Ulser Mulut Yang Menyakitkan

Assalamualaikum dan selamat pagi korang. Sihat tak semua? Mimi sihat je tapi mulut kena ulser pula. Bukan satu bukan dua tapi tiga. Nak makan memang tak selesa sebab sakitkan. Korang pernah tak kena ulser? Sakit dan rasa tak selesa kan? ULSER MULUT MEMANG MENYAKITKAN kan korang.

Mimi mula mula tak perasan oun kena ulser tapi bila tiba tiba rasa pedih memang syak mesti kena ulser. Sekali tiga tau. Bawah lidah sebelah kiri, kiri dan kanan bahagian atas mulut. Bila kena ulser ni mood memang agak swing tau. Tak ada mood nak cakap banyak. Orang cari pasal memang kena lah. Sebab kita dahlah menanggung sakit ulser mulut kan.



Apa sebenarnya punca ULSER MULUT YANG MENYAKITKAN ni? Antara punca ULSER MULUT ialah :

1) Cuaca panas dan kurang minum air

2) Kesilapan ketika memberus gigi dan dan menyebabkan luka dalam rongga mulut

3) Cedera pada mukut kerana tergigit atau terkena benda tajam

4) Alahan atau alergik

5) Stress

6) Perubahan hormon dalam badan

Ni antara punca ulser mulut tau. Kalau korang kena ulser mulut selalunya apa yang korang akan buat untuk merawat ULSER MULUT YANG MENYAKITKAN?

Macam Mimi kalau kena ulser Mimi akan minum banyak air dan letak garam. Memang pedih sangat sangat tau korang tapi itu saja cara yang Mimi akan buat kalau kena ulser. Luka kalau letak garam memang sakit kan tapi memang cepat elok. Ada sesetengah buat air garam dan berkumur kan. Mimi tak berkumur pun tapi terus letak garam dekat ulser. Memang azablah menanggung pedihnya.

Bila kena ulser, Mimi akan elakkan makan pedas sebab memang pedih kalau kena luka ULSER MULUT kan. Bila kena ulser kenalah paksa diri elak makan makanan pedas. Kalau tak lambat baik.

Ada juga bagi petua kalau kena ulser mulut kena sapu madu sebab itu cara yang paling berkesan untuk hilangkan ulser dengan cepat.

Korang ada petua lain tak untuk hilangkan ulser mulut selain daripada petua yang Mimi kongsikan? Boleh kongsi petua korang di sini. Mana tahu kita pun boleh amalkan. 

Post a Comment

15 Comments

  1. sy guna garam jg lps letak sy tenyeh kuat2 kt tmpt ulser tu sbb geram hahahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak oii, beraninyaaa..hehe~sebab geram kann..betol gak tuu

      Delete
  2. Banyakkan minum air mimi...kesiannya...mesti sakit nak menelan, nak minum, nak makan..nak bercakap lagi la sakit kan...pi klinik mintak Oral Aid

    ReplyDelete
  3. Selalu amalkan petua yg garam tu je. Madu x prnh lagi. Thanks share. Sy pakai braces mng selalu kena ulser.

    ReplyDelete
  4. Ulser mulut memang menyakitkan kan mimi. Musim panas ni kena minum air yang sejuk sifatnya macam air cincau dan barli.

    Air asam jawa pun bagus.

    Mimi nak tukar bloglist dengan ibu? Kita pun selalu berblogwalking kan.

    ReplyDelete
  5. Syafakillah mimi. Nanti ana babab ulser tu nanti ye.

    ReplyDelete
  6. alolo kesiannya.. gws mimi

    ReplyDelete
  7. Alolo kesian adikku ini, letak asam jawa kata MIL akak Mimie.. Semoga cepat sembuh ya..

    ReplyDelete
  8. sekarang ni musim tak menentu,so kena banyakkan minum air masak.Kalau dah kena ulser ni,nak buat kerja pun tak senang kan

    ReplyDelete
  9. Kalau kena, memang tak berani letak garam... pedih.. macam mana kak Mimi boleh tahan letak garam....

    ReplyDelete
  10. aduih... akak pun klu kena ulser satu badan stress... hehe,,, ada gak tak tahan sgt letak garam tp menahan le azab... keke

    ReplyDelete
  11. Banyakkan minum air kosong kak.insyaAllah hilang..

    ReplyDelete
  12. Bila kena ulser.. Aduhai. .Ngilu kn

    ReplyDelete
  13. Uishh, x berani letak garem, tapi memang banyakkan minum air je kalau terkena ulser~

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com