Ayah

Ayah | Selagi ayah ada hargailah dia. Selagi ia masih bernafas, berbaktilah pada dia. Yang tiada ayah sedekahkan Yassin dan Al-Fatihah u tuk bekalan arwah di sana agar rohnya sentiasa tenang di sana. Berdoalah untuk kesejahteraan arwah di sana. Sesungguhnya doa anak yang soleh tiada hijab. Sesungguhnya ayah itu tiada galang gantinya. Walaupun dia garang, dia tidak mesra, dia keras hati namun ayah tetap ayah. Kasih sayangnya tidak berbelah bagi. Susah nak tunjuk kasih sayangnya. Sanggup berkorban jiwa dan raga agar anak anak bahagia.



Dapat perkhabaran berita, ayah Mimi tidak sihat , semput. Dah pergi hospital. Nak melawat ayah tapi Mimi sekarang masih tidak sihat. Sudah empat hari. Kudrat nak memandu jauh jauh tiada. Nak drive pergi kerja dan hantar anak anak pergi sekolah pun tak daya tapi lawan juga sakit tu. Nak harapkan suami dia juga bekerja mencari rezeki.

Hanya mampu berdoa dari jauh agar Ayah segera sembuh. Doakan Mimi cepat sembuh supaya dapat balik jenguk ayah. Walaupun Seremban PD tidaklah jauh mana tetapi dalam keadaan yang tidak sihat yang dekat pun macam jauh. Nak tunggu suami, dia balik dah tengah malam. Tadi dah whatsapp mama, minta maaf tak dapat balik. Alhamdulillah, mama cakap jangan risau. Keadaan ayah semakin baik. Harap harap keadaan ayah bertambah baik. 

Post a Comment

2 Comments

  1. Moga2 ayah kak mimi cepat sembuh. Dan get well soon jugak to you! <333

    ReplyDelete
  2. Huhuu.. tetiba teringat ayah mama. Love him very much

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com