AQUAMAN FILEM YANG BEST UNTUK DITONTON

AQUAMAN FILEM YANG BEST UNTUK DITONTON | Hai semua ! Jumaat baru ni Mimi tengok wayang filem Aquaman dengan officemate. Kebetulan hari Jumaat tu memang kitorang dah start cuti sampailah tahun baru nanti. Memang kitorang dah plan nak tengok Aquaman sama sama. Mimi sendiri pun dah minta izin suami dan dia bagi tapi bersyarat suruh bawa anak bujang dia Adhwa. Apa sebab dia letakkan syarat macam tu biarlah rahsia . hahaha.. 

Sumber : Google


AQUAMAN FILEM BEST UNTUK DITONTON

Mimi tengok kat TGV AEON Seremban 2. Sampai lebih kurang pukul 10 .04 pagi macam tu. Wayang mula 10.15 pagi. Sempat sangat belikan Adhwa popcorn . Tiket Mimi order online terus. Malas nak beratur. Book twin seat RM17 saja. 



Sinopsis AQUAMAN

Aquaman yang bernama Arthur Curry merupakan Raja sebenar kerajaan bawah laut di Atlantis. Arthur dilahirkan hasil daripada hubungan antara kedua orang tuanya di mana bapanya ialah manusia biasa hidup di darat dan bekerja sebagai penjaga rumah api dan ibunya Queen Atlanna seorang penghuni laut Atlantis. 

Arthur memiliki kuasa yang luar biasa sedari kecil. Namun, dia terpaksa berpisah dengan ibunya yang perlu kembali ke Atlantis untuk menyelamatkan nyawanya dan bapanya . Dan ibunya berjanji akan kembali selepas keadaan kembali pulih seperti biasa .

Bila dewasa,  Arthur menghabiskan masanya dengan membantu membasmi jenayah lanun. Sehinggalah kehadiran Puteri Mera yang memberitahu Aquaman kerajaan Atlantis memerlukan dia untuk menyelamatkan kerajaan di bawah laut dan juga daratan, memandangkan adiknya , King Orm (lain bapa sama ibu) ingin melancarkan peperangan antara daratan dan lautan .

Namun, untuk membuktikan Arthur merupakan Raja Laut yang sebenar, dia kena memgharungi pelbagai rintangan untuk mencari Trisula yang terletak di dasar laut. Agak agak dia berjaya atau tidak membuktikan dirinya Raja yang sebenar. Korang memang kena tonton filem Aquaman ni! 

Pendapat Mimi mengenai filem Aquaman



Secara jujurnya filem ni tak berapa sesuai untuk tontonan kanak kanak sebab ada beberapa adegan yang tak sesuai untuk mereka . Adhwa sendiri pun teruja part banyak haiwan laut di dalam akuarium besar  selebihnya dia leka makan popcorn dan tidur. Yelah kiss scene tu kalau budak banyak tanya jenuh nak jawab hah gitu! Taklah berat mana pun. Tapi filem ni memang best untuk ditonton kita sebab ia mengajar erti kasih sayang, sabar dan jangan mudah putus asa dalam mencapai sesuatu .

Mimi kagum bila tengok dunia dalam laut dalam tu tau . Walaupun itu semua teknik CGI tapi siapa tahu kuasa Allah kan. Manusia masih belum dapat menguasai dunia laut dalam yang sebenar. Hanya 5% saja. Lagi 95% hanya Allah saja yang tahu . Adegan peperangan di dalam laut juga buat Mimi kagum tau . Nampak real. Adhwa pun nampak teruja sebab tengok macam macam rupa makhluk yang ada .

Tapi yang buat Mimi leka tengok filem Aquaman ni kan korang pelakon wanita yang pegang watak sebagai Puteri Mera tu. Muka dia iras dengan pelakon Malaysia Fathia Latif. Masa mula mula tengok, macam familiar muka dia. Puas duk fikir sekali baru teringat muka dia iras Fathia Latif .

Aquaman ada adegan yang lawak  ada adegan yang sedih dan ada adegan yang buat kita rasa cemas dan takut. Semua campur baur jadi satu . Beberapa kalilah air mata keluar salah satu sebab ialah sedih tengok ibu terpaksa berpisah dengan anak yang masih kecil. Part lawak bila melibatkan Aquaman. Muka serius tapi ada juga lawaknya. So untuk Aquaman memang filem yang tak rugi untuk ditonton . Memang best !

Korang yang belum tengok lagi Aquaman pergi tengok cepat cepat okay !

Post a Comment

30 Comments

  1. Akk pn nangis.. Part sedih. Mmmg best sgt citer ni

    ReplyDelete
  2. jsp, nape cuti lama sangatttt hahahaha baru nk gi tengok cerita ni

    ReplyDelete
  3. Ramai yang kata best citer Aquaman ni. Nak tgk lah juga nanti. Suka cerita2 macam ni.

