SEBAB KENAPA MIMI PILIH DAN GUNA SEERS INSTANT WATER HEATER

Hai semua! 

Sekarang ni musim hujan. Kalau nak mandi rasa bercinta pula kan. Yelah dah lah musim hujan, air paip confirm sejuk. Nak nak mandi waktu pagi, badan menggigil lah jawab nya. Disebabkan tak tahan sejuk, Mimi bagitahu suami nak pasang water heater. Tak tahan tau setiap kali lepas mandi, terus bersin dan selsema. 

So, lepas dah survey water heater kat banyak tempat, Mimi decide ambil SEERS Instant Water Heater. Mesti ada antara korang yang tak pernah dengar pasal SEERS kan? Mesti korang duk pertikai apa bendalah jenama yang si Mimi beli tu kan. Heii, korang jangan nak bawang sangat okey. Baca dulu SEBAB KENAPA MIMI PILIH DAN GUNA SEERS INSTANT WATER HEATER sampai habis baru tahu kenapa Mimi pilih SEERS. 




SEBAB KENAPA PILIH DAN GUNA SEERS INSTANT WATER HEATER




Sebelum Mimi bebel kenapa Mimi pilih SEERS, meh baca perkongsian Mimi pasal SEERS serba sedikit bagi korang buka mata sikit, hah gitu! Untuk pengetahuan korang lah kan, jenama SEERS telah ditubuhkan sejak tahun 2008 oleh pengasasnya untuk memasarkan produk berdasarkan teknologi pengekstrakan haba yang dipatenkan secara antarabangsa oleh mereka. Semenjak itu, jenama ini telah mendapat pelbagai anugerah tempatan dan juga antarabangsa. 

SEERS Sistem Air Panas telah diakui dengan baik dalam industri di mana ia terkenal sebagai produk yang mesra alam dan cekap tenaga. Menjadikan inovasi sebagai tonggak utama dalam syarikat, pengasas terus membuat penyelidikan dan asas pembangunan SEERS. 



Hah, itu serba sedikit mengenai SEERS. So boleh bayangkan betapa bagusnya produk jenama SEERS ni sebab mesra alam dan cekap tenaga. Bila nak guna sesuatu produk, Mimi memang agak cerewet tau sebab nak pastikan tahap keselematan dan mesra pengguna sesuatu produk. SEERS ternyata menepati kehendak Mimi.

Sebab kenapa Mimi pilih dan guna SEERS Instant Water Heater ialah :

1) No Risk Electrocution  (Tiada risiko terkena renjatan elektrik)

SEERS Instant Water Heater tidak menggunakan plug untuk hidupkan sistemnya. Cukup pasang suis di luar bilik mandi. Nak guna just tekan suis. Mimi ada tunjukkan contoh suis yang Mimi guna untuk hidupkan water heater ni di Instagram. Bukan jenis nak kena pasang plug tu tau. 

2) No Heater Element (Tiada elemen pemanas)

SEERS Instant Water Heater ni tiada elemen pemanas. Maknanya di sini di dalam water heater ni tiada elemen pemanas yang boleh mendatangkan bahaya. Boleh rujuk gambar di bawah bahagian dalam SEERS water heater dan 11 safety points. 






3) Low Energy Consumption (Penggunaan Tenaga yang Rendah)

4) Works All Weather (Sesuai dalam semua keadaan cuaca)

Tak kira cuaca panas atau sejuk, memang sangat sesuai digunakan sebab korang boleh pilih nak guna hot water atau cold water waktu mandi. 

5) Save Cost Maintenance (Menjimatkan kos penyelenggaraan)

Memang sangat jimat dan mudah untuk dipasang. Macam Mimi sendiri, upah adik pasangkan untuk wiring dan suami pula pasangkan hos getah dan hos shower. Barang barang yang diperlukan untuk pasang water heater ialah suis, kabel 3 core 2.5, casing untuk kabel, skru hitam dan cover, connection paip dan hos getah. Total beli barang semua ni tak sampai RM50. Beli di kedai hardware semua ada. Bila tengok adik pasang water heater alahai senang saja tau. Tak susah mana pun cuma bila melibatkan kabel dan suis tu memang surrender la. Kena serah pada yang pakar.

6) No Compressor (Tiada Pemampat)

SEERS Instant Water Heater ni tiada pemampat di bahagian dalam. Korang boleh nampak pada gambar yang Mimi kongsi dengan korang pada entry ni. Bahagian dalam water heater ni tak banyak elemen yang serabut tau. Ringkas dan tersusun cantik saja elemen yang ada. 



TESTIMONI SENDIRI SELEPAS SEBULAN GUNA

Dah sebulan Mimi guna SEERS Instant Water Heater ni di bilik mandi. Memang sangat puas hati bila guna. Jimat masa dan tenaga untuk pasang, mudah dan mesra pengguna. Selepas pasang SEERS Instant Water Heater ni, bil elektrik tetap maintain ada masa kurang sedikit. Tak naik pun. Sangat menjimatkan elektrik.

