Belanja Anak Anak Makan di Pizza Hut | Jumaat lepas, Mimi kerja half day sebab nak perbaharui lesen kereta yang nak luput keesokkannya. Lepas dah selesai semua Mimi belanja anak anak makan di Pizza Hut.
BELANJA ANAK ANAK MAKAN DI PIZZA HUT
Sebenarnya memang dah jadi rutin setiap bulan Mimi akan belanja anak anak makan. Selalunya diorang nak KFC tak pun Pizza Hut saja. Tapi Mimi jarangggggg sangat bawa anak anak makan di Pizza Hut. Setahun sekali saja. Banyak makan di KFC atau restoren makan biasa.
Dah niat sempenan hari lahir Mimi, Mimi nak BELANJA ANAK ANAK MAKAN DI PIZZA HUT. Mimi decide ambil set untuk dua ke tiga orang makan iaitu Set Double Fortune Meal. Dalam set tu ada 1 regular Cheese Sang Cheesy Bites, 2 sup cendawan, 1 appetizer Mimi ambil Cheesy Garlic FlatBread dan 2 air ambil soya. Menu tambahan Mimi order 2 aiskrim untuk Aina dan Auni dan Mama Mia Meatballs.
Mula mula macam biasa sup dan air sampai. Lepas tu, Garlic Cheesy Flatbread dan Mama Mia Meatballs.
|
Makan tak pandang kiri kanan dah sebab sedap sangat |
|
Masa ni Aina main tarik cheese tu sampai panjang |
|
Auni cakap sedappp |
|
Garlic Cheesy Flatbread. Salah satu menu favourite Mimi |
|
Mama Mia Meatballs yang boleh tahan sedapnya |
Bila Garlic Cheesy Flatbread dan Mama Mka Meatballs habis barulah Cheese Sang Cheesy Bites sampai. Kira watak utama dalam menu yang Mimi order.
Cheese Sang Cheesy Bites ni ada Crispy Tempura Prawns, Sos Telur Masin dan bahagain tepi pizza yang dipenuhi dengan cheddar dan mozarella. Bila nak makan korang kena perah lemon tu kat atas pizza. Kalau tak perah lemon pun boleh juga tetap sedap tapi rasa pelik sebab telur masin tu rasa macam tak berapa serasi. Bila perah lemon, baru rasa tu serasi dan lagi sedap.
Pizza ni dipotong kepada 6 bahagian tapi tak habis pun, Mimi minta tolong staff Pizza Hut bungkuskan.
|
Cheese Sang Cheesy Bites Pizza |
Akhir sekali baru aiskrim anak anak sampai. Aina aiskrim coklat Auni pula aiskrim strawberi. Tak sempat nak ambil gambar licin aiskrim.
Alhamdulillah, tertunai sudah niat nak belanja anak anak makan pizza. Lepas ni tak tahu bila lagi dapat bawa anak anak makan pizza. In shaa Allah ada rezeki anak anak lepas ni makan lagi di Pizza Hut.
27 Comments
Alhamdulillah..rekezi dikongsi ketika meraikan hari indah..
ReplyDeletesdapnya..:)
ReplyDeleteNampak macam sedap je Garlic Cheesy Flatbread.. nanti nak cubalah..
ReplyDeleteAmboi sedap sgt tu mimi sampai tak pandang kiri kanan. Haha. Ana pun br mkn pizza isnin lepas. Suka ye anak2 dpt makan pizza.
ReplyDeleteTak tahu pula di pizza hut ada menu garlic cheesy flat bread. macam sedap tu mimi
ReplyDeleteSedapnya, sy suka main tarik2 cheese. Harga pun berpatutan
ReplyDeleteSedapnya..Mama mia meatball tu tak pernah try..Nanti nak try yang ni.
ReplyDeleteRezeki...elok kongsi kan Kak...bak kata org, dlm rezeki kita...terselit rezeki org lain...Sally jarang betul g makan kat pizza hut...selalu delivery je..haha
ReplyDeleteAisey.. ni yg rs nk makan ni.. nyum2
ReplyDeletesedapnya cheese tu auummms
ReplyDeleteCCL pun dah lama tak terjah pizza hut ni . Sampai tak tahu menu apa yang diorang up to date kan . Nampak sedap menu2 diatas tu
ReplyDeleteseronoklah anak2 mak nya belanja.... bila tgk mimi boh ni semua nmpak sedap2 lak... akak ni udahla peminat cheese....
ReplyDeletemcm tak caya tgk 2 anak dara mimi dh besar2..... mimi nmpak muda belia lg
alhamdulillah. sedapnya. terliur lak tengok, hehehe
ReplyDeleteSamalah kita mimi Garlic Cheesy Flatbread my fav too..
ReplyDeleteBelum pernah makan lagi pizza baharu mungkin esok baru pi cuba, hehehe
Sedapnya.. Menu baru ye.. Nanti bole la nk pi pizza hut
ReplyDeleteWalamak sedapnya.. seki tgk auni Dan aina mcm kmbar pula
ReplyDeleteAlhamdulillah sedapnya makan bersama keluarga kan...
ReplyDeletefuh.. dah lama tak makan kat pizza hut.. teringin lak nak makan pizza hut.. nantilah ada rezeki nak mam .. heee
ReplyDeletetergoda sangan ngan MAMA MIA MEATBALLS tu...
ReplyDeleteNak la jugakkkkk....alahai teruja tgok si auni tarik cheese tu ha....
ReplyDeleteSeronok belanja anak anak makan kan. Pastu asik ckp, sedapnyaa.. sedapnyaa..
ReplyDeleteBersungguh makan pulak tu.
Selamat hari lahir mimi.
ReplyDeleteSedapnya Pizza Hut, lama dah Kak Sue tak pergi makan kat sana. Nanti nak pergi juga lah bawak anak-anak..
ReplyDeletelama dah tak makan pizza...teringin pulak rasanya.Seronok belanja anak anak makan
ReplyDeleteueheeeem kite tengok gambar makanan je ailio memang rasa banyak hehee =D
ReplyDeleterezeki dikongsi bersama yang tersayang memang akan bertambah sedap. tapi kalau p pizza memang banyak menu yang tidak mengecewakan .
ReplyDeletesemua orang cakap pizza hut yg ni sedap eh.. akak macam teringin pulak bila tengok mimi letak gambar ni..
ReplyDelete❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜
Lots of 💖
www.mimiazirah.com