Merdeka!Merdeka!Blogger Contest

Merdeka!Merdeka! Blogger Contest | Siapa tak kenal dengan Lazada Malaysia kan? Satu platform shopping online yang popular dan menjadi pilihan no.1 buat kaki shopping online. Apa yang best di Lazada Malaysia ialah perkhidmatan yang cepat dan produk ditawarkan berkualiti. Dan yang paling best sudah tentunya sale. Lazada memang suka buat sale tau. Tu yang suka sangat tu.

MERDEKA!MERDEKA! BLOGGER CONTEST



Okeylah, sempena Merdeka!Merdeka! Blogger Contest ni Mimi tak lepaskan peluang untuk sama sama meriahkan contest ni. Contest untuk blogger ini berlangsung dari 21 Ogos hingga 31 Ogos 2017. Blogger yang belum join cepat cepat join okey. Mana tahu rezeki korang menang kan.

Nak tahu apa yang buat Mimi bangga jadi rakyat Malaysia ni? Sudah pastinya, Malaysia merupakan negara di mana Mimi di lahirkan. Tanah tumpahnya darahku kan. Selagi nyawa dikandung badan, selagi itulah Malaysia adalah negara kebanggaan Mimi. Walaupun ada negara lain lebih bagus dan maju tapi bagi Mimi Malaysia juga yang terbaik. Bak kata pepatah "Hujan Emas di Negeri Orang, Hujan Batu di Negeri Sendiri, Lebih Baik di Negeri Sendiri". Haa, gitu kan!

Selain daripada itu, apa yang Mimi suka dan sayang sangat Malaysia ni ialah rakyatnya yang berbilang kaum. Melayu, Cina, India, Sikh dan pelbagai lagi kaum yang ada. Semuanya bersatu hati mengekalkan keamanan negara Malaysia. Walaupun Malaysia terganggu sedikit dengan isu politik namun itu langsung tidak mengganggu keamanan di Malaysia. Ya, Malaysia masih aman! Kita boleh tengok rakyat berbilang kaum ni bersatu padu tanpa mengira bangsa dan agama.

Malaysia juga mempunyai pelbagai jenis perayaan tau. Hari Raya Aidilfiti, Gong Xi Fa Cai, Deepavali, Krismas, Wesak dan macam macam perayaan lagi. Walaupun bermacam-macam perayaan ada di Malaysia ni, semua itu tetap di umum cuti perayaan untuk semua. Tidak kiralah apa bangsa korang tetap juga merasa cuti. See, best ke tak Malaysia ni. 

Kalau dah nama pun Malaysia ni terkenal dengan pelbagai kaum dan perayaan, sudah tentulah Malaysia juga terkenal dengan pelbagai jenis juadah kan. Nasi Lemak, Nasi Kerabu, Nasi Ayam Hainan, Capati, Roti Canai, Tosei, Mee Kari dan pelbagai lagi juadah enak yang ada. Tak kira apa bangsa sekalipun semua sama merasa juadah yang ada. Melayu boleh makan makanan kaum Cina dan India dan begitu juga sebaliknya. Kalau nak disenaraikan jenis jenis juadah yang ada 1001 malam pun tak habis cerita okey. 

Malaysia, walaupun tidaklah besar seperti negara negara lain tapi tetap punya keistimewaannya yang tersendiri. Negara yang mirip berbentuk jantung ini juga terkenal dengan tempat tempat pelancongan dan penginapan yang cantik tau. Antaranya Pulau Langkawi yang terkenal dengan lagenda Mahsuri menjadi tumpuan pelancong sama ada di dalam dan luar negeri. Malaysia banyak tau pulau pulau yang best untuk di lawati antaranya Pulau Tioman, Pulau Perhentian, Pulau Lankayan dan macam macam lagi pulau yang ada. Malaysia pun setanding tau dengan negara luar. 

Hah, best kan Malaysia ni. Siapa cakap tak best. Kalau kita baca sejarah, pastinya kita tahu jerih perih zaman moyang kita dahulu mempertahankan Tanah Melayu atau kini lebih dikenali sebagai Malaysia dari penjajah. Melayu, Cina, India bersatu hati mempertahankan Tanah Melayu untuk mencapai kemerdekaan dan berjuang habis habisan untuk bebas dari cengkaman penjajah. Akhirnya, segala pahit maung, jerih perih mereka terbalas dengan kemerdekaan yang dikecapi. Syukur, tanggal 31 Ogos 1957 negara kita menyambut Hari Merdeka untuk pertama kalinya. Bangga sangat! Merdeka!Merdeka!Merdeka! I'm proud to be Malaysian!

Sempena Merdeka ni, Lazada Malaysia juga mengadakan sale untuk jenama jenama tempatan tau korang. Belek punya belek, ternampak produk dari jenama tempatan pilihan Mimi iaitu Pensonic. Mimi suka Pensonic sebab kualiti produknya serta kecanggihan teknologi produknya buat Mimi yakin untuk menggunakannya. Jangan tak tahu Pensonic setanding jenama jenama terkenal tau. Bila tengok produk yang ada, eh eh terpikat tersuka pula dua produk Pensonic yang dijual di sini. Nama pun tengah sale kan, sudah tentulah ada tawaran hebat diskaun kaw kaw yang Lazada bagi. Dua produk Pensonic yang jadi pilihan Mimi ialah :

PENSONIC MULTI COOKER PMC-1501
Harga : RM249.00


Ini memang menjadi keutamaan mak mak okey. Dapat pula yang jenis suka dan minat memasak macam Mimi ni, haruslah ada satu di dapur okey. Nak nak warna multi cooker ni awesome sangat, lagi lah menarik minat nak masak hari hari tau. Adanya multi cooker ni tugas masak memasak menjadi mudah dan cepat tau.

PENSONIC CHEF'S LIKE AIR FRYER PDF-2201
Harga : RM329.00


Dah kata suka masak kan, haruslah ada satu Pensonic Chef's Like Air Fryer ni di dapur. Mimi memang nak sangat air fryer ni sebab kerja memasak jadi mudah dan cepat. Tak perlu guna minyak untuk memasak hanya menggunakan teknologi canggih udara/wap untuk memasak. Makanan bukan sahaja mudah dimasak malahan menjadikan makanan yang kita sediakan sihat dan bebas dari minyak.

So, ni la dua produk yang Mimi nak sangat beli tau. Beli bukan buat perhiasan semata mata tapi memang nak guna. Sangat perlu dan kena ada di rumah.

Sempena bulan kemerdekaan ni, Lazada mengadakan Merdeka! Merdeka! Sale (http://www.lazada.com.my/merdeka-sale/) mulai 25 Ogos 2017 sehingga 31 Ogos 2017 di mana korang akan dapat diskaun istimewa sehingga 80% tau! Wow! Banyakkan korang diskaun yang diberi. Sementara sale tengah berlangsung ni rajin rajin kan lah jari jemari klik klik produk yang tengah sale. Rugi tak grab tau. Mimi dah selamat grab handbag semalam. Hahaha..Lazada ni baik hati sangat tau suka sangat buat sale sampai tak senang duduk dibuatnya. Jom shopping di Lazada!

Post a Comment

7 Comments

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com