Cendol Durian Sedap Man Cendol Nilai

Cendol Durian Sedap di Man Cendol Nilai | Sabtu lepas, selepas event di Sunway Pyramid terus singgah tempat kerja suami sekejap. Ada hal. Balik dari tempat kerja suami, suami Mimi decide balik rumah lalu jalan kampung di Nilai sebab nak elak jammed. Masa tu suami Mimi suruh googgle pasal cendol durian. Dah google of course lah nak pergi dan try cendol durian sedap Man Cendol Nilai kan.

CENDOL DURIAN SEDAP MAN CENDOL NILAI


Gerai Man Cendol Nilai


Gerai Man Cendol Nilai atau lebih dikenali sebagai Mc Oldvillage Man Cendol ini terletak di tepi jalan. Cari guna maps taip saja Man Cendol Nilai confirm jumpa. Suami order tiga mangkuk cendol durian untuk dia, Mimi dan Auni. Aina tak nak. Lebih nak tidur sebab mengantuk.

Gerai Man Cendol Nilai di tepi jalan


Masa nak untuk menunggu order sampai pun tak lama. Sekejap saja dah dapat. Auni makan dua sudu dah tak nak cendol durian, nak cendol kacang pula. Aina pun sama nak cendol kacang. So, suami order dua mangkuk cendol kacang untuk Aina dan Auni. Cendol durian Auni yang tak habis tu Mimi dan suami kongsi habiskan.


Cendol durian Man Cendol Nilai ni memang sedap tau korang. Sedap sangat. Seumur hidup Mimi minum cendol tak pernah habis mesti ada sisa yang tinggal. Tapi penangan cendol durian Man Cendol Nilai ni, Mimi berjaya habiskan cendol durian tu. Suami sampai tak percaya tengok cendol durian Mimi licin. Punyalah sedap. Santan cendol tu pekat tau korang, gaul pula dengan kuah gula dan durian tu memang rasanya blend dan kena lah. Suami Mimi jenis cerewet bab makan atau minum. Kalau tak sedap, dia cakap tak sedap. Tapi cendol durian ni memang dia puji sedap. Mimi pun berkali kali puji cakap sedap tau. Harga untuk semangkuk cendol durian ialah RM7.50 manakala cendol kacang ialah RM2.50. 

Man Cendol Nilai
Cendol durian Man Cendol Nilai

Man Cendol Nilai
Cendol durian Man Cendol Nilai


Di gerai Mc Oldvillage Man Cendol bukan sekadar jual cendol tau korang, ada juga dijual pelbagai aneka jenis lauk pauk masakan kampung. Mimi dan suami tak order pun masakan kampung sebab kitorang lebih nak rasa cendol. Sekali korang try, mesti nak lagi dan lagi. Serius cakap memang sedap sangat. Cendol duriannya memang kaw kaw rasanya tau. Sampai tidur pun termimpi mimpi lagi cendol durian Man Cendol Nilai ni.hahaha..

Korang pun patut cuba tau. Kalau singgah Nilai lalu jalan kampung, jangan lupa singgah Mc Oldvillage Man Cendol try cendol durian, memang sedap.

Carian maps : Man Cendol Nilai
Hari operasi : Setiap hari kecuali Isnin & Jumaat
Waktu operasi : 0900 am hingga 0700 pm


Post a Comment

5 Comments

  1. mama tengok pun rasa nak nangis sebab teringin nak makan hihi

    ReplyDelete
  2. Sedap pekena cendol petang2 ..

    ReplyDelete
  3. wah..pagi2 tengok gambar cendol durian ni, mmg menggoda betul...

    ReplyDelete
  4. Akak da lama betul x jalan- jalan kat Nilai la..nak- nak ikut jalan dalam...mesti banyak gerai best2 kan

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com