Bila Adhwa Dah Pandai Berjalan

Bila Adhwa Dah Pandai Berjalan | Sebenarnya Adhwa mula betul betul berjalan dengan stabil masa dia berumur setahun dua tiga bulan. Masa umur dia setahun dua bulan dia dah pandai berjalan tapi tak stabil sangat. Lama lama tengok dia dah berjalan laju dah. Bila Adhwa dah pandai berjalan, habis semua tempat dia meronda tau. Kadang kadang tak terkejar sebab laju sangat dia jalan.

Bila Adhwa Dah Pandai Berjalan


Ahad lepas kan ada sukaneka di sekolah kakak dia, Aina. Dia mula mula okey saja duduk diam. Lama lama dia bising sebab nak leoas bebas. Penat juga layan dia berjalan sana sini. Lepas tu bila kita nak pimpin dia tak bagi tau. Nak juga jalan sendiri. Nasib baik kakngah dia, Auni ada boleh juga layan dia. Siap main cak cak dengan kakak Auni dia dekat tiang. Sabar sajalah.


Lepas ke sana ke sini pula dia berjalan. Di kawasan kaki lima sekolah. Mimi risau juga sebab sekolah ramai orang kan. Takut terlepas pandang walau sesaat. Walaupun dalam kawasan sekolah, macam macam boleh jadikan. Tapi tuhlah, bila dapat anak aktif macam Adhwa ni memang kena banyak sabar dan Mimi sendiri kena banyak gerak ikut sama aktif macam dia. Kadang kadang geram tengok telatah Adhwa ni. Umur baru setahun lebih tapi akal dia macam budak sekolah. Ada saja dia buat.



Tengoklah gambar Adhwa kat atas ni entah apa yang dia seronok sangat. Seronok sebab dapat bergerak bebas. Bila kita ikut belakang dia, dia bantai jalan laju macam nak berlari sebab ingat kita ni main kejar kejar dengan dia. Ummi dia yang semput nak mengejar. Kalau ikut kakak kaka dia cepat berjalan Adhwa lambat sedikit tapi sikit pun Mimi tak kisah sebab lain anak lain perkembangan diorang kan. Ada cepat ada lambat. Macam Adhwa certain part dia cepat contoh macam meniarap dan merangkak memang cepat. 

Korang yang ada baby tu sekarang baby dah pandai buat apa. Rasa cepat sangat masa berlalu kan. Pejam celik pejam celik dah besar. Selalu cakap kat Adhwa janganlah cepat besar. Nanti Ummi rindu..huhuhu

Post a Comment

5 Comments

  1. wah seronoknya dah dapat kaki

    ReplyDelete
  2. cerianya tengok adhwa dah pandai jalan

    ReplyDelete
  3. Yeay...lepas ni Adhwa boleh laju berlari plak...

    ReplyDelete
  4. wah seronokh adhwa dapat kaki. lepas ni kurus lah mommy dia kejar sana kejar sini

    ReplyDelete
  5. Bestnya ke sana sini..hehe....
    adhwa cepat besaq pon takpa...ada next adik..kalau ridnu.....huhu

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com