Kempen ‘Wang bersama Shopee’ Menawarkan ‘Fortune Ang Pao’ yang Membariskan Pelbagai Hadiah Berjumlah Lebih RM1 Juta Sempena Tahun Baharu Cina

Shopee, platform e-Dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan mengumumkan Kempen ‘Wang bersama Shopee’ sempena Tahun Baharu Cina ini dengan pelbagai hadiah berjumlah lebih daripada RM1 juta untuk penggunanya. Bonanza membeli-belah yang berlangsung selama 6 minggu ini akan bermula dari 15 Januari dan berakhir pada 25 Februari. 



Sebagai sebahagian daripada kempen tersebut, Shopee memperkenalkan permainan ‘Fortune Ang Pao’ yang menawarkan pelbagai hadiah berjumlah lebih RM1 juta untuk diberikan kepada pengguna yang mengambil bahagian. Bermula 15 Januari hingga 23 Februari, pengguna boleh bermain permainan ini untuk memenangi Shopee Coins, baucar dan lebih 20,000 unit Tiket Emas (Golden Tickets) setiap hari. Setiap Tiket Emas merupakan cabutan bertuah kepada pengguna untuk memenangi hadiah termasuk jongkong emas bernilai lebih RM500 setiap satu, hadiah mingguan berbentuk wang tunai berjumlah RM1,500 dan hadiah utama berbentuk wang tunai berjumlah RM8,888. Hadiah lain termasuk bank kuasa, aksesori komputer, perkakas rumah dan banyak lagi. 



Pengguna pasti ternanti-nanti Jualan Kilat Shopee yang dijadualkan 5 kali sehari dengan hadiah tambahan menerusi permainan secara langsung di Facebook Rasmi Shopee. Mereka juga berpeluang memenangi Kotak Kemakmuran Shopee (Shopee Prosperity Boxes); 88,888 unit Shopee Coins dan percutian untuk dua orang ke Disneyland Hong Kong dengan hanya mendaftarkan diri di acara Facebook ‘Wang bersama Shopee sempena Tahun Baharu Cina 2018’ (Wang With Shopee this CNY 2018). Semakin ramai pengguna yang mendaftarkan diri, semakin banyak hadiah terkunci boleh dimenangi termasuklah hadiah percutian ke destinasi misteri bernilai RM10,000 apabila pendaftaran mencapai bilangan 18,888 orang. 



“Perayaan Tahun Baharu Cina merupakan antara sambutan terbesar di sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia. Sempena sambutan ini, Shopee menawarkan pelbagai pilihan produk dari kategori Kesihatan & Kecantikan, Perhiasan & Perkakas Rumah, Fesyen, Barang Runcit; Permainan, Kanak-kanak & Bayi, Telefon Bimbit & Gajet serta banyak lagi untuk memenuhi keperluan setiap isi rumah. Dengan tawaran hebat tersebut, kami melancarkan Kempen ‘Wang bersama Shopee’ yang akan menambahkan keriangan pada musim perayaan ini,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee. 



Sempena Tahun Baharu Cina kali ini, Shopee berusahasama dengan lebih 60 jenama terkemuka daripada Shopee Mall termasuk PETRONAS, Reckitt Benckiser, L’Oreal, OPPO, Super, Watsons, Nestle, Unilever, Tommee Tippee, Deerma, Photobook, dan Xixili untuk melancarkan promosi dan potongan harga sehingga 90% ke atas pelbagai produk. 



Sejajar dengan komitmen untuk membantu lebih banyak usahawan dan syarikat meluaskan rangkaian mereka menerusi e-Dagang, Shopee turut menjalinkan usahasama dengan perunding feng shui bertaraf selebriti, YBhg. Dato’ Joey Yap untuk melancarkan Kedai Rasmi beliau. Usahasama ini merupakan yang pertama terjalin antara seorang perunding feng shui dengan platform e-Dagang di rantau ini.  

“Kami berbangga dapat melancarkan Kedai Rasmi kami di Shopee pada Tahun Baharu Cina ini. Bagi meraikan usahasama ini, kami menawarkan tiket percuma ke acara ‘Feng Shui & Astrology 2018 Live in Kuala Lumpur’ untuk 80 pelanggan pertama yang membuat pembelian minima RM30 dari kedai dalam talian kami,” kata YBhg. Dato’ Joey Yap. Acara tersebut akan dianjurkan pada 27 Januari 2018 (sesi Bahasa Kantonis) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Peminat bidang metafizik Cina boleh membeli buku terbitan terbaharu dan barangan eksklusif beliau berharga antara RM23 dan RM116 dari capaian <https://shopee.com.my/joeyyapstore>. 

Untuk maklumat lanjut tentang ‘Wang bersama Shopee’, layari:


Untuk mendaftarkan diri ke acara Facebook ‘Wang bersama Shopee sempena Tahun Baharu Cina 2018’, layari: 


To visit YBhg. Dato’ Joey Yap Official Shop, visit https://shopee.com.my/joeyyapstore

Muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi App Store atau Google Play. 

Post a Comment

21 Comments

  1. Baru pagi tadi terjah shoppee. Dah ada jualan kilat

    ReplyDelete
  2. Rose memang suka shopping dengan Shopee tau.. banyak pilihan yang ada dan kebanyakannya lagi murah dari tempat lain :)

    ReplyDelete
  3. wow menarikkk dah daftar lama dah.. saya dah join dapat 8 coins untuk hari ini.. hihihihi..

    ReplyDelete
  4. Kita pengguna tegar shopee..hihi...murah dan berbaloi..

    ReplyDelete
  5. Wow.. yeke.. best ni.. nk kena cuba.. manatau luck

    ReplyDelete
  6. Oppps belum terjah shoppee lagi. Ada sales rupanya.. Esok terjah untuk penuhkan wishlist 2018. Hihi

    ReplyDelete
  7. Hari ni dah start kan mimi. Sejuta tu nilai hadiah dia. Nk terjah shopee lah.

    ReplyDelete
  8. Wow ada promosi bolehlah nak terjah shopee nanti macam menarik sahaja.

    ReplyDelete
  9. Lama dah daftar shopee..Terbaik banyak hadiah. Nak pi terjah.

    ReplyDelete
  10. ehemmmm.. macam tau2 je TB nak shopping kat shopee nanti.. abeslah .. tapi ada diskaun ni lagi2 la koyak poket tb.. hahaha

    ReplyDelete
  11. Wahh 1 juta tu, memang meriah sale diorang kali ini. Nanti nak tak terjah website shopee. Hehe

    ReplyDelete
  12. Menarik nie Mimie tapi Kak Sue belum pernah shopping lagi kat Shopee nie..

    ReplyDelete
  13. xpnah lgg beli kat shoppee ni.. kne try nih..

    ReplyDelete
  14. Salam selasa mimi. Banyak kempen warna merah kan.

    Orang cina memang suka warna merah

    ReplyDelete
  15. Best la...lepas ni bleh skodeng shopee plak..nak daftar jap

    ReplyDelete
  16. hari2 spin hehe sehari dah dpt 8 sen

    ReplyDelete
  17. Woww... menarik tu. Tak pernah lagi buka shopee ni

    ReplyDelete
  18. semua best sempena promo ni, jaga-jaga wallet anda..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uishh, payah nak berjaga kalau dah terklik masuk websitenya...muehehe~

      Delete
  19. akak makin seram dengan shopee.. bahaya wei..

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com