Menu Makan Tengahari Semalam | Semalam mood rajin menjadi jadi. Selalunya kalau dah plan nak keluar jalan jalan memang Mimi tak masak pun. Makan dekat luar saja. Tapi semalam Mimi fikir better makan kenyang kenyang dekat rumah, keluar nanti tak ada mulut anak anak bising cakap lapar kan. Untuk menu makan tengahari semalam Mimi masak tiga menu iaitu sambal sotong, sayur campur dan telur goreng masak cili padi.
Sambal sotong memang favourite Aina dan Auni. Suami pun sama. Aina dia jenis tak tahan pedas, bila masak sambal dia selalu oesan jangan buat pedas. Nak kurangkan pedas Mimi bubuh gula kabung.
Sayur campur lobak + kobis bunga + kacang buncis + fish cake memang favourite Mimi dari dulu. Sedapnya!
Telur goreng masak cili api pun favourite Mimi juga. Selalu resipi ni Mimi masak guna cili padi hijau tapi memandangkan dekat rumahabda cili padi merah guna sajalah. Teringin nak makan kan. Dapat cili padi hijau lagi umphh tau.
Isi rumah pun tak ramai, so, masak lauk pun tak banyak jenis lah. Anak Mimi yang sulung tak suka pedas sebab dia jenis tak tahan pedas. Kalau masak sambal memang Mimi bubuh gula kabung untuk kurangkan rasa pedas cili tu plus ia sedapkan rasa sambal tu.
Tapi kan bila hari hari masak boleh jadi pening kepala nak masak menu apa. Memang ada 1001 resipi boleh cuba dan masak tapi dah nama pun perempuan kan, tetap juga ketandusan idea nak masak lauk apa. Padahal koleksi buku resepi banyak tapi tak guna langsung untuk rujukan. Memang mak mak sangat. Hahaha...Siapa alami situasi macam Mimi? Jomlah kita berhuhuhu secara berjemaah. Lepas ni kena rajinkan diri tengok buku resipi bila cari idea nak masak. Taklah ketandusan idea kan?
6 Comments
lauk-pauk tu pun ok dah. sedap. janji perut kenyang hehehe
ReplyDeletewww.maisarahsidi.com
akak yg msk sehari sekali je kalau time keje pun fenin kepala kadang tu, ni kan pulak kalau kene sediakan menu utk 3 kali sehari huhuhu.... sambal sutun tu menggoda lah, akak jarang sgt msk sambal sutun merah gitu, sutun selalu msti jd sutun msk kicap....
ReplyDeleteAda menu telur goreng masak cili api ya mimi
ReplyDeleteMacam sedap je
Nyam nyam
Sambal sotong pun fav ana tp ana prefer sotong kering. Sedapnya mimi. Kecur aor liur
ReplyDeleteSedapnya sambal sotong. Favvv sangat-sangat niii
ReplyDeleteCombinasi menu yang menjadi faav akak dan dania...makan bertambah kalau dapat telur dadar je pun
ReplyDelete❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜
Lots of 💖
www.mimiazirah.com