mustaqim Bahadon - Kashah
Aida Rahim - Rosnah
Omar Abdullah - Dato Megat Aiyub
Dian P. Ramlee - Datin Puteri Aisyah
Reen Rahim - Suria
Taufik Hanafi - Naim
Qazem Nor  - Rizman

Mengisahkan Megat Danish/Danny (Remy Ishak), seorang playboy yang sudah insaf dan mahu membina kehidupan baru.
Namun ketika hari pernikahannya, dia menerima sebuah 'hadiah' iaitu seorang bayi yang diletakkan di ruang legar masjid bersama kad ucapan dan sijil kelahiran. Bakal isterinya, Nadine (Sarah Hildebrand) enggan meneruskan pernikahan mereka selagi misteri kehadiran bayi itu tidak terungkai. Majlis pernikahan dibatalkan dan Danny perlu bertanggungjawab ke atas bayi itu.    Danny terpaksa mencari pengasuh yang sudi menjaga Rizqi sementara dia menyiasat siapa sebenarnya ibu kepada Rizqi dan benarkah Rizqi itu anak kandungnya.
Dalam kesulitan, Danny dipertemukan dengan Tiara (Mira Filzah), pelajar universiti yang kesempitan wang ringgit. Danny merahsiakan perkara sebenar mengenai identiti bayi itu. Tiara hanya mengetahui Danny adalah seorang duda yang kematian isteri.
Tanpa diduga, cinta mula berputik antara Danny dan Tiara. Dalam masa yang sama, Danny masih berusaha menjejak gadis misteri demi sebuah kebenaran dengan apa cara sekalipun sekali gus membongkar misteri yang membelenggu hidupnya.
Jika dahulu dia digelar lelaki mata keranjang bergred A+, dikejar dan dipuja ramai gadis. Kini, pesonanyamasih hebat. Dia kembali dikejar Tiara, Nadine dan Fatimah gadis misteri. Ketiha tiga mereka mempunyai sikap dan karamter yang berbeza. Namun ketiga tiga mereka mempunyai alasan yang kuat untuk mengikatnya dengan ikatan perkahwinan .Hendak atau tidak, dia terpaksa memilih antara simpati, tanggungjawab dan cinta. Kini manakahenjadi keutamaan seorang lelaki yang kini sudah kembali ke pangkal jalan ?

Hah complicated tak hidup Danny? Mesti korang tertanya tanya nanti Danny dan Tiara jadi ke tak kahwin? Ke Danny kahwin dengan Nadine? Mimi tak nak cerita Danny kahwin dengan siapa, better korang tenhok sendiri drama tu kan. Kalau cerita nanti tak best lah sebab dah spoil. Tapi PUJAAN HATI KANDA ni memang best tau korang .
Baca novel pun hati dah sakit tengok perangai Pali kalau drama apa entah lagi kan . Nak nak muncul pula si Fatimah tu lagi sakit hati tau korang . Kesian dekat Tiara je nanti . Dan yang paling best tentulah part baby Iqy sebab baby Iqy tu comel sangatkan?  Gebu dan bijak tau . Tengok gambar je dah geram .
Selamat menonton drama PUJAAN HATI KANDA lah ye korang. Confirm lepas ni korang akan bertambah sakit hati. Mimi dah lepas rasa sakit hati menyampah tu bila baca novel. Tak sanggup nak tengok drama dah. Tambah dosa aku je kang! Hahaha .

Post a Comment

25 Comments

  1. PC dah lama tak ikuti cerita2 yang ada .Tapi Pujaan Hati Kanda ni PC ikuti juga sebab baby Iqy tu.. Hehehehehe.

    ReplyDelete
  2. Lar baru la tengok cerita ni baru2 ni. Tak perasan tajuknya tapi episod tu Remy Ishak nak cari pengasuh anak dia so Mira Filzah yang jaga baby tu. Comel baby tu gebu + putih melepak.

    ReplyDelete
  3. Layan juga cerita ni sebab budak tu comel. Suka tengok watak kakak Tiara yang dilakonkan Reen Rahim. Gila-gila juga wataknya.

