Pelancaran Beg Kanak Kanak Nohoo di The Parenthood | Sabtu lalu Mimi berpeluang menghadiri majlis pelancaran beg Nohoo untuk kanak kanak berusia dua tahun dan ke atas di The Parenthood, Sunway Pyramid. Beg Nohoo yang dikeluarkan ini merupakan beg no.1 kanak kanak di dunia dan mempunyai aneka pilihan warna dan design mengikut tema seperti Ocean, Forest dan Castle. ancaran beg kanak kanak Nohoo di The Parenthood ini berjalan dengan lancar dan teratur.
PELANCARAN BEG KANAK KANAK NOHOO DI THE PARENTHOOD
Beg Nohoo dan beg syiling Nohoo |
Majlis dimulakan dengan pengenalan mengenai Nohoo2u. Kemudian kami diperkenalkan mengenai profil syarikat dan ciri ciri yang ada pada beg Nohoo oleh Mr. Tan. Apa yang menarik mengenai beg Nohoo ini ialah ia mempunyai pelbagai pilihan design dan warna mengikut tema tertentu yang menjadi kegemaran anak anak kecil seawal usia dua tahun. Selain daripada itu, beg Nohoo ini mempunyai pelbagai ciri ciri yang sangat menarik di mana ia sesuai untuk kanak kanak berusia dua tahun dan ke atas.
Penerangan mengenai profil syarikat dan ciri ciri beg Nohoo oleh Mr Tan |
CIRI CIRI YANG ADA PADA BEG NOHOO
Ciri ciri yang ada pada beg Nohoo |
1) Comel dan cantik
Koleksi beg Nohoo yang dikeluarkan ini sangat comel dan cantik. Ada lebih 40 koleksi beg mempunyai warna dan reka bentuk yang sangat comel. Ada beg berbentuk itik, penguin, kereta, dinosour dan pelbagai lagi. Sebab itulah beg ini menjadi kegemaran anak anak kecil malahan ibu bapa juga suka.
2) Kalis Air
Beg Nohoo ini ialah beg kalis air. Jadi, tidak perlu risau isi di dalam beg basah sekiranya beg terkena air hujan atau anak tertumpahkan air pada beg.
3) Selamat
Beg Nohoo ini sangat selamat digunakan kanak kanak seawal usia dua tahun dan ke atas.
4) Tahan Lama
Beg Nohoo ini sangat tahan lama kerana material yang digunakan untuk pembuatan beg ini ialah Neoprene. Neoprene merupakan kain sintetik yang berasal dari monomer kloropropeno, polibutadiena dan thiokol. Ciri ciri Neoprene sangat lembut, kuat, fleksibel, tahan terhadap air, kedap udara, tahan terhadap bahan kimia, api dan air laut.
5) Ringan
Beg ini sangat ringan dan memang sesuai digayakan oleh kanak kanak. Tidak perlu khuatir dan risau dengan beban yang anak anak perlu tampung kerana ia sangat ringan.
6) Ergonomik
Menggunakan material elastik yang sangat berkualiti tinggi dan direka bentuk mengikut tubuh badan kanak kanak.
Antara koleksi beg Nohoo yang comel dan menarik |
Beg Nohoo ini juga mempunyai lifetime warranty di mana ia meliputi kerosakan zip, tali beg koyak dan kerosakan beg seperti geseran pada beg. Beg 3D ini juga direka bentuk mengikut tema di mana materialnya sangat sesuai untuk aktiviti aktiviti luar. Ia juga direka khas dari bahan yang mesra alam sekitar.
Mimi dapat beg Nohoo design itik. Memang jadi hak milik Adhwa jawabnya. Adhwa pun suka beg Nohoo itik ni tau. Apa yang best dan menarik mengenai beg itik Nohoo ni walaupun warna kuningnya striking tetapi tidak menyakitkan mata bila tengok. Kira warnanya memang sesuai untuk kanak kanak. Yang paling best, muncung itik warna oren tu bila picit ia mengeluarkan bunyi. Setiap kali picit muncung itik pada beg tu, Adhwa mesti ketawa. Mudah terhibur budak kecil seorang ni. Yang paling best mengenai beg Nohoo ini mestilah reka bentuk beg yang sangat sesuai untuk Adhwa pakai ke mana saja. Mimi suka tengok Adhwa pakai beg ni sebab dia nampak bergaya dan comel. Boleh tengok video di bawah Adhwa bergaya sakan dengan beg Nohoo.
