Pemenang Top Komentator Oktober Di Blog Suria Amanda

Pemenang Top Komentator Oktober di Blog Suria Amanda | Alhamdulillah rezeki awal November. Kali kedua Mimi jadi pemenang top komentator di blog Suria Amanda a.k.a kak SA. Kemenangan kali pertama masa bulan September, dapat RM20. Kali ni hadiah pemenang top komentator Oktober di Blog Suria Amanda ialah sebuah novel. Novel tajuk apa tak pasti sebab hadiah tu kak SA pilih sendiri. Mimi tak kisah dapat novel tajuk apa pun sebab Mimi memang kaki novel.

PEMENANG TOP KOMENTATOR OKTOBER DI BLOG SURIA AMANDA




Nampak kak SA umumkan pemenang top komentator pagi tadi. Macam biasa memang Mimi akan blogwalking ke blog kawan kawan balas kunjungan dan balas komen termasuk blog kak SA. Bila baca entry terbaru kak SA tak sangka pula jadi pemenang top komentator. Itulah yang dinamakan rezeki kan. Rezeki awal November.

Tak sabar pula rasanya nak dapat novel daripada kak SA. Rasanya dah berbulan Mimi tak beli novel tau sebab sibuk memanjang. Sampai tak ada masa nak pergi kedai buku Popular atau MPH. Last novel yang Mimi beli ialah Imaginasi karya Ramlee Awang Murshid. Tu pun belum khatam lagi baca walaupun dah berbulan bulan beli. Selalunya sebuah novel paling lama Mimi habiskan seminggu saja. Paling sekejap 3 jam. Tapi tu dululah. Sekarang ni makan masa sampai berbulan bulan. Hahaha...Nampak sangat tak boleh hadap novel kerap macam dulu dulu. Sekarang ni lebih utamakan anak anak dan blog. Novel bila bila boleh baca kan.

Rezeki awal bulan November dapat novel. Harap harap lepas ni rezeki lain akan datang pula. Tak kisah apa bentuk rezeki yang di terima asalkan kita bersyukur dengan kurniaan Allah.

Post a Comment

10 Comments

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com