Yang paling seronok sekali tahap panas dan sejuk air yang kita nak boleh dilaraskan ikut kehendak kita. Tekan saja button pada kotak water heater tu. P0 untuk air bersuhu biasa, P1 untuk air bersuhu rendah, P2 air bersuhu sederhana dan P3 air bersuhu tinggi. Bila on saja suis akan appear P0 air bersuhu biasa. Kalau nak mandi air panas Mimi syorkan korang tekan button P2. Sedang elok saja tak panas sangat dan tak sejuk sangta. Jangan lupa adjust level air yang korang inginkan. Nak tahu cara guna Mimi ada terangkan pada video. Korang boleh klik  SINI. Mesra pengguna sangat tau. Benda benda mudah macam ni memang Mimi suka. Macam biasa mandi akan pilih P2. Sedang elok. 



Yang paling penting ciri ciri keselamatan yang diterapkan pada water heater ni. Mimi tak risau nak guna sebab ada cop SIRIM. Itu menandakan sesuatu produk itu selamat untuk digunakan. Betul tak? Harga SEERS Instant Water Heater yang Mimi gunakan ni murah saja tau. Harga mampu milik. Hanya RM560 sahaja. Tapi sekarang ni SEERS ada promosi, kalau tak percaya korang boleh layari web SEERS yang Mimi berikan di akhir entry nanti. 

Korang juga boleh tonton video di bawah testimoni pengguna SEERS Water Heater. 


Nak tahu lebih lanjut pasal SEERS atau nak beli SEERS Instant Water Heater macam Mimi gunakan ni korang boleh layari :

Web :

Facebook :

Post a Comment

21 Comments

  1. memang menggigil mandi kalau takde water heater ni kat umah. hihi.
    Memang menarik wataer heater seers ni. Box dia pon nampak exclusive...

    ReplyDelete
  2. pertama kali dengar jenama ni...nampak logo SIRIM tu memang tak perlu risau dah sebenarnya. Terbaik Seers ni

    ReplyDelete
  3. good that you are sharing this and how much is it? need high pressure as here is low pressure, still survey for suitable one to use at home. Gonna check the website that you share here :D

    ReplyDelete
  4. Memang best SEERS instant water heater ni. Mudah nak pakai dan senang sebab tak payah pakai plug. Paling suka dengan touch screen controls tu ☺

    ReplyDelete
  5. Saya pun kalau ada barang elektrik yang menjimatkan elektrik, memang saya pilih yang tu. Saya ada baca yang water heater ni salah satu barang elektrik yang makan banyak tenaga

    ReplyDelete
  6. Bestnya ada water heater baru ni kita pun memang tengah plan nak cari yang canggih macam ni memang ini kita akan rembat satu ni hehehe ok berapa harga ni nak beli online ker ni....

    ReplyDelete
  7. Looks like l found a user friend heater. Thinking to get 1 to install it at my room.

    ReplyDelete
  8. Wow nampak menarik water heater daripada seers ni. Paling suka fungsi low consumption dengan boleh berfungsi dengan mana-mana keadaan cuaca pun. Design pon cantik nampak modern. Ada pengalaman buruk dgn water heater sebab tu lepas rosak malas nak beli lain.hehehe.

    ReplyDelete
  9. wahh macam menarik jugak ye Seers water heater ni, memang terbaik ni if ada kat bilik mandi especially bila musim hujan macam sekarang ni, barula selesa dan best masa nak mandi takdela kesejukan sgt kan hehe. Tengok ciri2nya pon mcm terbaik je tu. nanti nk usha2 jugaklah kot dapat satu kat rumah hehe

    ReplyDelete
  10. yelah, musim musim hujan ni kecut perut bila nak mandi.. kalau ada water heater ni syiok sikit time mandi

    ReplyDelete
  11. Murah juga ya untuk installation water heater tu. Ingat kosnya mahal, tambah nak beli alat lagi. Berapa hengget agaknya water heater ni. Iols kalo dah macam bersalji terpaksa masak 2 cerek air. Jenuh aih nak tunggu. Hehe

    ReplyDelete
  12. menariklah kalau boleh jimat elektrik tu saya suka :)

    ReplyDelete
  13. liez mmg duk cari water heater tapi ada penyakit terbayang if tiba-tiba tengah mandi air panas mengejut..mula la seram.. tapi bagus la SEER ni.. leh lanak check detail

    ReplyDelete
  14. Water heater mmg penting utk keluarga yg ada ank2 kecil dan warga tua terutamanya musim hujan skrg. Sejuk tu!

    ReplyDelete
  15. Bestnya kalau ada water heater kat rumah. Now emi duduk menyewa rumah bujang, memang takde la water heater bagai ni. hehe. Dah berkeluarga nnt boleh pertimbangkan pasang heater ni.

    ReplyDelete
  16. This water heater sounds really good,I love their features, when the time comes I'll change to this.

    ReplyDelete
  17. menariklah heater ni...paling best dia banyak funtion canggih juga..paling penting ianya selamat digunakan, sbb water heater plg takut leaking...

    ReplyDelete
  18. penjimatan elektrik tu yg utama.
    tarif elektrik skang ni da melambung-lambung tinggi nyer.
    aida lom ada water heater ni kat umah.
    bagus jugak review ni. boleh compare and contrast, kan :)

    ReplyDelete
  19. Water heater memang penting. Gunakan sebaiknya sebab bakal beri bil elektrik melambung kalau mandi lama-lama. Haha

    ReplyDelete
  20. Bagus jgk water heater nti nk tray usaha bla kak nk tambah rumah

    ReplyDelete
  21. water heater is a must in my house.. i tak tahan mandi air sejuk.. looks like this one is a great brand..

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com