Makan Makan Sempena Persaraan Pembantu Operasi

Hai semua! 

Cuti panjang ni pergi jalan jalan kat mana? Mimi time cuti duduk rumah je,  mereput. Hahaha.. Time cuti nak keluar ni bercinta betul sebab confirm jalan jammed kan. Memang ada plan nak jalan jalan tapi bukan time cuti. Bila duduk rumah saja nak update blog pun malas.  Tapi hari ni gigihkan diri taip entry sebab lama pula menyepi ye tak. 

Cerita yang agak basi juga Mimi nak kongsi dengan korang. Hahaha.. Teruk perangai. Bulan Ogos punya cerita baru nak update. Nampak tak kat situ tahap kemalasan macam mana. 13hb Ogos lepas Mimi dan officemates lain berpakat nak buat makan makan sempena persaraan Pembantu Operasi jabatan kitorang. Mimi panggil Pembantu Operasi ni Ayah Salim sebab memang dah pangkat ayah pun kan. Otai masih berbisa ni tau. Berpuluh tahun berkhidmat dalam pasukan PDRM, bila nak pencen gila kau tak sambut. At least appreciate la jasa dia kan. 



Mesti ada yang tertanya apa itu Pembantu Operasi. Pembantu Operasi ni dulunya dikenali sebagai Pembantu Am Rendah. Di mana tugasannya lebih pada penghantaran surat,  semboyan, memo dan dokumen penting dan tidak penting ke setiap jabatan. Sekarang ni dah tak ada istilah Pembantu Am Rendah, dah ditukarkan ke Pembantu Operasi. 



Sambutan yang rasmi belum buat lagi masih mencari masa yang sesuai. So,  Mimi berpakat dengan officemates beli Dominos untuk makan makan sempena persaraan Ayah Salim. Berpakat pun senyap senyap tanpa pengetahuan dia. Kitorang beli guna duit kutipan tiap tiap bulan tu. 



Dominos sampai lebih kurang pukul tiga. Kitorang kena turun dekat guard post ambil pizza sebab tak boleh masuk. Jumlah pesanan RM78.05. Kalau tak silaplah sebab tak sure yang tang 8 tu. 6 atau 8 tak pasti. Walaupun tak meriah tapi cukup sekadar mengingati segala jasa Ayah Salim sepanjang berhidmat. Bestnya dah bersara. Mimi lambat lagi nak bersara. Semoga terus tabah menjalankan tugas sebagai pe jawat awam. Hehehe... 

Post a Comment

5 Comments

  1. Selamat Bersara Ayah Salim..
    Alhamdulillah mimi nampak raut wajah Ayah Salim terharu dengan sambutan yang mimi aturkan.. Beliau tentu rasa dihargai..

    ReplyDelete
  2. Yeah... Orang lama memang dikagumi. Selamat bersara buat rakan pejabat Mimi, Ayah Salim. Sama-samalah kita menjalankan ibadah kerja dengan jayanya. Cuti 3 hari ni pun LeYa mereput di rumah menyiapkan entry blog dan blogwalking banyak blog..hehe..

    ReplyDelete
  3. Seronok ada kawan macam Mimie nie tau, siap buat kejutan makan-makan lagi. Lama ya beliau berkhidmat..

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com