Resipi Ayam Masak Asam Yang Mudah Disediakan

Resipi Ayam Masak Asam Yang Mudah Disediakan | Bila hujung minggu macam macam aktiviti yang boleh dibuatkan. Hujung minggu biasanya Mimi suka jalan jalan tapi tak sihat duduk rumah sajalah. Masak pun biasa biasa saja. Sesuai dengan tekak orang tak sihat. Mimi nak share dengan korang resipi Ayam Masak Asam yang mudah disediakan.

RESIPI AYAM MASAK ASAM YANG MUDAH DISEDIAKAN

Ayam Masak Asam


Resipi ni memang mudah disediakan tau korang. Yang tak tahu atau tak pandai masak pun boleh buat. Main campak campak saja. Kalau yang baru mula nak belajar masak apa kata korang cuba resipi Ayam Masak Asam yang mudah disediakan ni.

RESIPI AYAM MASAK ASAM

3 ketul ayam dipotong dadu (potong besar)
Serbuk kunyit
1 inci halia di hiris halus
1 biji lada merah dihiris
Bawang besar merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
1/2 cawan air asam jawa
1/2 cawan air
1 biji tomato dibelah 8
Sedikit garam

Cara masak :

Gaulkan isi ayam yang dicampurkan serbuk kunyit dan garam. Goreng sehingga masak, jangan garing sangat tau. Kemudian panaskan minyak, tumiskan bawang, halia, bawang putih dan lada masak yang dihiris sehingga naik bau. Lepas tu, masukkan ayam yang digoreng tadi. Gaul sebati dan akhir sekali masukkan air asam jawa dan air. Biarkan sekejap sampai kuah asam menggelegak. Jangan lupa masukkan garam secukup rasa ya kalau lupa tawar la lauk korang. Akhir sekali masukkan tomato dan gaul sebati. Dah siap boleh makan dengan nasi panas. Sedap tau korang.

Ayam Masak Asam



Kalau tak tahu nak masak apa, cuba masak ayam masak asam ni. Sesekali makan lauk macam ni memang sedap. Sebenarnya kita boleh pelbagaikan masakan kita cuma tu lah antara rajin dan malas. Kadang kadang mood rajin nak masak tu ada tapi tuhlah ketandusan idea nak masak apa. Korang yang baru nak belajar masak tu apa kata korang rajin cari resipi di Google atau beli buku resipi yang ada dijual di kedai kedai buku.

Dari seekor ayam tu kan sebenarnya macam macam resipi boleh buatkan. Masak lemak cili api, kari, sup, asam pedas, masak kicap, sambal, padprik dan pelbagai aneka jenis masakan yang boleh dimasak dan disediakan. Janji bahan ada dan cukup semua jadi kan. Korang ada tak yang suka masak macam Mimi. Mimi suka masak tau. Suka try and error. Sedap masak dan masak lagi. Tak sedap cari punca makanan tuh jadi tak sedap. Habis cerita. Masak ni kena ada minat tau. Tak suka atau memang tak minat masak, korang lah lapar. Lagi best makna masakan air tangan sendiri dari makan di luar. Sesekali makan di luar boleh saja tapi janganlah hari hari, betul tak?

Post a Comment

13 Comments

  1. resepi mudah nie..kena mncuba nanti.mesti sedap. btw cantik blog akk

    ReplyDelete
  2. Menariknya menu ni mimi. Kecur air liur terbanyang ayam masak masam ni. Tgh2 selesema ni mmg sesuai lauk masam2 ni. Kalau tak, takde rasa pun.

    ReplyDelete
  3. Belum pernah cuba lagi Ayam Masak Asam nie, selalu anak-anak Kak Sue suka Ayam Masak Sambal n Ayam Masak Kicap ja. Bertambah depa makan..

    ReplyDelete
  4. wah...sedapnya...boleh try ni resepi awak...

    ReplyDelete
  5. Slalu tgk ikan masak asam.. Kalini ayam masak asam

    ReplyDelete
  6. Sedapnya! Masak asam begini memang boleh buka selera :)

    ReplyDelete
  7. Akak tak pernah masak ayam macam ni..nak cuba la

    ReplyDelete
  8. Tak pernah lak makan resepi ni di mana-mana..hohooo~

    Ye, kalau rajin...memang boleh je masak...dan pelbagaikan masakan~

    ReplyDelete
  9. tak pernah try lagi masak asam guna ayam. menarik dan simple, mudah nampak nya nak buat, boleh try nanti

    ReplyDelete
  10. simple je mimi tapi mesti best sebab ada halia.. akak ni semua bend akalau ada halia sedap..haha

    ReplyDelete
  11. wah sedapnya.tapi tak pernah try lahi masak asam ayam ni.

    ReplyDelete
  12. sedap ni..nak cuba lah resepi ni...tq share resepi ya..



    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com