Hai semua!
Selain daripada blog, sosial media seperti Instagram dan Facebook juga menjadi platform untuk kita sebagai blogger berkongsi info, bertukar pandangan dan review. Mimi ambil contoh Instagram. Mimi memang suka update di Instagram kongsi gambar di situ. Ibarat macam kumpul koleksi gambar dalam satu album tapi secara maya.
Dan lagi best kalau kita dapat kongsi instagram story ikut kategori. Baru nampak kemas dan teratur. Sebelum ni tengok Instagram kawan kawan bukan main cantik lagi highlight cover story masing masing. Jealous pula tengok.
Apa lagi cepat cepat cari tutorial cara nak buat highlight cover story Instagram. Terjumpa tutorial di blog kak Fiza. Just ikut saja langkah langkah yang diajar. Senang saja. Nak tahu tutorial cara buat highlight cover story klik link ni http://www.fizarahman.com/2018/08/tutorial-bergambar-cara-buat-highlight-cover-instagram-insta-story.html?m=1
Tada!!!Hasil highlight cover story yang Mimi buat ikut tutorial yang kak Fiza kongsikan. Senang sangat tau. Rasa bangga pula bila tengok hasil dari tangan sendiri. Not bad lah kan! Macam biasa background wajiblah PINK. Lepas ni boleh dah tukar tukar highlight cover. Thank you kak Fiza sudi kongsi tutorial buat highlight cover yang comel.
Tutorial yang kak Fiza kongsikan juga ada ajar cara nak cari icon yang comel dan background yang cantik. Bila ikut langkah yang diberi, confirm dapat buat. Sekejap saja. Tapi mesti jadi masalah bila dah siap highlight cover story tapi tak tahu macam mana nak masukkan dalam akaun Instagram. Mimi mula mula blur juga tapi cari tutorial di Youtube senang rupanya. So Mimi akan ajar langkah demi langkah TUTORIAL MASUKKAN HIGHLIGHT COVER STORY DI INSTAGRAM.
1) Log In Instagram. Pastikan Instagram pada paparan HOME. Kemudian klik icon KAMERA di sebelah atas kiri. Rujuk gambar di bawah.
2) Akan keluar paparan macam ni. Terus klik pada icon gambar seperti yang ditunjukkan anak panah. Nanti pilih saja gambar highlight cover yang telah di save.
3) Dah pilih highlight cover, klik SEND TO.
4) Akan keluar paparan seperti gambar di bawah. Klik SHARE seperti yang ditunjukkan anak panah.
5) Bila dah klik SHARE akan keluar paparan seperti di bawah. Klik ADD TO HIGHLIGHTS.
6) Nanti akan keluar paparan seperti di bawah. Klik simbol +.
7) Langkah terakhir, masukkan nama highlight yang dikehendaki. Nak letak lifestyle ke, beauty ke, ootd ke terpulang. Dah taip nama highlight tu, terus klik ADD. So, selesai! Dah boleh check highlight cover yang comel tu kat profile.
Senang sajakan nak buat highlight cover dan masukkan di Instagram. Ikut betul betul memang senang saja. Sap sap soiii terus eh dah siap. Hah apa tunggu lagi. Yang tak ada lagi highlight cover tu cepat cepat buat. Memang best!
33 Comments
Alahai..tak ada ig PC...tapi memang comel,kemas dan memudahkan..
ReplyDeleteYeah...nampak kemas.. Rajin mimi. Leya xsempat lagi la nak buat..nnti kalau berkesempatan, leya pun nak buat jugak laa
ReplyDeletethank kak mimi for sharing..rabia baru je pandai buat highlight cover story ni.Tips yang berguna.
ReplyDeleteLia pun suka decorate ig story lawa2. Sebab nampak menarik lagi dan tarik minat orang nak tengok lagi kan .
ReplyDeleteAda tgk Geng Blogger buat Kt ig yg cover highlights tu.. Cantik2 tp tk try lg.. TQ share step2 nk buat
ReplyDeleteBagus tutorial ni. Sebenarnya tak reti nak buat jugak. Boleh dijadikan panduan kita. Tq eh....
