FAME Lipmatte Envy dan Candy Pilihan Mimi

FAME Lipmatte Envy dan Candy Pilihan Mimi | Sekarang ni kan Mimi ada hobi baru selain daripada baca novel. Mimi suka kumpul koleksi lipmattte pula. Tak kisah lah dari jenama apa pun kalau warna menarik dan cantik mesti Mimi nak beli. Sebelum cuti hujung tahun lepas Mimi beli lipmatte jenama FAME yang sedang meletop letop tuh. Sudah semestinya FAME Lipmatte Envy dan Candy jadi pilihan Mimi sebab warna dia menarik minat pula untuk Mimi cuba.

FAME LIPMATTE ENVY DAN CANDY PILIHAN MIMI

FAME Lipmatte Envy dan Candy Pilihan Mimi

Tengok semua koleksi FAME Lipmatte tak tentu arah dibuatnya tau. Warna cantik cantik. Tapi kali ni FAME Lipmatte Envy dan Candy pilihan Mimi. Bulan lepas kan FAME buat promosi kan. Jadi, Mimi grab duit lipmatte dapatlah RM50. 

FAME Lipmatte Envy dan Candy


Warna FAME Lipmatte ni cantik cantik tau. Bila pakai di bibir mudah kering. Pakai nipis pun dah cantik. Kalau pakai tebal nanti nampak fake pula. Apa yang best FAME Lipmatte ni tak keringkan bibir pun. Kira bibir tak kering dan mengelupas lah. Sapuan pada bibir pun jadi rata dan sekata. 

FAME LIPMATTE ENVY DAN CANDY

FAME Lipmatte Candy yang Mimi pakai semalam


Mimi dapat lipmatte ni pun pagi semalam sebab beli melalui kawan. Minggu lepas dia pun sama juga dengan Mimi, cuti rehat. Jadi, semalam barulah dapat. Lepas solat Zohor semalam Mimi cuba pakai FAME Lipmatte Candy. Masa pakai rasa nak gelak pun ada sebab tak pernah cuba warna ni kan. Tapi bila tengok macam cantik pula kan.



Hari ni pergi kerja cuba pakai FAME Lipmatte Envy pula. Nampak cantik pula sebab warna ni pun Mimi tak ada. Memang duk cari warna macam ni. Fefeeling Neelopak lah pula kan. Masa ni duk layan Naagin sebab datang awal kan. Serius muka..hahaha

Lepas ni nak beli warna lain pula. Bila dah ada hobi baru ni, memang tak boleh nak tahan nafsu tengok lipmatte. Tak kisah lah jenama apa pun asalkan selamat digunakan dan original. Kalau fake rosak pula bibir ni. Sebelum ni Mimi dah ada koleksi lipmatte dari Ephyra, Seqy Beauty dan NYX. Kali ni beli koleksi FAME pula. Baru baru ni Mimi dapat kod diskaun dari HERMO, sempena bulan kelahiran. Kepala otak dah fikir nak beli lipmatte lagi..hahaha...

Bila dah jadi hobi tak rasa membazir pun sebab guna bukan buat hiasan kan. Betul tak? Sama macam hobi Mimi baca dan kumpul novel. Tak rasa membazir pun, nanti anak anak dah besar boleh baca. Korang ada tak sama hobi macam Mimi duk gila nak kumpul lipmatte juga. Kalau sama kita geng. Kot manalah tahu kan kita boleh bertukar tukar hadiah lipmatte kan.

Post a Comment

50 Comments

  1. Wow...baru tau yg ni pun boleh jadi hobi juga. Mengumpul koleksi lipstik. Hahaha...sangat rare.
    Harga mahal tak kalau tak ada promosi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hobi orang perempuan macam ni la...boleh meroyan tgok lipstik cantik2

      Delete
  2. Akak mmg pki fame.. Dh byk juga koleksi color dr fame lipstick tp paling fav color gossip

    ReplyDelete
    Replies
    1. SA pun suka Fame..eh sama la kiter pun suka kaler gossip

      Delete
  3. Cantik Mimie.. ala hobi Kak Sue kumpul fridge magnet je Mimie.. hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak lama lagi kak su bakal terjebak sebab SA dan Mimi ada minat yang sama..
      sure berjangkit ngan kak su

      Delete
  4. Cantik semua kaler yg Mimi pakai. Envy Pula mama tengok hiks

    ReplyDelete
  5. Warna soft je, takde pekat sngt. Elok utk event santai

    ReplyDelete
  6. Lawalah... best kalau mudah kering dan tak merekah..
    Rose tak pernah cuba Fame..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul Fame tak mudah kering dan merekah..warna kekal lama

      Delete
  7. Wah..sama lah kita.. Lipmatte lover.. Pantang nmpk lipmatte ade je nak beli..hehe...cntik kaler yg k.mimi pilih tu..

