PENGALAMAN BARU BERTUGAS SEBAGAI PETUGAS PRU

PENGALAMAN BARU BERTUGAS SEBAGAI PETUGAS PRU | Hai korang! Syukur berakhir sudah PRU Ke-14. PM baru pun selesai angkat sumpah malam tadi. Syukur doa kita sebagai rakyat Malaysia termakbul. PRU Ke-14 kali ni betul betul memberi satu peristiwa yang berbeza auranya kan. Untuk pertama kalinya Mimi mencipta pengalaman baru bertugas sebagai petugas PRU.

Pas petugas PRU


Mimi terlibat sebagai Kerani Pengundian/Mengira Undi. Anak anak terpaksa Mimi hantar balik PD sebab tak ada siapa nak jaga. Takkan nak tinggalkan di rumah kan. Sampai malam tau bertugas.

Mimi keluar rumah pukul 5.45 pagi. Tiba di stempat bertugas pukul 6.20 pagi. Masa tu belum ada yang datang lagi. Mimi datang awal sebab bertolak dari PD, risau kalau lambat nanti susah pula kan kalau jadi apa apa. So, tunggu sajalah kan. Dalam pukul 7.00 pagi baru petugas - petugas mula datang.

Sebelum pengundian bermula, kami oetugas perlu buat semakan pada peti undi dan dokumen yang diberikan. Kena pastikan semua betul dan tiada silap. Dah okey semua, baru boleh mula kerja. Pukul 8.00 pagi dah mula. Ada pengundi yang semangat datang awal untuk mengundi.

Macam macam ragam para pengundi yang Mimi tengok. Ada yang tak tahu nak pangkah mana, ada yang cop kertas undi dengan dakwat di jari dan ada yang tak tahu nak lipat kertas undi. Memang satu pengalaman baru buat Mimi yang bertugas sebagai petugas PRU. Ada juga timbul keinsafan dan sedih bila tengok keadaan pengundi yang kurang upaya.

Selfie sebelum mula bertugas

Mimi selesai tugas pukul 9.30 malam dan sampai PD pukul 10.06 malam. Sampai saja, anak anak dah tidur. Badan letih, kaki sakit, pinggang sakit tak payah cakap. Nak nak Mimi pernah operate dulu, lagi lah sakit. Nasib baik kami boleh tukar tukar kerja. Bukan stay dengan satu tugas saja. KP1 sampailah KP4 kami gilir gilir ambil tempat.

Alhamdulillah, Mimi dapat kawan kawan KP yang gila gila dan KTM yang bagus. Ejen ejen yang dilantik pun alhamdulillah bagus. Walaupun penat tapi seronok! Memang satu pengalaman baru. PRU kali ni Mimi undi pos saja. Sebelum ni undi awal. PRU akan datang, Mimi nak merasa lagi pengalaman ni. 

Buat rakyat Malaysia, tahniah di atas perlantikan Perdana Menteri Ke- 7, Tun Dr Mahathir Mohamad. Semoga dengan perlantikan Tun memberi sinar harapan pada kita semua.

Post a Comment

19 Comments

  1. Selamat telah bertugas mengemban tanggungjawab negara sebagai petugas PRU. Semoga Perdana Menteri baru dapat membawa negara mencapai puncak kejayaan. Dan pro rakyat.

    ReplyDelete
  2. Salute those that volunteers to be PACA or ejen during PRU14. I can see them exhausted but for the country, they continue with their duty to ensure a fair vote. Proud with you.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih sis, petugas semasa pru. Mesti letih kan. Well dapat juga merasa dan lihat suasana ketika sesi pengundian di buang. Satu pengalaman indah sebenarnya betul tak.

    ReplyDelete
  4. Tahniah Mimie berkhimat untuk negara gitu. Bukan senang kan.. Tahniah juga untuk Tun M, semoga ada pembaharuan dalam negara kita lepas nie.. aamiin ya rabb..

    ReplyDelete
  5. Kesian kat mimi..penat jadi petugas kan..dengan ragam orang..paling penat bila dh sampai kemuncak kan..nasib baik cuti lama so bleh berehat skit..apapun kerajaan baru dh dibentuk..kita tunggu penyelarasan manifesto yg diorang janjikan

    ReplyDelete
  6. Menarik juga pengalaman sebagai petugas PRU kan?. At least boleh la tengok ragam pengundi kawasan tu. Tak pernah rasa pengalaman ni. Pengalaman jadi pengundi je pernah. Ada polis wanita kat tempat mengundi tu kata dia kena bertugas dari jam 4 pagi lagi. Wahhh menuntut komitmen yang tinggi tu.