    ReplyDelete
  4. Ari tu nak tgok citer ni tapi cik abg x nak..nak tgok bumblebee..ntah bila la dapat tgok citer ni

    ReplyDelete
  5. Ayu pun dah tengok, bagi yg sukakan cerita fiksyen Aquaman memang sesuai. Jalan cerita menarik dan cantik hihihi

    ReplyDelete
  6. such wonderful movie, we enjoy it from the start to the end. Yeah I like the ocean master too he is actor in horror movie conjuring. I also like Nicole Kidman, she's my fav actress of all time.

    ReplyDelete
  7. Bestnya dah tengok! Kita nak tengok masih tak kesampaian lagi. Tengok poster pun dah tahu cerita ni best! Hahahah. Asyik nak review orang je, bila la nak sampai turn kita pulak tengok Aquaman ni :')

    ReplyDelete
  8. cerita omputih gitu la.. banyak nau kiss kiss ni kan.. tak berapa kenan laa

    ReplyDelete
  9. Wow. Nanti nak ajak husband pi tengoklah..

    ReplyDelete
  10. serius enjoy sangat tonton aquaman ni. best ! cast dia pun semua sedap mata memandang hahahaha. rasa nak repeat lagi pun ada

    ReplyDelete
  11. Saya belum sempat lagi untuk menonton Aquaman ini. Ratingnya aat tinggi, hopefully dapat ada peluang untuk menonton wayang ini sebelum terlambat.

    ReplyDelete
  12. Babak laut dalam dengan hidupan laut memang paling mengujakan bagi Rawlins. tenang je Rawlins rasa bila tengok adegan tu - CGI memang cantik kan

    ReplyDelete
  13. I baru tengok last weekend. I love their cinematography. Cantik and colorful. Dah rasa macam tengok avatar. Normally DC punya cerita boring. But Aquaman seriously best! must watch!

    ReplyDelete
  14. Wah! Semalam dlm dilema tau nak tgk aquaman atau bumblebee. Tp lastly tgk bumblebee. Hahah. Tak sabar nak tgk aquaman! Cx suka cite² mcm ni. Menarik! Ada je history lagenda dia nak ketengahkan. Bagi kita rasa teruja je sepanjang layan movie. Tambah lg dengan pelakon² yg memang hebat² belaka.

    ReplyDelete
  15. ramai cakao best. Rose macam teringin nak tengok juga. tapi kan,Rose jarang tengok filem genre macam ni..

    ReplyDelete
  16. Belum sempat tgk lagi...lepas exam la kot baru dpt tgk...hahaha...

    ReplyDelete
  17. I love this movie..it's really nice... above expectation... the song also very nice.. hehe

    ReplyDelete
  18. Aritu dpt jemputan tgk movie aquaman ni tp xdpt join ..nanti ada kesempatan bole pi tgk..ramai ckp best juga

    ReplyDelete
  19. Yes betul kita setuju sangat filem Aquaman memang terbaik dan seronok tonton budak-budak pun bagus juga tonton kita dah pergi tengok best...

    ReplyDelete
  20. BBL pun suka amat sangat tengok DC Aquaman. memang berbaloi beli tiket extra advance semata nak jadi rakyat pertama tengok movie ni. dengar cerita pengarah Aquaman orang Malaysia kan.. cayalah

    ReplyDelete
  21. fuhhh i sukaaaa aquaman ni...my man so machoooo....and nicole kidmand and amber so gorgeous!

    ReplyDelete
  22. Dah tengok dah..memang best cite dia..dah lama tak tgok Nicole Kidman..masih cantik lagi dia.. walau skjp terubat rindu

    ReplyDelete
  23. I suka suka suka ! Aquaman sebab dia macam american talker style la lepas tu prince ommm pun handsome walaupun jahat... karakter perempuan cantik sebab rambut kaler merah.. so far not bad suka part dorang solve the misteri tapi i tak puas hati bab trisula tu sebab i kasi rate 4.9/5

    ReplyDelete
  24. Teringin nk tgk aquaman tp husband nk tgk mortal engine.. Hahaha.. Tgk rmi review best aquaman ni.. Ada masa nk tgk juga lah nantimm

    ReplyDelete
  25. Bestnya tengok aquaman. Saya ni dah lama tak pergi tengok wayang lepas ada anak anak kecik. Biasa tengok dengan husband je dekat rumah download.

    ReplyDelete
  26. Kannn!! best giler. walaupun 2 jam 30 minit. memang seronok. tengok editing dia. cakap pun berbubble macam dalam air tu. hahaha. Ruby suka Mera rambut merah tu. cantikkkkk

    ReplyDelete
  27. Belum sempat tengok. Nak join yang Domino haritu pun dah penuh. Hehe. Mmmg dgr ramai beri komen positif filem ni. Kena tgk jugalah ni

    ReplyDelete
  28. I read many good review about this movie, going to watch it with my family soon.

    ReplyDelete
  29. Dah lama sangat tak layan wayang. Dduk mersing ni lagi laaa tak kan merasa. Nak tengok wayang mau kena turun kluang dulu.
    Ramai yang cite kata aquaman ni best..

    ReplyDelete
  30. Bonde pon dah tengok juga... Ada part yang best!! nak cari jugalah trisula tu... keh keh keh

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com