Hari Sukaneka Sekolah Aina

Hari Sukaneka Sekolah Aina | Minggu ni memang minggu sibuk. Semalam pergi Sunway Pyramid ada event, hari ni pula ada hari sukaneka sekolah Aina. Selalu hujung minggu macam ni terutama sekali Ahad memang time rehat di rumah. Lipat baju, kemas rumah, memasak dan macam macam lagi nak buat. 


Murid murid kena sampai sekolah sebelum pukul 7.30 pagi. Memang pagi tadi bangun awal masing masing. Lepas subuh, terus bersiap. Lebih kurang pukul 6.50 pagi kami keluar rumah. Sampai sekolah 07.09 pagi. Murid murid kena datang awal untuk buat persiapan khemah rumah sukan masing masing. Aina rumah biru.


Acara sukaneka dimulakan dengan kata aluan pengerusi majlis kemudian nyanyian lagu Negaraku. Kemudian baca doa oleh ustaz. Lepas bacaan doa, guru besar memberi ucapan beliau dan juga ucapan daripada jemputan vip.

Acara sukaneka dimulakan beberapa minit selepas itu dengan acara lari bawa pundi kacang oleh murid murid darjah satu. Pasukan rumah biru Aina dapat nombor dua. Okeylah kan. Lepas tu, acara untuk murid darjah dua, tiga dan pra sekolah. 


Yeay, rumah biru dapat nombor dua untuk acara lari bawa pundi kacang. Masa Mimi sekolah rendah dulu, Mimi rumah hijau. Bila tengok acara sukaneka ni teringat pula time sekokah rendah dulu. Meriah sangat sukan time tu macam macam acara ada. Mimi masuk sukan ala yang guling tayar tu. Tak ingat pula apa nama sukan tu. Lepas tu, lari sambil bawa bola ping pong dalam sudu dan pundi kacang. Memang beat lah. Compare dengan sukaneka sekarang rasanya zaman kita sekolah dulu lagi happening kan.

Masa taip entry ni pun , murid murid diberi masa rehat 30 minit. Sikit saja lagi nak habis. Adhwa pula dah mula meragam. Yela bayangkan dari pukul 7.09 pagi dah ada dekat sekolah sampailah sekarang dah pukul 10.57 pagi. Kalau kat rumah, sekarang ni time dia tidur. 

Sekarang time rehat dah habis, sambung sukaneka pula. Acara sukaneka dimulakan dengan lari bawa bola dalam gelung tahap satu. 


Dapat juga snap gambar Aina. Masa mula mula tadi tak dapat ambil sebab Adhwa meragam. Untuk acara ni rumah sukan Aina dapat nombor tiga. 


Okeylah kan, bawa balik medal perak dan gangsa pun dah kira bagus. Sekurang kurangnya kami datang bagi sokongan pada Aina. Bagi dia bersemangat nak bersukan kan. Pendek kata hujung minggu ni memang memenatkan tapi menyeronokkan.

Post a Comment

1 Comments

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com