FAME Lipmatte Envy dan Candy Pilihan Mimi | Sekarang ni kan Mimi ada hobi baru selain daripada baca novel. Mimi suka kumpul koleksi lipmattte pula. Tak kisah lah dari jenama apa pun kalau warna menarik dan cantik mesti Mimi nak beli. Sebelum cuti hujung tahun lepas Mimi beli lipmatte jenama FAME yang sedang meletop letop tuh. Sudah semestinya FAME Lipmatte Envy dan Candy jadi pilihan Mimi sebab warna dia menarik minat pula untuk Mimi cuba.
FAME LIPMATTE ENVY DAN CANDY PILIHAN MIMI
FAME Lipmatte Envy dan Candy Pilihan Mimi |
Tengok semua koleksi FAME Lipmatte tak tentu arah dibuatnya tau. Warna cantik cantik. Tapi kali ni FAME Lipmatte Envy dan Candy pilihan Mimi. Bulan lepas kan FAME buat promosi kan. Jadi, Mimi grab duit lipmatte dapatlah RM50.
FAME Lipmatte Envy dan Candy |
Warna FAME Lipmatte ni cantik cantik tau. Bila pakai di bibir mudah kering. Pakai nipis pun dah cantik. Kalau pakai tebal nanti nampak fake pula. Apa yang best FAME Lipmatte ni tak keringkan bibir pun. Kira bibir tak kering dan mengelupas lah. Sapuan pada bibir pun jadi rata dan sekata.
FAME LIPMATTE ENVY DAN CANDY
FAME Lipmatte Candy yang Mimi pakai semalam |
Mimi dapat lipmatte ni pun pagi semalam sebab beli melalui kawan. Minggu lepas dia pun sama juga dengan Mimi, cuti rehat. Jadi, semalam barulah dapat. Lepas solat Zohor semalam Mimi cuba pakai FAME Lipmatte Candy. Masa pakai rasa nak gelak pun ada sebab tak pernah cuba warna ni kan. Tapi bila tengok macam cantik pula kan.
Hari ni pergi kerja cuba pakai FAME Lipmatte Envy pula. Nampak cantik pula sebab warna ni pun Mimi tak ada. Memang duk cari warna macam ni. Fefeeling Neelopak lah pula kan. Masa ni duk layan Naagin sebab datang awal kan. Serius muka..hahaha
Lepas ni nak beli warna lain pula. Bila dah ada hobi baru ni, memang tak boleh nak tahan nafsu tengok lipmatte. Tak kisah lah jenama apa pun asalkan selamat digunakan dan original. Kalau fake rosak pula bibir ni. Sebelum ni Mimi dah ada koleksi lipmatte dari Ephyra, Seqy Beauty dan NYX. Kali ni beli koleksi FAME pula. Baru baru ni Mimi dapat kod diskaun dari HERMO, sempena bulan kelahiran. Kepala otak dah fikir nak beli lipmatte lagi..hahaha...
Bila dah jadi hobi tak rasa membazir pun sebab guna bukan buat hiasan kan. Betul tak? Sama macam hobi Mimi baca dan kumpul novel. Tak rasa membazir pun, nanti anak anak dah besar boleh baca. Korang ada tak sama hobi macam Mimi duk gila nak kumpul lipmatte juga. Kalau sama kita geng. Kot manalah tahu kan kita boleh bertukar tukar hadiah lipmatte kan.
50 Comments
Wow...baru tau yg ni pun boleh jadi hobi juga. Mengumpul koleksi lipstik. Hahaha...sangat rare.
ReplyDeleteHarga mahal tak kalau tak ada promosi?
Hobi orang perempuan macam ni la...boleh meroyan tgok lipstik cantik2
DeleteAkak mmg pki fame.. Dh byk juga koleksi color dr fame lipstick tp paling fav color gossip
ReplyDeleteSA pun suka Fame..eh sama la kiter pun suka kaler gossip
DeleteCantik Mimie.. ala hobi Kak Sue kumpul fridge magnet je Mimie.. hahaha..
ReplyDeleteTak lama lagi kak su bakal terjebak sebab SA dan Mimi ada minat yang sama..
Deletesure berjangkit ngan kak su
Cantik semua kaler yg Mimi pakai. Envy Pula mama tengok hiks
ReplyDeleteWarna soft je, takde pekat sngt. Elok utk event santai
ReplyDeleteWarna lembut dan tak menonjol kan..
DeleteLawalah... best kalau mudah kering dan tak merekah..
ReplyDeleteRose tak pernah cuba Fame..
betul Fame tak mudah kering dan merekah..warna kekal lama
DeleteWah..sama lah kita.. Lipmatte lover.. Pantang nmpk lipmatte ade je nak beli..hehe...cntik kaler yg k.mimi pilih tu..
