Friday, February 23, 2018

Lindungi Anak Anak Dengan THYMOS Anti HFMD/FLU Spray

Lindungi Anak Anak Dengan THYMOS Anti HFMD/FLU Spray. Sekarang ini pelbagai jenis penyakit yang wujud dan membahayakan. Ini amat membimbangkan para ibu ibu dengan tahap kesihatan anak anak mereka. Pastinya ibu ibu akan berusaha untuk memberi perlindungan yang terbaik buat anak anak kecil mereka. Mimi juga risaukan kesihatan Aina dan Auni yang mungkin terdedah dengan penyakit berjangkit ini. Yalah anak anak dah sekolah kena lindungi anak-anak dengan THYMOS Anti HFMD/FLU Spray.


LINDUNGI ANAK ANAK DENGAN THYMOS ANTI HFMD/FLU SPRAY





Mesti korang nak tahu apa itu THYMOS Anti HFMD/FLU Spray kan? Untuk penetahuan korang, THYMOS ANTI HFMD/FLU SPRAY merupakan satu produk disinfektan berkuasa tinggi yang direka khas untuk membantu para ibu menyediakan pertahanan menyeluruh untuk orang-orang yang tersayang terutamanya anak kecil dengan menghapuskan 99.99% penyakit Kaki Tangan Mulut dan virus Influenza A H1N1.



THYMOS ANTI HFMD/FLU SPRAY ini sangat selamat digunakan kerana tiada alkohol, tiada bahan kimia toksik, tiada steroid dan tiada wangi-wangian kerana ia telah terbukti secara klinikal untuk membunuh virus walaopun virus yang paling merbahaya dan paling kecil, dan ia memberi perlindungan jangka masa sehingga 10 hari. Didatangkan dengan saiz yang kecil, ia amat mudah untuk dibawa kemana mana sahaja untuk memastikan anak anak kita bebas dari penyakit berjangkit.

Tiga cara penggunaan mudah THYMOS ANTI HFMD/FLU SPRAY ialah :

1) Sembur pada baju anak anak seperti kita memakai minyak wangi untuk meningkatkan antibodi anak

2) Sembur pada alat mainan anak anak ataupun tempat yang selalu disinggah oleh mereka seperti buaian, gelongsor.

3) Semburkan pada penutup hidung/mask sekiranya kita berada di tempat awam.





Mimi dah pun guna THYMOS ANTI HFMD/FLU SPRAY pada anak anak Mimi terutamanya Auni kerana Auni mudah sangat kena penyakit tau. Dah dua hari ni hidung dia berair saja. Bila ada THYMOS Anti HFMD/FLU Spray ni apa lagi Mimi gunakan sebaiknya. Setiap kali sebelum dia pergi sekolah, Mimi akan semburkan pada baju sekolah dia macam pakai minyak wangi tu. Aina pun Mimi semburkan juga. Ia bertindak seperti perisai yang melindungi anak anak daripada diserang pathogen (virus dan bakteria). Setakat ini selepas menggunakan spray ini, Auni dah kurang alami hidung berair. Memang nampak keberkesanan spray ini selepas menggunakannya. Auni pun nampak aktif semula selepas Mimi semburkan THYMOS Anti HFMD/FLU spray ni. Kalau tidak Nampak dia lemah saja sebab tak sihat kan. Aina dan Auni pun seronok saja bila Mimi cakap spray THYMOS utuk lindung mereka.



Bila anak anak bersekolah mereka memang mudah terdedah dengan penyakit berjangkit. Kita tidak tahu di sekolah mereka siapa yang membawa virus penyakit berjangkit kan. Risau juga kalau anak anak berjangkit penyakit HFMD dan virus virus Influenza A H1N1 yang memang mudah menyerang anak anak yang bersekolah. Setakat ini sekolah anak anak Mimi tiada lagi kes penyakit berjangkit HFMD ini menular dikalangan pelajar. Tapi tetap juga kena berhati hati dan berjaga jaga melindungi Aina dan Auni. Mimi highly recommend pada ibu bapa di luar sana mencuba produk Revolutionary “Self-Sanitizing” Technology dari UK ini yang sangat bagus untuk melindungi anak anak kecil. Teknologi pembersihan automatic yang telah dipaten ini mengandungi mineral aktif berkualiti tinggi yang menghasilkan ion negative bakterostatik yang menyahfungsikan dan memusnahkan kuman-kuman, patogen dan allergen sebelum ia berpeluang menyerang. Mineral aktif ini akan cas semula secara automatik apabila terdedah kepada udara, maka sekali semburan boleh tahan 10 hari.