    ReplyDelete
  4. Akak dah habis baca novel dah..rasa geram sama jer macam tengok drama..watak pali, nadine dan suria tu buat akak rasa gerammmm sangat...tapi tak leh lawan sweet tgok Remy Ishak..hahahaha...akak layan gak drama sebab plot dan jalan citer agak lain dari dalam novel kan...sapa nak tau penyudah drama ni bleh pm tepi..hahahahaha

    ReplyDelete
  5. oh ini ke yang orang dok sebut kanda bagai tu. ingatkan apalah hahaha. gandingan mantap! tapi kan takde drama yang dibuat tanpa refer novel? teringin nak tengok karya asli hahaah

    ReplyDelete
  6. ah seems like a lovely story. I like to watch movie like this, that was originated from novel. It's normally is very nice one right.

    ReplyDelete
  7. War...kalau lah sudah tahu yang hati akan sakit...maknanya...endingnya tidak seperti yang kita inginkan? :D Hmm...tapi kenalar tengok juga kan untuk tahu jalan cerita.

    ReplyDelete
  8. mmg drama skarang ni byk btul adaptasi novel tp akak tk beli pn novel hehe...tk brp suka ngan nadine tu...mcm xsesuai je watak die..sbb die kn berhijab tp mcm lagak sombong gtu...tgk cite ni pn sbb ada remy ishak...mmg cute baby iqy tu

    ReplyDelete
  9. banyaknya soalan2 yang buat org curious je!

    Btw, jemput datang join segmen bloglist Myra yang pertama! :D

    Myra | The Grey Lines Between Segment | Blog List For the First Half of 2019

    ReplyDelete
  10. Bakal hitz la ni.. Kena pulak pelakon dgn hero dan heroin pojaaan ramai.

    Sure melekat la depan tv bila dan ternonton sekali..

    ReplyDelete
  11. I used to read novels a lot but nowadays no time already. This story really interesting. I am going to search for this novel as soon as possible.

    ReplyDelete
  12. Heboh dah drama ni..kanda dinda...haaa tp kak blm tgk drama dia

    ReplyDelete
  13. Masa tengah komen post ini kita tengah tonton drama ini kat TV3 hehehe memang best lakonan Mira Filzah tu hehehehe tapi nak baca novel tu memang malas lah kita wakakakaka...

    ReplyDelete
  14. disebabkan Remy Ishak yan gberlakon, kite wajib lah nengok ni.. hahahaha~ berkenan betul kombinasi budak dua orang ni.. aura berlakon lain macam..

    ReplyDelete
  15. Dah mula melekat kat drama ni haaa. Pelakonnya pulak best semuanya. Lagi-lagi baby Iqy tu. Geram betul haha. Comel sangat. Biasalah kan kalau ada sikit-sikit tak berapa nak sama dengan novel. Nak sesuaikan dengan keadaan semasa

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  16. Ramai yang up, tapi nad tak pernah tengok lagi. Entah, maghrib tak dapek nak tengok tv. Tv tutup. .Ehhehe. .Nak tenngok online malas pulak. .Takpe nanti nak tgk gak. .sebab baby iqy tu comel. .Ni la kanda yang menjadi pujaan wnita semua tu ye. .Hehe

    ReplyDelete
  17. wahhh terbaiklah.....ni peminat sejati nih..sejenis tak sabar nak tahu apa next...tapi itulah yang syok kan....baca novel lagi feeling....

    ReplyDelete
  18. Drama/buku pasal playboy lagi. Klise.

    ReplyDelete
  19. glad that you love the drama. i never follow any of these drama, but seems like all the actor actress very attractive! haha i mean afterall actor and actress are one of the reason we stick to the movie/drama right.

    How to deal with markets ups and downs?

    ReplyDelete
  20. Malas nak tengok dah sebab sakit hati dengan semua orang dalam drama tu. Kalau ada novel kan senang. Boleh baca terus sampai habis! Nak tunggu sampai episod last je lepastu nak marathon haha

    ReplyDelete
  21. Serious dh lama tk baca novel. haha. tpi cerita cerita mcm ni kureng sikit sbb tk suka rasa sakit hati. haha. thank you la sbb share sipnosis sikit pasal cerita ni. dh tgk skali haritu, tpi tk minat sngt

    ReplyDelete
  22. wahh macam best novel ni...but i tak follow la drama ni...mayb I should...

    ReplyDelete
  23. aida x folo rapat citer ni.
    tgk lompat2. da abis, kan?
    happy ending alhamdulillah...

    ReplyDelete
  24. aida ni bukan penggemar baca novel, mimi.
    so, kalau citer yg adaptasi novel, aida suka tgk jugak la.
    then, tanya member yg confirm akan review novel nyer.
    sama x dgn novel :)

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com