Eau De Toilette Enchanteur Paris Glam Buat Mimi Jatuh Cinta

Eau De Toilette Enchanteur Paris Glam Buat Mimi Jatuh Cinta | Wangian dan wanita memang tak boleh dipisahkan.  Macam tu juga dengan mekap. Tak perempuanlah kalau tak wangi kan. Isnin lepas beli  Eau De Toilette Enchanteur Paris Glam buat Mimi jatuh cinta tau korang. 

EAU DE TOILETTE ENCHANTEUR PARIS GLAM BUAT MIMI JATUH CINTA

Botol Eau De Toilette Enchanteur Paris Glam yang unik dan cantik


Sebenarnya Mimi beli minyak wangi lagi sebab nak tambah koleksi. Beli baru tak bermakna simpan buat perhiasan ya.  Beli dan pakai. Setakat ni Mimi ada 4 jenis minyak wangi. Berkenan dan suka bau,  Mimi beli. Setakat ni cukup kot ada 4 jenis perfume.  Guna sampai habis baru beli baru. 

Eau De Toilette Enchanteur Paris Glam buat Mimi jatuh cinta sebab baunya yang wangi dan soft saja tau korang. Bentuk botolnya pun catik dan unik.  Suka sangat.  Sebelum ni jenama Enchanteur Mimi pakai Romantic tu. Kali ni saja ubah taste,  ambil bau Paris Glam ni pula.


Eau De Toilette Enchanteur Paris Glam

Packaging EAU DE TOILETTE ENCHANTEUR PARIS GLAM ni pun menarik tau.  Cantik dan comel je tengok. Kira nak attract pelanggan untuk beli pun memang berjayalah. Masa Mimi beli pun, Enchanteur Paris tinggal 3 kotak saja lagi. Yang lain banyak juga ada. Lama tau melangu memikir nak ambil yang mana. Siap sembur minyak wangi dekat baju Adhwa lagi. Pilih punya pilih Mimi decide beli EAU DE TOILETTE ENCHANTEUR PARIS GLAM ni sebab memang dah terpikat sangat dengan baunya. 

Selfie satu kali

Siap bawa datang pejabat tau sebab hari ni dah lambat tak dan nak sembur sana sini. Sampai je kat pejabat hah sembur bagi wangi. Cara nak sembur minyak wangi pun ada cara tau bukan hentam kromo saja nak pakai.  Nak dapatkan bau yang wangi berkekalan sembur di kawasan nadi di pergelangan tangan, leher dan tengah dada. Memang bau akan kekal. Tapi Mimi kadang kadang tak buat juga sembur ikut dan. Selalu sembur kat udara lepas tu berdiri bawah tu bagi minyak wangi kena pada baju dan tudung. Kira macam konon konon salji turun lah. Hahaha.

Feeling sangat bila hidu bau Eau De Toilette Enchanteur Paris Glam

Kira tak rugilah beli minyak wangi Enchanteur ni. Mungkin ada yang cakap ala minyak wangi murah tapi ada Mimi kisah?  Murah ke mahal ke kalau dah wangi memang beli punya.  Enchanteur ni satu jenama besar yang sudah lama dikenali dan terkenal tau.  Pelbagai produk yang dikeluarkan Enchanteur ni. Mimi sejak sekolah lagi dah pakai Enchanteur tapi yang Romantic tu lah.  Mimi ingat lagi masa tu Mimi pakai deodoran,  losyen dan mandian. Memang wangi sangat.  Kulit pun lembut saja. Bau memang tahan sampai ke petang. Walaupun murah tapi kualitinya setanding dengan jenama antarabangsa okey. Tak payah membazir beli produk mahal mahal sampai beratus beribu kalau ada produk yang harganya jauh lebih murah dan jenamanya setanding produk antarabangsa.

Korang sama tak macam Mimi guna produk Enchanteur?  Korang pakai produk Enchanteur yang mana satu? 

Post a Comment

26 Comments

  1. bestnya.. cikyan suka cuci mata tgk produk best mcm nih..

    ReplyDelete
  2. Pakai bau bauan wangi untuk suami memang dapat pahala

    ReplyDelete
  3. Cantik botol dia. Kalau dh enchanter mesti wangi kan

    ReplyDelete
  4. Enchanteur memang wangi dan tahan lama..tu nad suka

    ReplyDelete
  5. Sedapnya minyak wangi ni, dekat rumah bkn minyak wangi ke deadoran pn pakai jenama ni

    ReplyDelete
  6. Enchanteur ni dlu2 mmg femes.. walaupun ada org ckp ala perfume murah tp wangi.. Akak suka perfume die

    ReplyDelete
  7. Mmg sejak dulu enchanteur lover...mak pun suka hihi

    ReplyDelete
  8. Wahh menarik..kita xpernah guna lg yg cmni.. Bolehlah nk cuba lepas ni.. Hehe

    ReplyDelete
  9. Wah menarik...xpernah try pattern ni.. Best tak bbau dia? Nak cuba la...

    ReplyDelete
  10. Saya pun nak buatlah cara Mimi. Semnur ke udara. Lepas tu tunggu bawah dia.

    Tapi, cara tu banyak kena kat pakaian. Nak cuba jugak.

    ReplyDelete
  11. akk pun pi kerja pakai enchanteur je.. wangiii :)

    ReplyDelete
  12. Enchanteur ni memang tak dapat disangkal lagi, baunya wangi-wangi. Emi sendiri pun ada banyak koleksi wangian dan losyen dari jenama Enchanteur. Sejak dari zaman sekolah lg suka beli brand ni

    ReplyDelete
  13. Comelnya botol perfume enchanteur ni mimi. Bau pun wangi kan.

    ReplyDelete
  14. Comelnye botol dia mimi. Warna pun sweet. Bau confirm lah wangi kan.

    ReplyDelete
  15. Akak pun guna enchanteur. Best & wangi plus tahan lama.

    ReplyDelete
  16. Comelnya botollll.. suka2.. cik en x dpt plk kali ni

    ReplyDelete
  17. Yang baru ni dah dapat..tapi lom buat photoshoot lagi...

    ReplyDelete
  18. Wah nie yang terbaru ya Mimie.. Kak Sue pun pakai juga Enchanteur, memang wangi..

    ReplyDelete
  19. Murah? Rsa nya harga takde la murah mana kak. Blh tahan juga. Cuma tak la sampai cecah puluh ringgit. Haha
    Kita klau pkai Perfume, tahan bertahun. Jnis pening kdng tu dgn bau bau wangi.

    ReplyDelete
  20. Enchanteur ni memang pilihan ramai, sangat wangi perfumenya

    ReplyDelete
  21. Tgk gambar Mimi Terasa nikmat ya pakai enchanters

    ReplyDelete
  22. Wangi kan... Nora mmg kdg pakai ni kalau2 terdesak sgt xsempat beli perfume lain. heheh sng kata slalu utk backup lah. heheh wangi blh thn gak.

    ReplyDelete
  23. Suka minyak wangi enchanteur memang sangat wangi...

    ReplyDelete
  24. mmg wangi haruman enchanteur kan

    ReplyDelete
  25. memang wangi. comel pula tu bekas dia.

    ReplyDelete
  26. akak dah survey tau aritu.. sekali diorang kunci pulak lemari tu tak dapat kita nak ngetest bau dia tau.. nyampah!

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com