Columbia Asia Hospital-Seremban Menganjurkan Fun Ride di S2

Columbia Asia Hospital - Seremban Menganjurkan Fun Ride di S2 | Baru baru ini Mimi bersama blogger lain berkesempatan menghadiri Majlis Pelancaran Fun Ride @ S2 yang dianjurkan oleh Columbia Asia Hospital-Seremban. Untuk pengetahuan semua, ini adalah kali pertama Columbia Asia Hospital-Seremban menganjurkan Fun Ride di S2.

COLUMBIA ASIA HOSPITAL-SEREMBAN MENGANJURKAN FUN RIDE DI S2



Fun Ride di S2

Sempena Hari Jantung Sedunia, Columbia Asia Hospital-Seremban menganjurkan satu program aktiviti berbasikal yang berkonsepkan kekeluargaan sebagai salah satu usaha membantu Pertubuhan Hospice Negeri Sembilan. Acara amal ini telah dilancarkan pada 25 Ogos 2017 yang dikenali sebagai A Journey of Health and Wellness. Program ini merupakan program konsep mesra keluarga, tidak kompetitif dan terbuka untuk semua lapisan masyarakat.

Yayasan Jantung Sedunia menganjurkan Hari Jantung Sedunia setiap tahun untuk meningkatkan kesedaran tentang risiko penyakit kardiovaskular. Setiap tahun, sebanyak 80% kematian pra-matang disebabkan penyakit kardiovaskular dan jumlah ini menunjukkan lebih daripada 17 juta kematian di seluruh dunia. Angka ini dijangka akan meningkat sekiranya masyarakat tidak mengambil langkah bagi memastikan penjagaan yang betul untuk jantung yang sihat.


Ms. Lee Hui Chen General Manager Columbia Asia Hospital-Seremban

"Mesej kepada orang ramai ini adalah untuk memberi kesedaran bahawa kita perlu mula mengambil langkah positif dalam mengamalkan cara hidup yang aktif untuk mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular serta menekankan akan kepentingan mengesan awal penyakit tersebut dan rawatan yang diperlukan" kata Ms Lee Hui Chuen, General Manager Columbia Asia Hospital-Seremban.

COLUMBIA ASIA HOSPITAL-SEREMBAN MENGANJURKAN FUN RIDE DI S2


Hospital akan menyumbangkan semua yuran pendaftaran peserta kepada Pertubuhan Hospice Negeri Sembilan di mana wang tersebut digunakan untuk membiayai beratus ratus pesakit di bawah jagaan kakitangan dan sukarelawan mereka.

Berikut merupakan maklumat program basikal :

Tarikh : 1 Oktober 2017 (Ahad)
Masa : 7 pagi - 11.00 pagi
Tempat : Dataran Centrio, Seremban 2

Hospital menjangkakan seramai 600 orang peserta akan menyertai acara berbasikal sejauh 12KM ini. Yuran pendaftaran RM20 untuk individu berusia 18 tahun dan ke atas. Untuk kategori keluarga pula yuran pendaftaran ialah RM50 per keluarga yang merangkumi empat ahli keluarga di mana kanak kanak mestilah berusia enam tahun ke atas dan ditemani oleh orang dewasa.

Ms. Lee Hui Chen, General Manager Columbia Asia Hospital-Seremban bersama Mr.Lim Bok Khoon, Sales and Marketing IJM Land, Presiden Pertububan Hospice Negeri Sembilan, Dr. Anthony Gilbert dan wakil penaja AIA Vitality dan Yakult


Turut hadir bersama pada majlis pelancaran ialah Mr.Lim Bok Khoon, Sales and Marketing Manager dari IJM Land, Dr. Anthony Gilbert, Presiden Pertubuhan Hospice Negeri Sembilan dan para penaja iaitu AIA Vitality, Yakult, 100 Plus, KAO dan Milo.

Bersama wakil penaja MILO

Bersama wakil penaja 100 Plus

Dr Anthony Gilbert, Ms. Lee Hui Chen dan Mr. Lim Bok Khoon

Bersama wakil AIA Vitality

Bergambar bersama para penaja

Pada acara berbasikal nanti, setiap peserta akan diberikan t-shirt, goody bag dan sijil penyertaan. Kepada yang berminat nak join Fun Ride @ S2 bolehlah mendaftar melalui website Columbia Asia Fun Ride di http://www.cyclingevents.my atau hubungi talian Customer Care hospital di 06-6033988 untuk sebarang pertanyaan.

Untuk makkumat lanjut boleh layari website Columbia Asia Malaysia :


Post a Comment

9 Comments

  1. Hospital swasta anjurkan kempen macam ni ada bau bau marketing

    Hehe

    ReplyDelete
  2. Wah bagus ni..SA nak war2 kan pada kawan- kawan opis ni la..mana tau kalau diorang berminat...

    ReplyDelete
  3. kempen sekaligun marketing utk hospital ni kiranya 2 in 1 ni..hehe

    ReplyDelete
  4. Bagus juga ada event kesedaran mcm ni ....

    ReplyDelete
  5. Bagus ada acara sebegini. Sambil menyumbang sambil bersukan dan mengeratkan silaturrahim.

    ReplyDelete
  6. bestnya....kalau dekat nak juga join
    www.linliena.com

    ReplyDelete
  7. wahhhh syoknya... tapi sepatutnya hospital kerajaan patut anjurkan mcm ni. bila swasta dh jd mcm marketing derang.

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com