ReplyDeleteSA pun suka lipmatte..bleh geng tak?
DeleteMmg tingin nak pakai fame lipmatye ni..smpai skrg x beli2 lg hihi..nice color
ReplyDeleteJom la beli kak El...best lipstick ni
DeleteHobi saya pula kumpul buku nota yang comel-comel hehe. FAME Lipmate envy tu nampak sesuai sangat dekat u. nice ! :D
ReplyDeleteYa Allah...nmpk kaler mcm sama je tapi bila dah pakai beza betul! Sally pun byk lipstick.. Byk yg dpt kt event.. Haha
ReplyDeleteSally kalau x nak lipstick tu bagi akak..hahahaha...
Deletewahh sesuai warna tu dengan awak! warna dia lembut. :D
ReplyDeleteTerjatuh hati tengok lipstik ni code colour envy.macam sesuai dengan CCL
ReplyDeleteJom beli CCL..harga pun murah..la ni dah banyak kaler
DeleteTak pernah try lip matte fame. Nampak cantik dan sesuai bila mimi pakai..
ReplyDeleteCik T jom la cuba
Deletewahhh, kalau kumpul macam ni, boleh pakai hari-hari lain. Iday baru ada satu. sebab jarang keluar rumah. nanti nak check la lipmatte ni, warna dia cantik :)
ReplyDeleteSaya pun pakai FAME jugakk! hehe
ReplyDeleteTapiii, baru try Violet, sebab tak terlalu menyerlah..saya suka colour violet..hehe
Meh baca review Nona lak~
http://nonasani.blogspot.my/2017/08/review-kosmetik-fame-lip-matte-ringan.html
Cantik la warna lipmatte ni. Soft je. Kinah pun ada hobi sama macam kak mimi, suka kumpul novel. Tapi sebelum beli kinah kena confirm dulu dengan adik kalau dia ada beli kinah tak yah beli. Kiranya exchange novel gitu hihi.
ReplyDeleteHobi akak pun suka kumpul novel la ni dah terjebak dengan lipstick plak
DeleteCik en suka envy tu.. kaler dia nude skit
ReplyDeleteCik En Kalau pakai envy sure cantik
DeleteMenarik gak eh FAME ..K.Sal tak pernah try lagi..tp kadang tu lipstick ni ikut darah gak , org pakai lawa je. .tang kita cam tak kena.
ReplyDeletenever try this brand. looks not bad at all
ReplyDeletelembut jer nampak dan senang bawa ke mana2 :)
ReplyDeletepernah try masa attended kelas makeup haritu, cantiknya ! nak tanya you punya blog sangat cantik la I suka tengok ;)
ReplyDeleteMemang tengah mencari ni. Boleh cuba ni nnti. Sama saya pun suka kumpul dan baca novel.
ReplyDeleteKak Azi jom cuba lipstick Fame...
DeleteCantiknya gincu dia..kita idamkn lipmatte ephyra
ReplyDeleteEphyra pun ada lipmatte kan..blom cuba beli lagi
DeleteWanita n lipstick memang xdpt dipisahkan.hehe.. cantik warnanya.. suka juga kumpul koleksi.senang nk buat pilihan..
ReplyDeleteSebab tu best jadi wanita kan..
Deleteauwww cantik kedua-dua warna tu. Mai selalu pakai lipbalm je sebab tak tahan selain daripada tu.. macam nak cuba jugak la lipmatte ni
ReplyDeletewww.maisarahsidi.com
Mai kalau dah sekali beli sure terjebak berkali- kali macam akak
Deletesy suka code envy tu..
ReplyDeletePernah juga cuba Fame ni. Fame bnyak warna nude. Saya ada kod warna Ladyboss.
ReplyDeleteHahahah..gimme 5..kita ada semua collection fame lipmatte...suka sangat...
ReplyDeleteKita agen fame ...hahahha
Ada yang baru kan..limited edition
Deletecantik colour dia..lembut gittu.
ReplyDeletecantik warna lipsmatte. memang wanita mudah jatuh cinta dengan benda-benda yang buat diri kita jadi cantik..hihihi. serius bebonar
ReplyDeleteBoleh tak kalau A cakap..SA ni jenis mudah terjebak..
Deletemasih nak fefeling nelopak? hehehe.. pantang je eh ada dapat diskaun la voucher la..
ReplyDeletecantik lipmatte envy dan candy ni..hobi org perempuan suka kumpul koleksi gincu/lipmatte kan.macam rabia jugak suka kumpul gincu........
ReplyDelete❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜
Lots of 💖
www.mimiazirah.com