Lazada Online Revolution Blogger Contest l Semua orang tahu
mengenai Lazada Malaysia terutama sekali mereka yang kaki shopping online. Lazada
Malaysia merupakan platform shopping
online nombor satu di Selatan Asia. Lazada Malaysia juga kerap memberi
tawaran dan diskaun ke atas produk yang menjadi pilihan dari jenama yang
terkenal. Walaupun Lazada Malaysia dilanda dengan kontroversi di kalangan
pembeli baru baru ini, namun itu tidak mematahkan semangat Lazada Malaysia
untuk terus mengorak langkah mencipta nama. Apa yang paling best, Lazada Malaysia tampil memberi
penjelasan ke atas isu ysang timbul dan meminta maaf. Satu tindakan yang
terpuji buat lazada Malaysia. Sebab itu, Mimi suka shopping di Lazada Malaysia.
Kini, Lazada Malaysia menganjurkan Lazada Online Revolution Blogger Contest
sempena Online Revolution yang bakal diadakan tidak lama lagi. Jadi, Mimi tak
nak melepaskan peluang menyertai contest
yang diadakan.
LAZADA ONLINE REVOLUTION BLOGGER CONTEST
Do you remember the first product that you ever purchased
online? What was it and how was your experience?
Alamak! Nak ke rewind semula barang
pertama yang Mimi beli online ni. Rasanya dah bertahun kot. Yes! Baru Mimi
ingat. Barang pertama Mimi beli secara online ialah handphone Samsung Galaxy
Note 2 Pink. Mimi beli online di Facebook. Kebetulan seller yang jual handphone
tu Mimi kenal sebab dia blogger merangkap kawan di Facebook juga. Semua urusan
jual beli memang buat melalui messenger tau. Masa tu, tawakal saja tau beli
online. Yalah, pertama kali beli secara online, handphone pula tu. Risau handphone
yang Mimi beli tu hilang semasa pengeposan tak dapat di kesan. Kalau hilang tak
tahu lah nak cakap macam mana sebab susah payah kumpul duit nak beli handphone
tu tau. Tapi, syukur Samsung Galaxy Note 2 Pink yang Mimi beli selamat sampai.
Sangat puas hati dengan perkhidamatan yang diberikan. Pantas dan terbaik!
Which types of products would you prefer buying online?
Selalunya, produk
yang Mimi kerap beli secara online ialah produk kecantikan dan kesihatan. Antara
produk kecantikan dan kesihatan yang Mimi beli secara online ialah barang mekap
seperti lipstick, compact powder, bb cream, mascara, eye liner dan supplimen.
What
do you love about online shopping?
Sebagai wanita
yang berkerjaya, masa untuk membeli belah di mall sangat terhad. Kadang kala
tiada masa untuk keluar membeli belah barang keperluan kerana sibuk dengan
tugas dan keletihan. Bayangkanlah hari biasa Isnin hingga Jumaat Mimi bekerja
dari pukul 8.00 pagi sehingga 5.00 petang. Keluar rumah seawal 6.30 pagi dan
sampai di rumah pukul 6.00 petang. Balik rumah kena sambung memasak dan buat
tugas tugas di rumah. Memang tiada masa dan agak meletihkan untuk keluar
membeli belah. Sabtu dan Ahad pula sibuk untuk hadir ke blogger event. Jika
tiada, itu sajalah masa yang ada untuk berehat. Jadi, bila tiada masa membeli
belah di mall sudah tentunya membeli belah secara online menjadi pilihan dan
sebab itu Mimi suka sangat membeli belah secara online. Sebab Mimi suka membeli
belah secara online :
1)
Jimat masa, jimat tenaga
Tak perlu susah payah buang masa, buang tenaga keluar
membeli belah di mall. Jimat tol, jimat minyak. Badan pun tak letih pergi mall
sana sini cari barang yang kita nak. Di
Lazada Malaysia, semua ada. Cuma pilih barang yang kita nak, klik check out dan
bayar. Hanya tunggu saja barang sampai. Semuanya di hujung jari, sepantas
kilat.
2)
Sentiasa ada diskaun, tawaran harga murah
Ini yang buat Mimi suka sangat membeli belah secara
online. Serius cakap, kebanyakan barang yang dijual secara online ini lebih
murah dan berkualiti jika dibandingkan dengan barang yang dijual di luar.
Sentiasa ada diskaun dan tawaran istimewa yang diberikan untuk barangan yang kita beli secara online
terutama sekali Lazada Malaysia. Lazada Malaysia sangat bermurah hati tau bagi
para pelanggannya diskaun dan tawaran harga murah dari pasaran luar.
3)
Seperti reward
diri sendiri
Bila beli online dan kita dapat barang yang kta beli,
seolah olah barang itu hadiah daripada seseorang tau. Perasaan bila dapat barang
kita beli tu lain macam sangat. Happy semacam okey! Bila barang tu sampai
teruja sangat tak tergambar dengan kata kata.
Which products did you buy or are you planning to buy on
Lazada during the Online Revolution sales?
Bila jualan Online
Revolution bermula nanti, Mimi sangat nak beli dua barang ni. Memang nak sangat tau. Lama dah mengidam.
1) Tefal Express Toaster w/Lid
Harga : RM152.10
Sekarang ni, Mimi memang addicted sangat jenama Tefal tau. Memang nak buat collection jenama Tefal ni. Salah satu barang Tefal yang Mimi nak beli sangat meatilah Tefal toaster ni sebab Mimi dan anak anak memang suka makan roti. So, lepas ni bolehlah buat sarapan roti bakar lepas ni. Sapu pula dengan mentega memang sedap. Boleh sediakan sarapan sepantas kilat bila waktu nak pergi kerja dan anak anak ke sekolah kan. Tak lah kelam kabut sediakan sarapan.
2) Seagate Backup Plus Slim Externak Hard Drive 2TB Rose Gold
Harga : RM325.00
Ini salah satu barang yang Mimi nak bli sangat. Banyak sebab nak beli external hard drive ni. Firstly, of course lah sebab warna pink. Favourite colour okay. Most important is sebagai blogger perlunya external hard drive ni untuk backup semua kerja kerja sebagai blogger. Simpan invois, blogger resume, rate card, video review dan gambar gambar produk untuk review. Simpan dalam handphone banyak banyak confirm memory card phone full. So, dengan adanya external hard disk memang membantu sangat sangat kerja seorang blogger. Boleh backup semua folder kan.
Buat para peminat tegar shopping online, korang
jangan lupa tau Lazada Malaysia mengadakan Online Revolution (https://www.lazada.com.my/online-revolution)
yang akan bermula mulai 11 November sehingga 14 Disember 2017. Buat kawan kawan
blogger semua korang dijemput sama untuk memeriahkan contest yang dianjurkan
Lazada Malaysia. Apa tunggu lagi. Jom join!
6 Comments
gud luck..
ReplyDeletegudluck.
ReplyDeleteGood luck Mimie.. eh macam tersuka la pulak external hard drive tu, warna pink lagi kan..
ReplyDeleteGood luck ye Mimi semoga murah rezeki
ReplyDeleteGood luck
ReplyDeletememang jimat masa kalau beli online sebab tak perlu keluar, tapikan kena tahan nafsu mata sebab tengok banyak sangat barang murah nanti banyak pula masuk dalam trolly..hihihi
ReplyDelete❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜
Lots of 💖
www.mimiazirah.com