ReplyDeleteEh la senang je rupanya. Nanti nak buat jugak lah. Cantik betul bila buat seragam macam ni.
ReplyDeleteJap lg nak buat..mmg ada nmpk kwn2 buat, cntknyerr. Skrg dh tau nak wat cmne..tq good sharing dear
ReplyDeletecantik. kalau nak bagi instagram highlight kemas memang sesuai. nanti bagi la tutorial buat cover comel2 tu
ReplyDeleteRawlins terus cuba dan berjaya. TQ so much ye. Senang sikit nak simpan kenangan hahaha
ReplyDeleteNanti kena tengok satu-satu, zira buat tak jadi .Huhu Tq info
ReplyDeleteCantik style gini.. Zaza tgk mmg ramai jugak yg buat..
ReplyDeletealahaiiiii comeiiiinya. jeles kita tau !
ReplyDeleteYes, this is very informative and useful for those starting to use highlight for IG Stories
ReplyDeleteOkeh nak cuba buat la nanti. Nampak kemas sangat bila buat macam ni. Dulu tertanya- tanya jugak macam mana nak buat cover macam tu. Sekarang dah tahu dah. Terima kasih
ReplyDeleteTerima kasih di atas tutorial ini. Nampak senang dan kemas. Nak kena kemaskini nie sbbnya dh terlampau sarat dgn gambar yg dh “tamat tempoh”.
ReplyDeletePengguna iphone je ke boleh buat ni?
ReplyDeletestatistik kanser payudara pembunuh kaum wanita no 1 di malaysia klik utk.baca..seram rasa
Lama dah saya cari tutorial buat highlights di instagram . Akhirnya jumpa jgak. 😊 Terima kasih sebab share.
ReplyDeletewah nak try la..cantek sikit IG heheheh..tq tau sharing dengan step by step yang emmang senang ikuti dan sangat paham :-)
ReplyDeleteramai dah buat..tapi nad tak rajin lagi nak bat..hahaha..memnag cantik..nampak kemas dan teratur
ReplyDeleteDah selalu buat hehehe kita banyak video tapi ada banyak video pendek jer waakakaka tapi bagus ada tutorial macam ni bagi yang tak faham ini sangat membantu...
ReplyDeleteThanks for the tips! Saya boleh buatkan nanti. Belum sempat buat lagi cover highlights on ig
ReplyDeletewahhh.. TB memang mencari tutorial ni mimie. tq sangat2 tau.. TB nak google tuto tapi x tau nak search keyword apa untuk benda ni.. rupa2nya instagram highlight cover namanya yea.. huy
ReplyDeleteI have highlight some of my stories in my IG. it's a good memory to share with all followers. hehe
ReplyDeleteTerus buka IG and ikut step tutorial ni.thanks!
ReplyDeleteBaru ibu tau caranya, tapi ibu tak pandai pun main insta ni. Mungkin lepas ni boleh aktif dalam platform tu pula
ReplyDeleteTerima kasih puan mimi sebab bagi tips ni. Walaupun saya tak ada akaun insta pun. Haha
ReplyDeleteThanks for sharing this tutorial, ramai yg tanya benda ni, next time ask them to visit your blog.
ReplyDeleteBoleh la try nanti. Tak tahu pulak xsesusah mana pun ye..
ReplyDeleteKak Sue pun suka tengok IG kemas tersusun.. senang juga kan kalau ada step macam nie..
ReplyDeleteNampak kemas bila kita set highlight cmtu kan. Ana pun terjebak juga buat cmtu. Puas hati.
ReplyDeleteooo patutlah ig mimi lawa sgt bolehlah cuba nanti. tq for sharing
ReplyDeleteBonde dah buat juga hari tu google jer dapat step by step mcm mana nak buat, Bagus Mimi share pada yang memerlukan! yang nak kemaskini IG boleh try ni totu Dak Mimi dah bagi
ReplyDelete❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜
Lots of 💖
www.mimiazirah.com