BERSIH DAN SEGAR DI MANA SAHAJA DENGAN TISU LEMBAP ANTIBAKTERIA AIKEN

Tidak dapat dilihat dengan mata kasar namun tetap hadir: itulah kuman dan bakteria yang sentiasa hidup di dalam dan disekeliling kita. Bakteria dan kuman membiak dengan cepat sehingga mampu menyebarkan pelbagai penyakit. Salah satu cara yang berkesan untuk mencegah kehadiran kuman adalah melalui penjagaan tangan agar ia sentiasa bersih.

AIKEN, jenama yang dipercayai sebagai produk penjagaan antibakteria sejak 3 dekad yang lalu kini memperkenalkan tisu lembap antibakteria, Tisu Lembap Antibakteria Aiken. Produk ini berupaya menyingkirkan 99.9% bakteria merbahaya dengan berkesan dan memberikan haruman serta meninggalkan kelembapan pada kulit.



Tisu antibakteria ini sungguh berguna ketika anda sedang sibuk dengan rutin harian.  Mengelap trolley barangan serta pemegang bakul; ataupun selepas memilih barangan runcit yang mudah rosak seperti daging, sayur-sayuran, buah-buahan mampu membantu mengurangkan penyebaran bakteria merbahaya berkat manfaat antibakteria dari Tisu Lembap Antibakteria Aiken.

Tisu Lembap Antibakteria Aiken menyediakan pembersihan serta-merta kerana ia dapat dibawa ke mana-mana sama ada di dalam kenderaan ataupun tas tangan kerana ia dapat digunakan untuk aktiviti luar, mengembara, berkelah, ke tandas awam, di kawasan taman dan lain-lain. Dalam keadaan seperti di pam petrol yang tidak menyediakan kawasan membasuh tangan yang berdekatan, pek tisu antibakteria sesuai dijadikan alternatif untuk membersihkan tangan anda.



Tisu Lembap Antibakteria Aiken sesuai untuk digunakan oleh seluruh ahli keluarga dalam apa jua keadaan sekalipun. Pek Tisu Lembap Antibakteria Aiken boleh didapati dalam dua variasi menarik untuk dipilih:

TISU LEMBAP ANTIBAKTERIA AIKEN  – PERLINDUNGAN EKSTRA

Dirumus khas dengan Minyak Tea Tree yang terkenal dengan manfaat pembersih semulajadi untuk meningkatkan perlindungan. Ia menyegarkan serta membersihkan kulit daripada kekotoran, serta lebihan minyak dengan pantas supaya meninggalkan kulit berasa lebih bersih, lembut dan menyegarkan. Produk ini telah diuji secara dermatologi, ia selamat digunakan oleh seisi keluarga dan adalah 100% bebas alkohol.



TISU LEMBAP ANTIBAKTERIA AIKEN – PELEMBAPAN EKSTRA

Diperkaya dengan Aloe Vera untuk kelembapan yang selesa pada kulit, Tisu Lembap Antibakteria Aiken menyingkirkan 99.9% bakteria berbahaya sambil mengekalkan kesegaran, kelembapan, serta memberikan anda kulit yang lembut. Tisu ini diperbuat dari fabrik bertekstur lembut yang membersih tanpa sebarang ketidakselesaan. Ia menjadikan kulit anda berasa segar dengan bau yang menyenangkan. Tisu Lembap Antibakteria Aiken adalah 100% bebas alcohol, telah diuji secara dermatologi dan selamat digunakan oleh seluruh ahli keluarga.



Tisu Lembap Antibakteria Aiken yang baharu boleh didapati pada harga RM*6.50 (Semenanjung)/ RM*6.80 (Sabah & Sarawak) untuk pek berkembar. Produk yang mengandungi 20 helaian di dalam setiap pek ini boleh didapati di semua pasaraya terkemuka, pasaraya hyper dan farmasi di seluruh negara.

Post a Comment

45 Comments

  1. Murah je harga dia ye Mimi. Nk beli lah nak simpan dalam handbag. Senang nk bawa g mana2 to keep clean.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harga pun sangat ekonomi kan...bagus sebab ada antibakteria

      Delete
    2. paling best sebab boleh bawa ke mana -mana ja dalam handbeg

      Delete
  2. Item wajib ada dalam handbag dan kereta. Lagilah miza ada anak kecik ne.

    ReplyDelete
  3. Kak Sue memang nak kena ada tisu lembab nie kalau keluar rumah. Senang nak jaga kebersihan..

    ReplyDelete
  4. lepasni bolehlah simpan dalam beg. Harga pun mampu milik

    ReplyDelete
  5. mmg sesuai simppan dlm hbeg atau dlm kereta....

    ReplyDelete
  6. Senang sangat bawa tisu lembab ni kalau travel. Kebersihan terjamin kan....harga pun tidak membebankan.

    ReplyDelete
  7. Ni kalau dapat bawak masa travel ni mmg terbaik!

    ReplyDelete
  8. Oh murah je rm6.50. Nanti nak pi beli la kat watsons atau guardian. Tisu basah ni memang dah jadi satu keperluan untuk kaum hawa. So far dah macam-macam jenama tisu basah yang emi dah cuba. Nanti nak try jenama aiken pulak

    ReplyDelete
  9. bila dah ada anak kecil ni memang sangat berguna wet tissue tambahan pula wet tissue yang antibakteria almaklum budak-budak kan suka main kotor so memang kena spare dlm handbag. harga aiken ni pun sangat berbaloi.

