Mesyuarat Agung Perkep IPK Negeri Sembilan

Mesyuarat Agung Perkep IPK N.Sembilan | Jumaat baru baru ni Mimi agak sibuk sikit. Nak update enty baru pun tak dan sebab sibuk dengan Mesyuarat Agung Perkep IPK Negeri Sembilan bagi sesi 2018/2019. Mimi selaku Penolong Bendahari PERKP IOK Negeri Sembilan diperanggungjawabkan bentang laporan pendapatan dan perbelanjaan PERKEP IPK Negeri Sembilan. Bendahari ada hal peribadi yang tak dapat dielakkan.

Mesti ada yang tak tahu apa maksud PERKEP tu kan? PERKEP ialah Persatuan Keluarga Polis. Dah nama pun bekerja dalam PDRM automatik lah join PERKEP tau. Walaupun suami Mimi tentera dan sepatutnya join BAKAT tapi Mimi tak join BAKAT sebab lebih kepada  PERKEP. Agak agak timbul tak isu nanti?hehehe...

Okey bercerita mengenai majlis, majlis bermula seawal pukul 8.30 pagi. Sebelum mesyuarat bermula, majlis perasmian diadakan telebih dahulu. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu PERKEP dan bacaan doa. Kemudian ucapan daripada Pengerusi PERKEP IPK Negeri Sembilan. Selepas ucapan pengerusi, majlis diteruskan dengan ucapan oleh penasihat dan juga penaung PERKEP IPK Negeri Sembilan.



Seterusnya, majlis penyampaian sijil dan cenderahati kepada penasihat, pengerusi dan semua biro dan ajk PERKEP IPK Negeri Sembilan. Selesai majlis kitorang minum pagi dulu tau. Hah menu minum pagi kitorang ialah bihunn goreng dan nasi dagang. Menu ni ditentukan sendiri oleh Pengerusi. Yang tukang uruskannya Mimi dan kawan Mimi merangkap Biro Agama.

Masa mesyuarat ni ada empat meja khas untuk berniaga dibuka tau. Ada jual jeruk, brownies, kek batik, lemang periuk kera, kopi kolagen dan mekap. Mimi sempat grab contour tau. Hahaha...



Selepas selesai minum pagi, mesyuarat diteruskan dan bermula jam 10.30 dengan menyemak minit mesyuarat agung sesi 2017/2018. Kemudian, Mimi membentangkan laporan pendapatan dan perbelanjaan PERKEP IPK Negeri Sembilan. Selesai tu semua, pengerusi mengumumkan pembubaran biro dan ajk yang lama dan bermula sesi perlantikan biro dan ajk yang baru. Tahun ni Mimi memang nak plan leak jawatan. Tak nak dah menjawat jawatan sebagai Penolong Bendahari. Kira nak bagi orang lain merasalah kan. Sekali nan hado. Ingat dapatlah letak jawatan. Sekali pengerusi guna kuasa veto dia lantik Mimi jadi Bendahari. Adudu...Orang dah lantik terima sajalah.



Ada yang turun jawatan ada yang naik jawatan. Ada yang baru dilantik. Memandangkan pengerusi tak nak ambil masa yang lama jadi mesyuarat kali ni berjalan dengan lancar dan cepat saja tau. Tak sampai sejam pun mesyuaratnya. Alhamdulillah mesyuarat berjalan dengan lancar walauoun ada berlaku beberapa kejadian yang tidak diingini namun dapat di atasi dengan jayanya.

Bertambahlah tugas dan tanggungjawab Mimi lepas ni. Walau bagaimanapun tugas hakiki kena utamakan. Betul tak?

Post a Comment

8 Comments

  1. tudiaaa...duk depan tu masa mesyuarat...hehehe...serius je muka..senyum la sket...

    ReplyDelete
  2. hahaaha nasiblah kena pilih ngn pengerusi hehe... kt tmpt sy pon ade perkep tp sy xjoin sgt hahaha.. maklumlah keje tmpt lain..huhu

    ReplyDelete
  3. Wah bendahari rupanya mimi ye. Xleh lari dengan jawatan akauntan tu. Hehe. Semoga terus berjaya mimi.

    ReplyDelete
  4. teringat mak dulu...join perkep hehehe

    ReplyDelete
  5. Wah.. Cik Puan Bendahari rupanya.. ehehe..

    ReplyDelete
  6. wah..aktifnya..serius nya muka puan bendahari

    ReplyDelete
  7. join la dua2 mimi.. bagus kan aktiviti dia?

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com