Korang juga boleh dapatkan THYMOS ANTI HFMD/FLU SPRAY di Guardian. Untuk maklumat lanjut mengenai THYMOS ANTI HFMD/FLU SPRAY boleh layari :





Malaysian Distributor: http://www.enapakmarketing.com/ 

OR 

53 comments:

  1. Betul tu ..bila anak² dah sekolah lagi kena berhati² ..virus mudah merebak dalam pelbagai kaedah kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Virus x kira kat mana skrg kan..kebanyakkan virus ni datang dari luar ye x?ramai sgt pendatang asing

      Delete
  2. Sis pun ada thymos ni tapi yg anti sinus punya sb anak ada sinus. Memang produk diaorg ni bagus2, disyorkan ada 1 di setiap rumah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg perlu ada satu rumah satu thymos sis..mencegah lagi bagus kan

      Delete
  3. Bagus ya produk Thymos nie, boleh bertahan 10 hari lagi. Tak ada la kita risau sangat kan kesihatan anak-anak kalau dah bercampur kat sekolah tu kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat sekolah, tadika, tempat awam semua banyaknkuman kan Kak..macam dh x selamat macam zaman kita kecik2 dulu kan

      Delete
  4. Kena simpan satu dalam beg. Sekali spray tahan lama. Jimat sgt tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan..senang plak di bawa kemana-mana ye tak..

      Delete
  5. this one seems good. the packaging and all. ray suke

    ReplyDelete
  6. Ramai yang review tentang Thymos ni. Nak carilah lepas ni. Standby untuk anak.😊

    ReplyDelete
  7. Anak KekZa hari tu pernah kena HFMD. Tapi masa tu tak tau lagi kewujudan Thymos Anti HFMD/FLU ni. Ni dah tau nak kena carilah satu buat standby.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai kesiannya..makin meluas plak kuman HFMD tu kan..bahaya..

      Delete
  8. Memang perlu ada setiap rumah ni. Mudah jer, spray je kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekali spray melindungi keluarga..bagus kan product ni

      Delete
  9. Akak pun guna ini untuk lindungi anak-anak dari penyakit yang berjangkit melalui udara

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kuman melalui udara ni mmg bahaya sebab sekejapan je akan berjangkit

      Delete
  10. Bagus ni... Kalau utk hama boleh skli tak kak

    ReplyDelete
  11. Sally pun ingat nak beli jugak satu...sbb dgr kata kalau spray kat bantal before tidur, kurang la sinus waktuu pagi...kalau Sally ni bersin macam nak tercabut hidung! hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu sally..jom pakat simpan satu dlm handbag atau letak kat bilik tido

      Delete
  12. Alaaa omeynya teddy bear tu hehe. Senang skrg spray spray jee untuk protect body :D

    ReplyDelete
  13. Rasa kena dapatkan jugaklah produk ni..anak ni jenis kulit sensitif dan sangat alah dgn persekitaran yang kotor

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aida ada anak kecik elok beli..at least standby satu kan

      Delete
  14. Ini kalau untuk hilangkan org tidur dengkur boleh tak? Stress tak boleh tidur bila dengar

    ReplyDelete
  15. Asyik baca review pasal Thymos ni jer. Rasa tertarik nak beli sebab banyak kegunannya.

    ReplyDelete
  16. Semenjak guna Thymos ni baby Marsha dah kurang bersin...lega sangat dapat protect dia dari awal.

    ReplyDelete
  17. Dengan udara kita yang tak berapa bagus, dengan kemasukkan warga asing yang bawak banyak penyakit memang kita perlukan product yang bagus untuk kita dan keluarga, thymos ni bagus dan packaging comel dia memudahkan semua..senang dibawa kemana- mana..kalau tak yakin ngan kebersihan boleh spray...cegah sebelum parah kan..

    ReplyDelete
  18. kalau ada baby atau anak2 mmg sesuai dgn thymos ni ye. nak guna pun senang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju...takde baby pun boleh..sapa2 yg ada resdung pun ok pakai

      Delete
  19. TB nak cari jugak la spray ni.. ramai kata bagus spray ni.. melegakan sinus / selsema..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu TB..cepat pergi beli..kat mana2 farmasi ada

      Delete
  20. Kena dapatkan juga THYMOS spray ni sebab banyak kegunaan & kebaikan.

    ReplyDelete
  21. Macam yes saja produk nie.. Saiz pon mudah dibawa..

    ReplyDelete
  22. Wahhh kita pun ada guna spray gini jugak! Tpi kite punya untuk sinus. Mmg harga agak tinggi, tpi yang lebih penting ia berkesan. Mmg akan recommend kepada sesiapa ada masalah sinus atau flu

    ReplyDelete
  23. tunggu ada anak baru lah hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde anak pun bleh guna..protect diri sendiri

      Delete
  24. macam uzu gak..tunggu ada anak, bru leh cuba..hehe

    ReplyDelete
  25. wah..bagus lah ada produk yang baik untuk lindungi anak-anak, tak lah risau sangat

    ReplyDelete
  26. banyak product canggih skrang ni.. nak melindungi yang tersayang apa salahnya kan =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makin banyak..tp Thymos ni so far terbaik..sekejap je dh ok..

      Delete
  27. memang kena guna kat baju atau alatan je ye? kalau direct pada anak ada kesan tak mimi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh spray kat bantal, kusyen atau dalam kereta jugak

      Delete
  28. ni untuk anak anak je ke? mak anak boleh tak? hehe

    ReplyDelete
  29. Maaf nak tanya.. boleh guna untuk bayi umur 6 bulan ke atas tak???

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen.