Pembahagian Faraid

Pembahagian Faraid | Perlunya kita mengambil tahu mengenai pembahagian harta mengikut faraid supaya tidak timbul masalah di kemudian hari. Tak dinafikan berlakunya isu perebutan harta arwah atau tidak berpuas hati dengan pembahagian yang diterima di kalangan ahli keluarga sendiri walaupun ia telah ditetapkan. So, amat penting kita mengetahui pembahagian faraid agar tidak timbul isu di kemudian hari.

Pembahagian Faraid


Dari ilustrasi di atas boleh fahamkan pentadbiran harta pusaka arwah. Sedikit sebanyak dapat membantu kita faham dengan mudah dan jelas. Baca dan faham kan point point yang ditekankan.


Rujuk ilustrasi di atas. Arwah meninggal dunia dan meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak iaitu 2 anak lelaki dan seorang anak perempuan. Tidak lupa juga ibu bapa arwah. Katakan harta pusaka arwah bernilai 1 juta, maka harta yang bernilai 1 juta itu akan dibahagikan mengikut faraid yang ditetapkan. Boleh dilihat dengan jelas anak lelaki arwah mendapat bahagian yang lebih banyak daripada ahli keluarga yang lain. Ini baru satu situasi tau. Ada banyak lagi situasi yang perlu tahu dan ambil tahu.


Situasi ini berlaku apabila arwah tiada ibu bapa mahu pun adik beradik serta anak lelaki. Pembahagian harta diberi seperti biasa kepada isteri dan anak anak perempuan. Kemudian baki harta arwah akan disalurkan ke Baitulmal.


Situasi di atas ialah pembahagian faraid bagi arwah yang berkahwin dua. Pembahagian harta kepada dua orang isteri adalah sama adil dan rata dan baki di bahagikan kepada 5 orang anak lelaki di mana masing masing mendapat 2 bahagian manakala anak perempuan mendapat 1 bahagian.


Situasi di mana pembahagian faraid untuk ibu si arwah di berikan kepada adik beradik arwah kerana pentadbiran harta tidak sempat selesai dan ibu arwah telah meninggal dunia.


Ilustrasi dia atas jelas memberikan gambaran bahawa bekas isteri arwah tiada hak ke atas harta arwah tetapi anak anak arwah dengan bekas isteri layak terima pembahagian faraid. Begitu juga anak anak tiri arwah tiada harta ke atas harta arwah.


Situasi pembahagian harta ini berlaku bila tiada stopper. Jadi, ibu dan adik beradik arwah layak menerima pembahagian faraid.


Manakala untuk bujang/janda/duda tiada anak yang layak menerima pembahagian faraid ialah ibu bapa arwah sahaja. Saudara lelaki ataupun perempuan tidak layak terima.


Ilustrasi di atas menerangkan pembahagian harta yakni rumah semasa hidup dan semasa kematian suami. Diterangkan peratus pembahagian faraid yang layak diterima oleh ahli keluarga suami.

Dari ilustrasi di atas, diterangkan dengan jelas, tepat dan padat walaupun ia ringkas. Hanya diterangkan melalui gambar. Lagi mudah faham dan ingat kan. Mimi update di blog ini pun supaya senang untuk rujukan kemudian hari. Senangkan. Hopefully dapat juga bantu korang di luar sana tentang pembahagian faraid ni supaya tidak timbul isu kemudian hari bila melibatkan tuntutan hak masing masing.

Sumber : facebook @masjidalrahmankerpan

Post a Comment

12 Comments

  1. isu pembahagian harta mengikut faraid kena amek berat kan..tak bole buat main-main..

    ReplyDelete
  2. Baru bincang pasal faraid dengan husband aritu... Gambaran yang ni lagi jelas dan seronok baca... Tq perkongsian...

    Jemput jalan ke blog saya...

    Http://sihatbertenagabyfarhah.wordpress.com

    ReplyDelete
  3. sebelum ni, agak complicated nak faham sistem faraid. tapi dalam entri ni, mudah sangat nak faham gambar2 kartun ni. tq share. boleh buat rujukan di masa akan datang kalau perlu. nak mintak izin masuk blog ain utk rujukan sendiri boleh ya mimi?

    ReplyDelete
  4. Tak suka tau baca pasal harta pusaka ni tapi kena jugak amik tau. SA dan keluarga takde la banyak harta pusaka..tapi disebabkan sebelah mak banyak harta pusaka nya..kena la amik tau jugak kan...selalu dengan adik beradik bertelagah pasal harta

    ReplyDelete
  5. Assalam... Agaknye mcm mne nk taw kalau.. pembahagian harta :
    Simati = bujang x de anak dan Ayah pon dh x de.. tgl ibu dan adik beradik.. kalu ibu dpt 1/3 dr harta kite then 2/3 kepada siape pule ye?

    ReplyDelete
  6. as salam...saya nak tanya pembahagian harta jika isteri meninggal, isteri masih mempunyai ibu bapa , suami ,dan anak...bagaimanakah pembahagianya?

    ReplyDelete
  7. Assalam .. ada 2 isu

    1. Harta peninggalan arwah mak (lebihan khairat kematian, saham)

    2. Harta peninggalan (rumah) yang diberikan oleh arwah abah

    Mak ada berkahwin dgn org lain sebelum berkahwin dgn arwah abah spt dibawah:
    Bersama suami terdahulu -
    2 anak lelaki, 1 anak perempuan (1 anak lelaki telah meninggal)

    Bersama arwah abah
    4 anak lelaki

    Bagaimana pembahagian faraid yang perlu di laksanakan?

    Untuk harta peninggalan (1) dan harta peninggalan (2)

    Sekian

    ReplyDelete
  8. ALHAMDULILLAH MUDAH FAHAM.. TERIMA KASIH ATAS PERKONGSIAN

    ReplyDelete
  9. Saya nk bertanya,jika saya membeli rumah atas nama saya,waktu beli itu dlm tmpoh perkahwinan,dan segala byran rmh adalah sy yg bayar.Suami tidak mampu dan hnya memberi nafkah 500 ringgit sebulan.Jika suami meninggal dunia,adakah adik beradik suami berhak menuntut rumah yang saya beli?mohon pencerahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puan boleh rujuk link ini :

      https://hartabumi.com/cara-tuntut-harta-sepencarian-bahagian-1/

      Selagi rumah itu dibeli dalam tempoh perkahwinan walaupun rumah itu atas nama puan, ia tetap harta sepencarian. Adik beradik suami tiada hak tuntut rumah tersebut jika puan dan suami ada anak lelaki (waris asobah)

      Delete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com