D'KAYANGAN STEAMBOAT BBQ BUFFET RESTORAN MURAH DAN SEDAP DI SHAH ALAM | Hai semua! Sihat ke? Dah makan belum tu? Mimi baru saja lepas makan. Nasi Goreng Udang je. Eh, cerita pasal makan kan, Mimi nak kongsi dengan korang satu tempat makan yang murah dan sedap tau. Mimi dah pergi makan pun sebab tu berani nak kongsi dengan korang tempat makan ni. Tempat makan yang Mimi maksudkan tu ialah D'KAYANGAN STEAMBOAT BBQ BUFFET RESTORAN MURAH DAN SEDAP DI SHAH ALAM. Bab makan ni kan Mimi dan suami cerewet sikit tau. Tak kena tekak memang tak nak datang lagi. Tapi D'KAYANGAN STEAMBOAT BBQ BUFFET ni sangat berbaloi datang dan makan di sini lagi dan lagi dan lagi!
D'KAYANGAN STEAMBOAT BBQ BUFFET RESTORAN MURAH DAN SEDAP DI SHAH ALAM
D'KAYANGAN STEAMBOAT BBQ BUFFET RESTORAN MURAH DAN SEDAP DI SHAH ALAM sangat berbaloi untuk korang datang makan di sini sebab terdapat banyak pilihan makanan yang ada.
Mimi dan keluarga sampai pun lebih kurang pukul 6.30 petang. Bayangkan dari Seremban ke Shah Alam semata mata nak makan steamboat dan BBQ di D'KAYANGAN STEAMBOAT BBQ BUFFET SHAH ALAM. Kami bajet masa lebih kurang pukul 6.00 petang sampai tapi kebetulan hari yang sama berlangsung perlawanan bola sepak antara Perak dan Terengganu di Stadium Shah Alam. Apa lagi, memang jalan jammed lah kan. Tapi akhirnya kami selamat sampai di D'KAYANGAN STEAMBOAT BBQ BUFFET. Sampai saja, kami decide duduk luar. Sambil makan sambil tengok pemandangan gitu.
KENAPA PERLU MAKAN DI D'KAYANGAN STEAMBOAT BBQ BUFFET SHAH ALAM
Hah, kenapa perlunya korang makan di D'KAYANGAN STEAMBOAT BBQ BUFFET SHAH ALAM ni? Meh baca apa Mimi nak kongsi dengan korang apa yang best makan kat sini. D'KAYANGAN STEAMBOAT BBQ BUFFET ni pada asalnya menyediakan makanan secara steamboat di mana ada dua pilihan sup iaitu ayam atau tomyam sebagai kuah rebusan untuk dimakan bersama pelbagai aneka jenis makanan laut yang segar seperti udang besar, kupang, sotong, isi ikan, kerang, bamboo lala dan banyak lagi.
Aneka jenis makanan laut |
Bahan untuk steamboat |
Bahan untuk steamboat |
Bahan untuk steamboat |
Aneka jenis bebola, jagung, isi ketam, fucuk |
Selain itu ada macam macam jenis mee kering, fucuk, sayur sayuran dan pelbagai jenis bebola juga disediakan. Bila makan steamboat dan BBQ tak sah kalau tak ada sos kan. Di sini ada pelbagai pilihan sos yang boleh korang nikmati seperti Sos Thousand Island, Sos Cili Thai, Sos Lada Hitam, Sos Yong Tau Foo dan macam macam lagi.
Pelbagai jenis mee kering |
Mee kering |
Pilihan sayur yang ada |
Aneka jenis sos yang disediakan |
Tu baru cerita pasal steamboat tau. Belum masuk bab BBQ lagi. Steamboat saja dah banyak makanan disediakan apa entah lagi BBQ kan. Selain steamboat, D'KAYANGAN STEAMBOAT BBQ BUFFET juga membuat pembaharuan dengan penambahan menu grill perapan istimewa ayam, daging, sosej, udang, ikan dan sotong. Perapan yang digunakan sangat istimewa seperti campuran dari cili giling, bawang putih, lada hitam dan beberapa rempah ratus yang menaikkan lagi aroma dan rasa perapan.
menu perapan istimewa grill |
Antara menu grill yang disediakan ialah Chicken Mozza, Chicken Castello, Cappucino Meat, The Krusty Crab, Keli Yolanda, Pari Perry, Super Prawn, Dory Drive dan pelbagai lagi menu grill yang ada. Buat peminat kambing, kat sini ada tau Kambing Grill siap diperam dengan 15 jenis rempah lagi. Hah special tak special menu grill yang disediakan ni. Bila korang jejak kaki kat restoran ni confirm korang blur dan rambang mata tak tahu nak makan.
