Layan Jumanji di TGV Bersama Keluarga

Layan Jumanji di TGV Bersama Keluarga | Jumaat lepas Mimi plan nak bawa anak anak dan suami tengok wayang. Suami decide tengok movie Jumanji. Jadi, Jumaat lepas Mimi layan Jumanji di TGV bersama keluarga. Last tengok wayang masa Upin Ipin Jeng Jeng Jeng.

LAYAN JUMANJI DI TGV BERSAMA KELUARGA


Tiket movie Jumanji Welcome To The Jungle

Selfie dulu sebelum movie start


Kitorang layan Jumanji dekat TGV Aeon Mall S2 saja. Itu paling dekat dengan rumah. Nak pergi Palm Mall malas pula. Sampai Aeon Mall, terus pergi TGV beli tiket dulu. Lepas tu, kitorang pergi makan dulu. Makan KFC saja sebab suami Mimi ni tekak dia lain sikit. Makan kat tempat yang dia tak biasa memang tak nak. Contoh lah kalau Mimi teringin nak makan pizza ke kan kena pergi bila dengan anak anak. Dengan dia bukan tak boleh pergi, boleh saja tapi kesian dekat dialah sebab dia tak makan pizza. Perut dia bit sensitive dengan cheese atau mayonis. Makan burger biasa pun tak pernah letak mayonis tau.

Okey, sambung cerita pasal layan Jumanji dekat TGV bersama keluarga. Sebenarnya, movie start pukul 8.00 malam. Sampai awal memang ada masa lah untuk makan dan solat. Lepas tu, sesi bergambar dengan para pelakon Jumanji dekat luar. Bukan real pun...Hahaha... Anak anak jangan cakaplah diorang memang seronok. Lebih kurang jam 7.55 malam kitorang beratur nak masuk Hall 5.

 Anak anak dan abi bergambar bersama


SINOPSIS JUMANJI WELCOME TO THE JUNGLE

Sumber : Google


Jumanji Welcome To The Jungle ni mengisahkan pada tahun 1996, Alex Vreeke menerima permainan papan Jumanji yang ditemui bapanya di pantai ketika berjogging. Apabila Alex tidak menghiraukan permainan Jumanji tersebut, ia berubah menjadi katrij permainan video. Apabila Alex mula bermain permainan video tersebut dia disedut masuk ke dalam permainan tersebut.

Dua puluh tahun kemudian, empat orang pelajar yang dikenakan kelas tahanan atas kesalahan yang mereka lakukan. Spencer, Anthony, Bethany dan Martha dihukum untuk membersihkan sebuah bilik yang akan dijadikan makmal komputer. Anthony pula sibuk melihat barang barang yang ada di bilik itu sehingga di terjumpa kotak permainan video dan memanggil Spencer. Mereka mencuba permainan Jumanji dan memilih watak avatar di dalam permainan video tersebut, kemudian memanggil Bethany dan Martha turut serta bermain. Tanpa disangka mereka disedut ke dalam permainan video Jumanji dan tercampak ke sebuah hutan. Mereka mendapati diri mereka berubah mengikut watak avatar yang dipilih. Spencer sebagai Dr. Bravestone, Anthony sebagai Franklin ahli zoologi, Bethany sebagai Profesor Shelly Oberon dan Martha sebagai Ruby Roundhouse. Keempat empat avatar ini mempunyai kelebihan dan kelemahan masing masing. Mereka juga mempunyai tiga nyawa dan jika mereka kehilangan tiga nyawa tersebut, mereka akan mati dan kekal dalam permainan video Jumanji selamanya.

Sumber : Google


Sekiranya mereka ingin kembali ke dunia asal dan keluar dari Jumanji, mereka perlu mengambil semula permata "Mata Jaguar" yang dicuri oleh Russel Van Pelt dan mengembalikan permata tersebut kepada patung Jaguar yang besar dan perlu menyebut Jumanji bersama sama. Sepanjang perjalanan, mereka menghadapi pelbagai kesukaran kerana diburu oleh orang Van Pelt. Ketika ingin mendapatkan petunjuk dari ular, mereka dikepung oleh orang Van Pelt dan telah diselamatkan oleh Alex yang avatarnya seorang juruterbang bernama Jefferson "Seaplane".

