Hana Instant Shawl Dua Muka dari Ash Camikiya

Hana Instant Shawl Dua Muka dari Ash Camikiya | Dah dua hari Mimi sepi tanpa entry. Bukan merajuk ke apa tapi Mimi demam. Nak buat entry otak tepu tak boleh nak fikir. Hari ni hari ketiga demam tapi dah okey sikit. Idea pun ada saja, mencurah. Tak tepu macam sebelum ni. Hari ni Mimi nak share mengenai Hana Instant Shawl Dua Muka dari Ash Camikiya yang Mimi beli minggu lepas. Semalam baru dapat sebab tunggu tailor siap jahit. Mimi okey saja sebab seller yang Mimi beli ni boleh dipercayai. Kali kedua Mimi shopping dengan dia. Sebelum ni, Mimi beli warna marron dan copper. Pakai masa raya bulan lepas. Kali ni, Mimi beli 4 helai terus. Warna black, persian pink,eggplant dan tuscon teal.

Hana Instant Shawl Dua Muka dari Ash Camikiya

Kalau Mimi beli sesuatu dan berpuas hati dengan kualiti atau kesannya memang Mimi akan repeat order. Salah satunya Hana Instant Shawl Dua Muka ni lah. Sebelum ni Mimi pakai memang selesa, tak panas dan patuh syariah. Labuh tu boleh adjust tau. So, tak timbul isu pendek tak patuh syariah ke apa. Bila pakai kena pandai adjust labuh tu. Terpulang pada individu itu sendiri nak labuh mana kan.

Ash Camikiya
Hana Instant Shawl Dua Muka dari Ash Camikiya

Kali ni grab 4 helai terus. Total RM120.00. Actually ada dua combo set di jual. Combo A RM100 3 helai dan Combo B RM120 4 helai. Grab 4 helai murah sikit sehelai jatuh RM30.00 sahaja. Sebelum ni Mimi beli dua helai saja RM70.00. Free postage lagi. So, dah terlebih jimat.

Ash Camikiya
Hana Instant Shawl Dua Muka warna Black, Persian Pink, Eggplant dan Tuscon Teal

Warna black dan persian pink mesti dah boleh agak yang mana satu kan. Yang warna eggplant dan tuscon teal mesti confuse mana satu. Eggplant tu untuk warna ungu dan tuscon teal warna biru tu. Mimi kalau beli shawl cari yang sama dengan baju yang ada. Shawl yang lama Mimi akan bagi adik Mimi sebab sayang daripada tersimpan tak pakai langsung baik bagi adik.

Mimi pilih Hana Instant Shawl Dua Muka ni sebab jimatkan masa dan mudahkan Mimi juga. Nak nak time nak pergi kerja tu dah jimat masa. Sarung dua kali lepas tu pin saja dengan kerongsang. Dah siap. Kalau nak keluar berjalan kalan pun senang kan, sarung saja. Bila ada baby ni bukan mudah tau nak lilit sana lilit sini. Buatnya dia teriak aduh kelam kabut dibuatnya. Bila pakai instant shawl dua muka ni dah mudahkan Mimi. 

Hana Instant Shawl Dua Muka yang Mimi beli sebelym ni warna Copper

Hana Instant Shael Dua Muka warna Maroon

Hana Instant Shawl Dua Muka dari Ash Camikiya

Macam Mimi beritahu sebelum ni, Mimi suka Hana Instant Shawl Dua Muka ni sebab selesa, tak panas dan menjimatkan masa untuk bersiap. Taklah terkejar sana sini bila nak bersiapkan. Nak nak ada anak kecil lagi lah kan. Tak ada makna nak belit sana sini pusing sana sini kalau baby dah mula meraung. Tak tentu arah dibuatnya. Tu belum kira lagi bila kita dah pakai shawl cantik cantik sekali anak tarik sana tarik sini sampai senget benget shawl kita pakai. Keluar dari rumah cantik macam queen bila dekat luar dah macam mak lampir. Hahaha...

Lagi satu orang perempuan ni kan mana cukup dengan satu warna atau design kan? Bila pakai baju, rasa macam tak ada shawl atau tudung yang matching dengan baju yang dipakai. Betul tak? Mimi macam tu lah, selalu rasa ala kenapa baju ni tak ada shawl atau tudung yang sesuai. Tu yang asyik nak beli saja shawl dan tudung yang baru kan. Siapa sama macam Mimi? Semendang rasa tak cukup atau tak ada.

Korang pula suka beli shawl dekat mana? Online ke offline?

Post a Comment

7 Comments

  1. SA suka instant shawl sebab senang tak yah pening2 nak lilit...

    ReplyDelete
  2. Cantiknya.. warna eggplant Tu mama suka

    ReplyDelete
  3. Instant shawl paling senang kalau ada anak kan =)

    ReplyDelete
  4. Murah dan lawa ni.. nk cr gak shawl warna hitam

    ReplyDelete
  5. Cantik juga warna shawl ini, nampak selesa.

    ReplyDelete
  6. Simple nampak selesa! Baru ni beli tuk member gak, colour maroon......

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com