    ReplyDelete
  8. Mmg tingin nak pakai fame lipmatye ni..smpai skrg x beli2 lg hihi..nice color

    ReplyDelete
  9. Hobi saya pula kumpul buku nota yang comel-comel hehe. FAME Lipmate envy tu nampak sesuai sangat dekat u. nice ! :D

    ReplyDelete
  10. Ya Allah...nmpk kaler mcm sama je tapi bila dah pakai beza betul! Sally pun byk lipstick.. Byk yg dpt kt event.. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sally kalau x nak lipstick tu bagi akak..hahahaha...

      Delete
  11. wahh sesuai warna tu dengan awak! warna dia lembut. :D

    ReplyDelete
  12. Terjatuh hati tengok lipstik ni code colour envy.macam sesuai dengan CCL

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom beli CCL..harga pun murah..la ni dah banyak kaler

      Delete
  13. Tak pernah try lip matte fame. Nampak cantik dan sesuai bila mimi pakai..

    ReplyDelete
  14. wahhh, kalau kumpul macam ni, boleh pakai hari-hari lain. Iday baru ada satu. sebab jarang keluar rumah. nanti nak check la lipmatte ni, warna dia cantik :)

    ReplyDelete
  15. Saya pun pakai FAME jugakk! hehe
    Tapiii, baru try Violet, sebab tak terlalu menyerlah..saya suka colour violet..hehe

    Meh baca review Nona lak~
    http://nonasani.blogspot.my/2017/08/review-kosmetik-fame-lip-matte-ringan.html

    ReplyDelete
  16. Cantik la warna lipmatte ni. Soft je. Kinah pun ada hobi sama macam kak mimi, suka kumpul novel. Tapi sebelum beli kinah kena confirm dulu dengan adik kalau dia ada beli kinah tak yah beli. Kiranya exchange novel gitu hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hobi akak pun suka kumpul novel la ni dah terjebak dengan lipstick plak

      Delete
  17. Cik en suka envy tu.. kaler dia nude skit

    ReplyDelete
  18. Menarik gak eh FAME ..K.Sal tak pernah try lagi..tp kadang tu lipstick ni ikut darah gak , org pakai lawa je. .tang kita cam tak kena.

    ReplyDelete
  19. never try this brand. looks not bad at all

    ReplyDelete
  20. lembut jer nampak dan senang bawa ke mana2 :)

    ReplyDelete
  21. pernah try masa attended kelas makeup haritu, cantiknya ! nak tanya you punya blog sangat cantik la I suka tengok ;)

    ReplyDelete
  22. Memang tengah mencari ni. Boleh cuba ni nnti. Sama saya pun suka kumpul dan baca novel.

    ReplyDelete
  23. Cantiknya gincu dia..kita idamkn lipmatte ephyra

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ephyra pun ada lipmatte kan..blom cuba beli lagi

      Delete
  24. Wanita n lipstick memang xdpt dipisahkan.hehe.. cantik warnanya.. suka juga kumpul koleksi.senang nk buat pilihan..

    ReplyDelete
  25. auwww cantik kedua-dua warna tu. Mai selalu pakai lipbalm je sebab tak tahan selain daripada tu.. macam nak cuba jugak la lipmatte ni

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mai kalau dah sekali beli sure terjebak berkali- kali macam akak

      Delete
  26. Pernah juga cuba Fame ni. Fame bnyak warna nude. Saya ada kod warna Ladyboss.

    ReplyDelete
  27. Hahahah..gimme 5..kita ada semua collection fame lipmatte...suka sangat...
    Kita agen fame ...hahahha

    ReplyDelete
  28. cantik colour dia..lembut gittu.

    ReplyDelete
  29. cantik warna lipsmatte. memang wanita mudah jatuh cinta dengan benda-benda yang buat diri kita jadi cantik..hihihi. serius bebonar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tak kalau A cakap..SA ni jenis mudah terjebak..

      Delete
  30. masih nak fefeling nelopak? hehehe.. pantang je eh ada dapat diskaun la voucher la..

    ReplyDelete
  31. cantik lipmatte envy dan candy ni..hobi org perempuan suka kumpul koleksi gincu/lipmatte kan.macam rabia jugak suka kumpul gincu........

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com