Beg ni juga memang sesuai sangat dengan Adhwa sebab ia ringan dan ergonomik. Reka bentuk beg sangat sesuai dengan bentuk badan Adhwa jadi ia memang tidak membebankan Adhwa langsung walaupun beg dia ada stok baju dan pampers. Secara keseluruhannya, Mimi sangat berpuas hati dengan kualiti dan reka bentuk beg Nohoo ini.
Rating : 10/10
Kami juga diberi panduan mengenai booklet yang diberikan untuk pembelajaran anak anak. Selepas itu, aktiviti menarik juga disediakan untuk kanak kanak yang turut hadir iaitu aktiviti mewarna. Aina dan Auni berpeluang melibatkan diri dalam aktiviti mewarna yang diadakan.
Aina dan Auni melibatkan diri dengan aktiviti mewarna |
Sementara anak anak sibuk dengan aktviti mewarna, Mimi dan ibu bapa lain di bawa ke Nohoo showroom untuk melihat dengan lebih dekat koleksi beg Nohoo yang ada. Pelbagai koleksi beg Nohoo yang comel dan cantik ada di showroom. Rambang mata dibuatnya. Rasa nak grab semua beg nak bagi anak anak dan anak saudara. Mimi juga berpeluang melawat outlet yang ada di The Parenthood yang menjual pelbagai barangan untuk bayi dan kanak kanak dari pelbagai jenama antaranya ialah Pureen, Philips Avent, Play-Doh, Igloo, Combi, Hello Kitty, Disney Frozen dan banyak lagi jenama besar yang ada.
Koleksi beg Nohoo yang ada di outlet Nohoo |
Koleksi beg Nohoo yang ada di showroom |
Setelah majlis selesai, Mimi berpeluang membawa anak anak bermain di Playland The Parenthood. Sebelum masuk pastikan ibu bapa dan anak anak memakai stokin ya. Kalau tak ada stokin boleh beli di kaunter dengan harga sepasang RM7.00. Di pintu masuk utama Playland Mimi, Aina, Auni dan Adhwa dipakaikan dengan gelang kertas di lengan. Kasut boleh diletakkan di rak kasut yang disediakan sebelah kiri pintu masuk. Masuk saja Playland, anak anak bukan main seronok lagi. Adhwa yang paling seronok sekali sebab dapat buat macam macam aktiviti di sini. Terima kasih Playland 😊!
Antara aktiviti anak anak Mimi di Playland |
Buat semua pembaca blog Mimi, korang juga berpeluang memiliki beg Nohoo yang comel dan unik untuk anak anak. Korang berpeluang dapatkan beg Nohoo ini dengan harga promosi dengan memasukkan kod "MIMILOVESNOHOO" jika membuat pembelian atas talian.
Untuk maklumat lanjut mengenai beg Nohoo boleh layari :
Web : www.nohoo2u.com
IG : @nohoo2u
17 Comments
comelnya beg tu! sha pun nak satu lah, nak yang shark haha
ReplyDeletewahhhhh cute nya bag² yg ada kt sni.
ReplyDeletecantiknya beg ni...macam nak 1 jugak !
ReplyDeleteComelnya beg-beg dari Nohoo nir kan, siap ada lifetime warranty lagi..
ReplyDeletekenapa la kakak dania cepat sangat besar..kalau tak sure bleh belikan dia beg Nohoo ni
ReplyDeletewow cantiknyaaaaaaaaaaaaaa
ReplyDeletecomelnye beg tu !!! tebayang anak kedek2 berjalan bawak beg.. hee~
ReplyDeleteComelnyaaa semua beg dekat sini. Berkenan tengok :)
ReplyDeletealoloo comel sungguh beg nohoo ni
ReplyDeletecantik dan comel la beg kanak-kanak Nohoo ini..
ReplyDeletekalau anak saya tahu ..memang dia mahu la nie
Comeinya beg ne. Miza berkenannya
ReplyDeleteAna pernah g booth noho ni. Memang comel giler beg2 dia. Geram je tgk. Yg best lifetime warranty pulak tu. Best kan.
ReplyDeleteComel nya mcm nak beli untuk Rayyan satu ..
ReplyDeleteComel beg
ReplyDeletemmg cantik and cute beg nohoo kn..anak2 pasti terpikat
ReplyDeleteAssalamualaikum wrmbth sis Mimi
ReplyDeleteSalam jumaat
semoga kita semua di berkati
Features memang banyak
Yang penting comel
Comel la beg-beg ni.. mesti buddak2 suka pakai kan ;)
ReplyDelete❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜
Lots of 💖
www.mimiazirah.com