Pelbagai pilihan menu grill |
Mimi punyalah blur masa sampai tu tak tahu nak pilih menu apa. Sebab banyak sangat pilihan menu yang ada tau korang. Ada lebih 150 jenis hidangan yang disediakan setiap hari. Nanti ambil semua takut tak habis pula kan. Tapi kalau tak ambil rasa rugi pula. Ishhh serba salah dibuatnya tau. Last last Mimi ambil saja apa Mimi rasa nak makan.
Eh jap korang ada lagi tau menu sedap dan best kat sini yang Mimi tak kongsi dengan korang lagi. Belum habis lagilah nak cerita. Ada beberapa menu sedap dan menarik juga disediakan seperti hirisan Ikan Segar dengan sos Air Asam, Ikan Pari Assam Nyonya dan Kepak Ayam BBQ.
Kalau bawa anak anak, mesti diorang suka makan pencuci mulut aiskrim. Dekat sini ada 12 jenis perisa aiskrim seperti Oreo, Mint, Coklat, Vanila dan banyak lagi. Ada juga disediakan aneka jenjs pencuci mulut lain seperti aneka jenis kek, buah buahan dan Ais Kacang.
Aneka kek |
Sudut Ais Kacang |
Buah buahan |
Dannn ada satu lagi menu istimewa Mimi nak share dengan korang ni iaitu Teppanyaki yang dimasak secara live. Ada Teppanyaki Ayam dan Teppanyaki Daging. Mimi makan Teppanyaki Daging tau. Lepas tu cicah dengan Sos Thousand Island. Perghhh terbaik!!!
Teppanyaki Daging |
Suami dan anak anak memang enjoy makan kat restoran ni. Puas hati sangat tau. Siap plan nak datang lagi repeat makan kat sini. Mimi pun plan nak bawa big family makan makan kat sini jika ada rezeki lebih. Nak juga diorang rasa makan sedap kat sini macam Mimi rasa.
Steamboat dan BBQ |
Masak apa tu bang? |
Dak Mimi tunjuk skill memasak pula |
Suka Auni dapat makan aiskrim |
Restoran D'KAYANGAN STEAMBOAT BBQ BUFFET SHAH ALAM juga boleh menampung sehingga 600 orang dalam satu masa iaitu 200 orang di bahagian dalam dan 400 orang di bahagian ruang terbuka. Surau perempuan dan lelaki yang sangat selesa juga disediakan. Datang sini tak perlu risau pasal parking kereta sebab ada parking kereta yang banyak dan luas.
HARGA D'KAYANGAN STEAMBOAT BBQ BUFFET SHAH ALAM
Harga yang ditawarkan sangat murah dan berbaloi baloi di D'KAYANGAN STEAMBOAT BBQ BUFFET seperti berikut :
RM33.00 nett (Dewasa)
RM12.50 nett (Kanak Kanak Berusia 5-11 tahun)
PERCUMA(Kanak Kanak Berusia 4 tahun ke bawah)
**Tiada bayaran tambahan - Refill Sup
Perbelanjaan lebih dari RM150.00, kad diskaun RM10.00 diberikan kepada pelanggan
Untuk maklumat lanjut, boleh layari :
Facebook : D'Kayangan Steamboat BBQ Buffet
Instagram : @dkayangansteamboat
D'KAYANGAN STEAMBOAT BBQ BUFFET
Sri Acapella Service Apartment
No. 1, Jalan Lompat Tinggi 13/33, Seksyen 13, Shah Alam, 40100 Selangor Darul Ehsan.
Waze : Dkayangan Steamboat & Grill
(2 mins from Stadium Shah Alam)
Whatsapp :
26 Comments
Memang puas hati makan dekat sini...
ReplyDeleteFuhh kalau pergi shah alam wajib terjah ni . Tambah2 food lover steamboat ni . Macam2 aneka pilihan yang ada .
ReplyDeleteMakan sampai kenyang
serius la terliur tgk gambar makanan ni..