Selepas pelbagai cara dan menghadapi kesukaran akhirnya mereka berjaya mengembalikan permata tersebut ke tempat asal dan kembali semula ke dunia sebenar tetapi mendapati Alex tidak bersama mereka. Mereka pergi ke rumah Vreeke iaitu rumah usang yang didiami keluarga Alex dan mendapati rumah tersebut kembali ceria. Alex muncul bersama anak anaknya dan menamakan salah seorang anaknya Bethany kerana Bethany (Profesor Shelly Oberaon) telah menyelamatkannya di Jumanji. Akhir sekali, mereka berempat memusnahkan permainan Jumanji  dengan bola baling supaya tiada siapa dapat main permainan tersebut.

Secara keseluruhan cerita Jumanji Welcome To The Jungle memang best kelakar tetapi kelakar yang lebih kepada kelakar orang dewasa. Dalam hall tu gamat dengan gelak tawa penonton. Mimi ketawa juga tapi taklah sepanjang masa ketawa sebab kena layan Adhwa nak menyusu. Masa mula mula tengok, Mimi assume movie ni sesuai dengan anak anak yelah sebab Jumanji yang first dulu kan lebih pada kanak kanak kan tapi tu lah ada satu dua part yang tak sesuai ditonton bersama anak anak kecil sebab ada part pelakonnya "kiss". Itupun Mimi dengar ada juga budak kecil ketawa masa part pelakon tengah "kiss" sebab kononnya watak tu tak ada pengalaman "kiss". Mungkin budak kecil tu rasa kelakar sebab reaksi lawak pelakon kot. So, untuk movie Jumanji Welcome To The Jungle ni Mimi bagi 4.5/5. 

Sebelum masuk wayang bergambar dulu


Anak anak seronok sangat sebab dapat tengok wayang. Kalau dikirakan sejak lahir sampailah Aina darjah dua dan Auni darjah satu, kira dua kali lah diorang merasa tengok wayang. Bayangkan social life anak anak Mimi macam mana. Kalau nak bawa anak anak seronok pun lebih pada bawa diorang jalan jalan makan angin tempat peranginan. Tak pun bawa diorang pergi kedai buku sebab tahu diorang memang gila buku macam Ummi dia juga. Lepas ni, mungkin akan bawa diorang tengok wayang lagi tapi kena tengoklah movie yang sesuai kan. Lepas ni memang nak tengok wayang lagi dengan keluarga tapi tengok pada keadaan juga. Korang dah tengok Jumanji ke? Kalau belum cepat cepat tengok okey.


Post a Comment

11 Comments

  1. wahh bestnya outing dengan anak-anak...

    ReplyDelete
  2. Akk minat jumanji..siri latest ni belum tgk lg.

    ReplyDelete
  3. Best kan Jumanji...hehee..banyak gelak dari siyes kan..akak ngan dania mmg enjoy tgok ari tu

    ReplyDelete
  4. Kak Sue pun dah pergi tengok hari tu, memang kelakar kan.. tapi tu lah ada babak yang tak sesuai untuk anak-anak..

    ReplyDelete
  5. dah tgk cerita ni.. best.. kelakar !

    ReplyDelete
  6. dh ramai yg tgk n kata movie ni kelakar... entah bila lah nk layan.... tp bila kata mimi tak berapa sesuai utk kanak2... fkr dua tiga kali jgk nk bwk aiyan tgk movie nih...
    jwb nya tunggu boleh langgan kt astro jelah....

    ReplyDelete
  7. Mmg best.. Klakar.. Gelak je la dlm wyg

    ReplyDelete
  8. Wah mimi pun dah layan jumanji ni ye. Ana macam biasa lah tggu dkt astro first je. Syafi bukan boleh tempat gelap lama2 ni. Buat tak kusyuk je nanti.

    Amboi siap dpt bergambar dgn pelakon jumanji tu yg mahal. Haha

    ReplyDelete
  9. Tak tengokk smapai kesudahhh, hahaa..tunggu ada orang donlod..baru tengokk...muahaha~
    Kan, Jumanji ramai ckap bestttt

    ReplyDelete
  10. tak sabar nak tengok. sampai hari ni memang tak tengok lagi. anak-anak suka betul dengan the rock

    ReplyDelete
  11. cerita ni best kecuali adegan cium penuh screen.. haha

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com