    ReplyDelete
  7. Wahhh. Bestnya dapat peluang kira undi untuk pilihanraya sejarah macam ni. Saya pun nanti nak cuba apply juga, lag 5 tahuh. Hehe :D

    ReplyDelete
  8. bestkan dapat pengalaman baru macam ni. Baru tau payahnya sesuatu kerja masa musim PRU ni..hehee..boleh tengok macam-macam ragam ada..syokla walaupun penat, dan akhirnya kemenangan yang dinanti..hehee

    ReplyDelete
  9. Wah best ada pengalaman jadi ahli yang bertugas dan memang kita rasa ini yang kita nak hari tu tapi tak dapat lak hehehehe. Macam mana rasa telus tak pilihanraya kita hehehehe...

    ReplyDelete
  10. Salute lah kat mimi atas pengorbanan yang mimi buat tu.Sanggup susah payah tinggal anak2 demi untuk negara. Dari pagi sampai ke malam. Tak semua yang sanggup tau. Semoga ianya menjadi kenangan terindah dalam hidup mimi.

    ReplyDelete
  11. Bestnya ada experince bekerja ketika pilihanraya. Bila la liez nak dpt rasa..tp mmg seronok bila dpt kwn br dan boleh berbakti utk negara kan

    ReplyDelete
  12. wah pengalaman berharga seumur hidup..demi negara terpaksa korbankan masa dengan keluarga (anak kena hantar tempat lain lagi)...mesti banyak kisahkan..btw tqsm atas menjalankan tanggyungjawab yang diberikan sebaik mungkin

    ReplyDelete
  13. Bestnya 😍😍 pengalaman yang best tu. InsyaAllah untuk next PRU nak apply. Nak tambah pengalaman

    ReplyDelete
  14. Bestnya pengalaman akak. Kita rasa kalau diberi peluang next PRU nak try la... Tapi mesti mencabar gila kan tengok telatah para pengundi, apapun...PRU kali ini sangat berbeza dari PRU lepas. Onie masuk PRU kali ini adalah kali yang kedua. Dan memang sangat luar biasa yang turun mengundi..Ramai dan rakyat Malaysia telah bersatu hati memilih yang selayaknya. Tahniah juga buat Tun M kita.

    ReplyDelete
  15. Tahniah dan terima kasih kerana menjalankan tanggungjawab dengan penuh keiklasan dan berintergiti.

    Ada member sampai awal pagi, baru settle kerja dia....

    ReplyDelete
  16. Wah bestnya dpt jadi petugas PRU... Dulu mak mertua ada ajk kita utk jadi petugas.. Tp tak jadi sbb katanya tak jadi .. Tapi sebabkan lambat tau kita xsempat nk dftr jd petugas.. Kali ni mak mertua jd lagi.. Mmg best sbb mcm2 ragam dpt tgk... Dan pengundi kali ini pon agak bersemangat utk keluar mengundi berbanding sebelum2 ini kan?

    ReplyDelete
  17. Seronok jadi petugas ni. Saya suka kerja volunteers ni. Cuma tak berkesempatan tahun ni. Haha. Macam2 ragam kan. Semua orang seperti tidak pasti dengan cara mengundi. Semak dekat khemah parti, semak dekat spr. Lepas tu cari saluran pun nebes. Hehehe

    ReplyDelete
  18. Wow bestnya bertugas sebagai kerani pengundian semasa PRU ke-14. Ada rasa nervous tak? Hehe.. Mesti letih kan? Tapi yg bestnya, dapat kawan2 baru dan pengalaman yang berharga. Bukan hari2 PRU dan tentunya ada juga cabaran2 yang dihadapi. PRU ke-14 ni pun, pengundi2 semua lain macam semangatnya. So bila dapat result pagi esoknya tu, rasa macam lain sangat. Haha. Tahniah kepada semua rakyat Malaysia!

    ReplyDelete
  19. Ada juga kawan-kawan kat sini yang jadi petugas Undi. Best juga dapat pengalaman dan merasasi sendiri detik kiraan undi kan. Memang macam-macam ragam semua pengundi ni. Kelakar pun ada. Yang sembang pasal politik dengan cara tersendiri.

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com