    ReplyDelete
  10. Mudah dan bagus juga ada tisu lembab anti bakteria Aiken ni sbb klu ke mana2 lebih baik guna ni berbanding tisu kering biasa. Harga pun sgt2 berpatutan. Mmg kena dapatkan juga ni utk di bawa ke mana2. Thanks sharing :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kebersihan perlu dititik beratkan betul tak..dengan udara yang sangat2 tak bagus ni perlu ada at least 1 dalam tas tangan

      Delete
  11. wow i dah guna lap habuk habuk di meja, kadang kadang muka anak anak, tak pun sebelum makan dikedai makan i lap dulu sit dan meja, ada antibakteria tu yang I suka... sebab boleh mencegah penyakit berbahaya jugaaaaaa

    ReplyDelete
  12. WEt tissue ni mmg x penah tinggal..mmg selau dlm handbag ni..tp x pki yg aiken la..hilma pki offspring natural..mayb nnt blh try aiken pulak

    ReplyDelete
  13. Bukan anak kecil je. i ni kalau nak keluar rumah memang tak sah kalau tak bawa wet tissue. Its a must in my bag.

    ReplyDelete
  14. Wetones are a must have in my handbag, especially after I had kids, Alken's comes with antibacteria as well, I will get it once I go to the stores! Very useful for mummies.

    ReplyDelete
  15. noted. ada pulak wet tissue anti-bakteria..bagus utk hygiene :)

    ReplyDelete
  16. Wet tissue memang penting kalau Marsha nak keluar untuk baihaqi. Kalau ada wet tissue mcm aiken ni memang sgt sesuai

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang perlu ada untuk ibu- ibu yang ada anak kecil kan...

      Delete
    2. kan marsya. sentiasa ada dalam beg untuk kegunaan baby

      Delete
  17. Bagus betul produk begini. Tanpa alkohol bermakna mesra muslim juga dan kandungannya yang lebih penting, selamat untuk digunakan seisi keluarga. Harga dia pun berpatutan!

    ReplyDelete
  18. Iday memang selalu ada wet tissue dalam beg. guna especially after pergi toilet, pegang trolly dekat supermarket. tak pernah try jenama aiken ni. Nanti nak try beli. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wowww, after pegang trolley? Ok, memang sis pembersihhh, saya belom sampai tahap tu...haishhh~ kena amalkan gak nii...

      Delete
  19. Wah, ada berapa helai dalam tu? Ni nak lap senang

    ReplyDelete
  20. wah, aiken dah ada wipes yer, baru tahu. tak perasan pulak ada jual di mall. nak cari lah, simpan dalam handbeg senang nak guna

    ReplyDelete
  21. Wowm.aiken ada wet tissue da... Kita mmg suka guna wet tissue dr makeup remover.. Senang je...

    ReplyDelete
  22. memang perlu stanby dalam handbag sebab saya selalu berada di luar. Senang nak lap bila emegency.. hehe.

    ReplyDelete
  23. Memang kena ada tisu lembap ni. Senang nak guna. Kadang2 kalau malas nak cuci makeup pakai tisu basah je. Hehe. Tambahan pula anti-bakteria so memang bagus sangatlah tisu lembap ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama ngan akak adakala buang mekap guna tisu basah khas untuk muka tu..jenama SIMPLE..beli kat guardian

      Delete
  24. TB nak belilah untuk simpan dalam beg galas.. kalau time nak guna untuk cuci apa2 dah ada dalam beg.. tak perlu nak susah2 cari air ke apa kan... cuci kotoran dengan tisu lembab aiken ni je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang dan mudah gitu ~ beli beliii, simpannnn.....guna anytime and everywhere

      Delete
  25. Murah harga dia. Ni kalau nk travel ni sangat perlu. Kena beli ni simpan kt umah n letak dalam bag. Mudah kalau ada apa2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu..nak plak travel dalam cuaca panas kan..memang perlu ada tisu basah yang antibacteria ni...

      Delete
  26. Wah..Aiken pun dah ada produk baru wet tissue, mmg bagus simpan satu lebih2 lg bila hendak travel,

    ReplyDelete
  27. Tisu basah ni memang perlu ada dalam tas tangan..elok di bawa setiap hari..lepas ni nak beli jenama ni plak la

    ReplyDelete
  28. sekarang tisu lembab nih memang sangat2 berguna dalam kehidupan seharian
    hehehe

    ReplyDelete
  29. I suka sangat produk ni.. wangi baunya.. very clean indeed..

    ReplyDelete
  30. This is new too me. Fresh packaging and the price is reasonable. I want to try it.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama! Nak try jugakkkk......tengok kulit after pakai this...kan

      Delete
  31. wah..memang best kan..tisu basah memang menjadi kegunaan harian sekarang.

    ReplyDelete
  32. Bagus kan, nak nak bila bakteria banyak mati disebabkan guna aiken.....
    barulah selamat untuk penjagaan wajah......

    ReplyDelete
  33. akak suka simpan satu macam ni dalam henbag tau.. bila nak solat senang nak cuci muka

    ReplyDelete
    Replies
    1. khaty simpan kat opis, dalam handbeg dan kat rumah. hihihi

      Delete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com