ReplyDeleteseafood tu buat liez tergoda..nnt nak ajak husband liez pergila..
meriahnya steamboat n bbq sini..rmi juga tgk blogger pi mkn sini..tk pernh try lg...yummm
ReplyDeleteAduhh terliur betul tengok ada macam2 jenis pilihan makanan tuu, dahlah semuanya nampak fresh2 dan sedap2 belaka! memang bagus betul rasanya mcm mmg lain drp tmpt steamboat bbq yg lain kn disebabkan oleh kepelbagaian yg ada tu, mmg terbaik! Nanti nk try jugaklah mkn kat situ 😃
ReplyDeletemurah! and food nyer pun byk pilihan.
ReplyDeleteutk stimbot, those bebola.
ada seafood. daging. ayam. sayur.
dessert pun nampak menarik, mimi :)
boleh la singgah nanti. cuti skola. ramai review bagus sini.
Murahnya kak. Punya banyak macam tu menu dia. Memang syok ler makan kan..
ReplyDeleteKalau la dekat,mau pecut ke sana juga.
Hehe
Wahh.... Ramai dah sampai Kayanhan makan Steamboat ni. Aduyai... Nina aje dok postpone dah sebulan. Huhuu.. .
ReplyDeleteBila laaaa ada masa free sempat ke Kayangan ni. Eh! DKayangan. Hehe
Pernah makan dekat Dkayangan Steamboat ni, memnag banyak pilihan. sedap semuanya sebab ada berkuah dan grill. Wah ada baru ye teppanyaki bestla..harga pun murah
ReplyDeletejemput singgah :) https://messarah.blogspot.com/2018/11/life-update-mese-occupato-busy-month.html
ReplyDeleteMemang best sini. Harga pun ok. Dah pernah pergi 2,3 kali dah masa mula2 viral haritu. Kebetulan kawan duduk berdekatan kawasan tu. Next time nak pi terjah lagilah. Nampak semakin menarik je.
ReplyDeleteD'kayangan ni memang murah dan banyak pilihan lauk pauk yang sedap-sedap lama tak makan kat sini rindu sangata hehehe boleh lah nanti bawa family datang makan sini....
ReplyDeleteSaya dah banyak kali jugak makan dekat sini. So far berbaloi lah harga dia dengan makanan dieorang. Banyak pilihan. Ruang makan pun boleh pilih tempat air cond ke luar.
ReplyDeleteNasiblah dkayangan steamboat nie jauh dari rumah kalau tak dah lama pergi.Harga pun murah,makanan banyak pilihan memang puas hati lah makan sampai kenyang kat sini.
ReplyDeleteakak dah la peminat steamboat dgn BBQ ni..memang tak boleh tahan tengok seafood tu semua...alahai bila la nak sempat ke sini..
ReplyDeleteSedapnya steamboat
ReplyDeleteTelan ailio tengok pos ni malam2..haihhhh...macam2 ada...semua nampak menarik..kalau saya meati blur nak amik yg mana 1..heee
ReplyDeleteEh. Murahnya pakej dia ye. Rasa macam nak ke sana pula bila tengok harga yang murah dan betapa banyaknya pilihan yang ada.
ReplyDeleteMemang best steamboat sini. Dah pergi haritu terjebal tgok org viralkan. Harga pon not bad dgn makanan yg ditawrkan mmg perbagai. Rasa nk repeat lg pulak. hihuhu
ReplyDeleteya Allah meriahnya bahan2 mentah yang disediakan di dkayangan steamboat nie. sy pernah makan dekat sini dan tom yam dia memang best. hargulak berpatutan. seronok dpt makan beramai2
ReplyDeleteThe package is really affordable and the food looks good, I love steamboat buffet style, we get to choose and top up as we like.
ReplyDeleteBanyaknya pilihan makanan di sini.. harga pun murah.. berbaloi nie kalu ke sini.. AM nak cuba la ke sini bersama anak2 nnti..
ReplyDeletedah murah sangat dah ni.. banyak pilihan pulak tu.. jarang nak dpt tempat yang murah, sedap, dan selesa macam ni.. best juga kalau boleh buah waffle tu
ReplyDeletelamanya tak g D'Kayangan ni...dah ada teppanyaki dah eh...interesting! bestnyaaa...
ReplyDeleteTB tak pernah lagi malan steam boat ala2 macam ni.. kalau kat warung ti biasa dah.. heee.. teringin pulak nak makan macam ni.. heee
ReplyDelete..
Tudiaaa, meriahnya.. Nampak menyelerakannnn. Lepastu banyak jenis mknn pulak tu. Kalau pi kot sana, nnti nk kena singgah ni..
ReplyDelete❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜
Lots of 💖
www.mimiazirah.com