Murad ® Retinol Sains Yang Sempurna Melalui Pelancaran Retinol Renewal Serum Dan Night Cream

Murad® jenama penjagaan kulit klinikal melancarkan Retinol Youth Renewal Serum, anti-penuaan baru yang menyasarkan tanda tanda yang kelihatan dengan cepat tanpa sebarang kesan sampingan. 

Dikuasakan oleh teknologi Retinol Tri-Active Technology, serum bertindak cepat ini mengurangkan garis kedutan yang mendalam, menegangkan, melicinkan warna kulit, menyinar dan memudakan kulit. Mengikut kajian yang ditaja oleh Murad, 93% mengatakan kulit mereka lebih licin berbanding sebelumnya dan 87% telah menyaksikan kulit yang lebih kukuh selepas hanya dua minggu penggunaan.*


"Retinol dikenali sebagai bahan anti penuaan berstandard emas; itulah sebabnya pesakit saya kerap memintanya," kata Dr. Howard Murad, pengasas Murad. "Walaubagaimanapun, saya telah melihat keperluan yang signifikan untuk produk baru yang memberikan hasil yang lebih cepat dan tidak menyebabkan kerengsaan dan kekeringan. Setelah bertahun tahun penyelidikan dan pembangunan saya berbangga mengatakan bahawa kita akhirnya telah menyempurnakan ilmu retinol dengan serum ini."

Sementara banyak produk retinol di pasaran bergantung kepada satu bentuk retinol dan boleh memhambil beberapa minggu untuk mendapat perubahan yang ketara, formula unik Murad mempunyai tiga gabungan teknologi retinol untuk menyampaikan hasil yang lebih cepat tanpa kerengsaan. Hasil daripada tiga sistem serampang ini,  Retional Youth Serum Mata Pembaharuan memyampaikan paras optimum retinol dengan bekerja lebih cepat, menyampaikan hasil yang mampan dan meningkatkan keberkesanan. 

Retinol Tri-Active Technology yang berfungsi melalui tiga cara:

1. Fast-Acting Retinoid : Mempercepatkan hasil melalui peningkatan perolehan selular
2. Time-Releassd Retinol : Diadopsi dalam cangkan lipid yang perlahan lahan meresap ke dalam kulit, ia menyampaikan retonil yang konsisten dan beterusan sepanjang masa. 
3. Retinol Booster : Meningkatkan keberkesanan dengan bertindak seperti magnet untuk membantu meningkatkan daya penerimaan kulit kepada manfaat retinol. 
4. Peptide-rich Red Algae Extract : Meningkatkan ketegasan dan keanjalan kulit sambil menenangkan kulit melalui Krim Malam. 


Sebagai tambahan kepada penggubalan dasarnya, Murad Retinol Youth Renewal Serum Eye juga merupakan antara yang pertama mengamalkan penggunaan Swertia Flower Extract, bahan yang berasal dari Himalaya dan diiktiraf atas keupayaannya untuk membantu di dalam pertubuhan semula sel sel kulit selepas terbakar. Ekstrak ini, apabaila dipasangkan dengan bahan aktif yang lain, mengurangkan kerengsaan dan melembutkan kulit. Retinol Youth Renewal Serum juga menggunakan Hyaluronic Acid Spheres untuk menghidrat dan menyejukkan kulit serta melicinkan. 

Retinol Youth Renewal Eye Serum (RM478 30ml) dan Nigjt Cream (RN428 50ml) boleh didapati di Murad.com.my, kedai kedai utama Murad, Sephora dan salun di seluruh negara mulai Januari 2018. Untuk maklumat lanjut mengenai Retinol Youth Renewal Serum atau produk produk Murad lain, sila layari Murad.com.my atau cari kami di Facebook, Twitter, Instagram, YouTube dan Pinterest

Connected Beauty

Pendekatan berwawasan Murad untuk penjagaan kulit diasaskan pada kebenaran mudah dimana hidup lebih muda adalah pilihan yang boleh anda buat setiap hari. 

Kami percaya kemudaan adalah gambaran bagaiaman perasaan anda, bagaimana anda melihat dan bagaimana anda hidup, kerana setiap aspek kehidupan adalah sama seperti sel di dalam tubuh anda. Itulah sebanya segala yang kita lakukan di Muraf direka untuk membantu mengaktifkan kemudaan melalui penghidratan pada tahap selular. 

Murad-kehiduloan yang bersambung adalah kehidupan yang indah. 

*Di dalam kajoan yang ditaja oleh Murad. Keputusan untuk setiap individu mungkin berbeza. 

Post a Comment

5 Comments

  1. Tengah fikir banyak kali nak beli product Murad ni...mak aiiii...harga dia..telan ailio akak tgok Mimi...hhehehe

    ReplyDelete
  2. Banyak betul produk kecantikan di pasaran kan mimi

    ReplyDelete
  3. murad .. mama pernah dengar jenama ni mmg bagus tgk ingredient dia

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com