Belanja Anak Anak Makan di Pizza Hut

Belanja Anak Anak Makan di Pizza Hut | Jumaat lepas, Mimi kerja half day sebab nak perbaharui  lesen kereta yang nak luput keesokkannya. Lepas dah selesai semua Mimi belanja anak anak makan di Pizza Hut. 

BELANJA ANAK ANAK MAKAN DI PIZZA HUT




Sebenarnya memang dah jadi rutin setiap bulan Mimi akan belanja anak anak makan. Selalunya diorang nak KFC tak pun Pizza Hut saja. Tapi Mimi jarangggggg sangat bawa anak anak makan di Pizza Hut. Setahun sekali saja. Banyak makan di KFC atau restoren makan biasa. 

Dah niat sempenan hari lahir Mimi, Mimi nak BELANJA ANAK ANAK MAKAN DI PIZZA HUT. Mimi decide ambil set untuk dua  ke tiga orang makan iaitu Set Double Fortune Meal. Dalam set tu ada 1 regular Cheese Sang Cheesy Bites,  2 sup cendawan,  1 appetizer Mimi ambil Cheesy Garlic FlatBread dan 2 air ambil soya. Menu tambahan Mimi order 2 aiskrim untuk Aina dan Auni dan Mama Mia Meatballs.

Mula mula macam biasa sup dan air sampai. Lepas tu, Garlic Cheesy Flatbread dan Mama Mia Meatballs.

Makan tak pandang kiri kanan dah sebab sedap sangat

Masa ni Aina main tarik cheese tu sampai panjang

Auni cakap sedappp

Garlic Cheesy Flatbread. Salah satu menu favourite Mimi

Mama Mia Meatballs yang boleh tahan sedapnya

Bila Garlic Cheesy Flatbread dan Mama Mka Meatballs habis barulah Cheese Sang Cheesy Bites sampai. Kira watak utama dalam menu yang Mimi order. 

Cheese Sang Cheesy Bites ni ada Crispy Tempura Prawns,  Sos Telur Masin dan bahagain tepi pizza yang dipenuhi dengan cheddar dan mozarella. Bila nak makan korang kena perah lemon tu kat atas pizza. Kalau tak perah lemon pun boleh juga tetap sedap tapi rasa pelik sebab telur masin tu rasa macam tak berapa serasi. Bila perah lemon,  baru rasa tu serasi dan lagi sedap. 

Pizza ni dipotong kepada 6 bahagian tapi tak habis pun,  Mimi minta tolong staff  Pizza Hut bungkuskan.


Cheese Sang Cheesy Bites Pizza

Akhir sekali baru aiskrim anak anak sampai.  Aina aiskrim coklat Auni pula aiskrim strawberi. Tak sempat nak ambil gambar licin aiskrim.

Alhamdulillah,  tertunai sudah niat nak belanja anak anak makan pizza. Lepas ni tak tahu bila lagi dapat bawa anak anak makan pizza. In shaa Allah ada rezeki anak anak lepas ni makan lagi di Pizza Hut. 

Post a Comment

27 Comments

  1. Alhamdulillah..rekezi dikongsi ketika meraikan hari indah..

    ReplyDelete
  2. Nampak macam sedap je Garlic Cheesy Flatbread.. nanti nak cubalah..

    ReplyDelete
  3. Amboi sedap sgt tu mimi sampai tak pandang kiri kanan. Haha. Ana pun br mkn pizza isnin lepas. Suka ye anak2 dpt makan pizza.

    ReplyDelete
  4. Tak tahu pula di pizza hut ada menu garlic cheesy flat bread. macam sedap tu mimi

    ReplyDelete
  5. Sedapnya, sy suka main tarik2 cheese. Harga pun berpatutan

    ReplyDelete
  6. Sedapnya..Mama mia meatball tu tak pernah try..Nanti nak try yang ni.

    ReplyDelete
  7. Rezeki...elok kongsi kan Kak...bak kata org, dlm rezeki kita...terselit rezeki org lain...Sally jarang betul g makan kat pizza hut...selalu delivery je..haha

    ReplyDelete
  8. Aisey.. ni yg rs nk makan ni.. nyum2

    ReplyDelete
  9. CCL pun dah lama tak terjah pizza hut ni . Sampai tak tahu menu apa yang diorang up to date kan . Nampak sedap menu2 diatas tu

    ReplyDelete
  10. seronoklah anak2 mak nya belanja.... bila tgk mimi boh ni semua nmpak sedap2 lak... akak ni udahla peminat cheese....
    mcm tak caya tgk 2 anak dara mimi dh besar2..... mimi nmpak muda belia lg

    ReplyDelete
  11. alhamdulillah. sedapnya. terliur lak tengok, hehehe

    ReplyDelete
  12. Samalah kita mimi Garlic Cheesy Flatbread my fav too..
    Belum pernah makan lagi pizza baharu mungkin esok baru pi cuba, hehehe

    ReplyDelete
  13. Sedapnya.. Menu baru ye.. Nanti bole la nk pi pizza hut

    ReplyDelete
  14. Walamak sedapnya.. seki tgk auni Dan aina mcm kmbar pula

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah sedapnya makan bersama keluarga kan...

    ReplyDelete
  16. fuh.. dah lama tak makan kat pizza hut.. teringin lak nak makan pizza hut.. nantilah ada rezeki nak mam .. heee

    ReplyDelete
  17. tergoda sangan ngan MAMA MIA MEATBALLS tu...

    ReplyDelete
  18. Nak la jugakkkkk....alahai teruja tgok si auni tarik cheese tu ha....

    ReplyDelete
  19. Seronok belanja anak anak makan kan. Pastu asik ckp, sedapnyaa.. sedapnyaa..
    Bersungguh makan pulak tu.

    ReplyDelete
  20. Sedapnya Pizza Hut, lama dah Kak Sue tak pergi makan kat sana. Nanti nak pergi juga lah bawak anak-anak..

    ReplyDelete
  21. lama dah tak makan pizza...teringin pulak rasanya.Seronok belanja anak anak makan

    ReplyDelete
  22. ueheeeem kite tengok gambar makanan je ailio memang rasa banyak hehee =D

    ReplyDelete
  23. rezeki dikongsi bersama yang tersayang memang akan bertambah sedap. tapi kalau p pizza memang banyak menu yang tidak mengecewakan .

    ReplyDelete
  24. semua orang cakap pizza hut yg ni sedap eh.. akak macam teringin pulak bila tengok mimi letak gambar ni..

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com