SAPS Ibu Bapa Memudahkan Ibu Bapa Semak Keputusan Peperiksaan


SAPS ibu bapa digunakan untuk memeriksa keputusan peperiksaan dan ujian bagi murid sekolah dari darjah 1 hingga ke tingkatan 5. Korang tahu tak apa itu SAPS Ibu dan Bapa?

SAPS adalah singkatan kepada sistem analisis pelajaran sekolah yang merupakan inisiatif daripada Kementerian Pelajaran Malaysia. Sistem ini memudahkan ibu bapa menyemak keputusan ujian dan  peperiksaan anak anak yang masih bersekolah.


Aplikasi SAP Ibu Bapa


Dengan adanya SAPS IbuBapa ini, ibu bapa juga dapat memantau prestasi pelajaran dan kecemerlangan anak-anak secara berterusan dan semudah di hujung jari sahaja. Maklumlah sekarang zaman internet. Semuanya serba mudah, cepat dan pantas. Tak kira di mana saja korang berada sama ada di pejabat, di rumah atau di kompleks membeli belah, korang boleh layari SAPS bila bila masa saja yang korang suka.

Memandangkan sistem ini masih baru, pastinya terdapat segelintir ibu bapa yang masih belum tahu cara atau belum tahu untuk menggunakan sistem SAPS Ibu Bapa. Mimi akan ajar korang cara memeriksa keputusan peperiksaan atau ujian anak kita melalui sistem SAPS ibu bapa:

Bagi memeriksa keputusan peperiksaan anak-anak secara online sila klik di sini --> SAPS Ibu Bapa

Kemudian, akan keluar paparan seperti gambar di bawah.


Apa yang perlu korang lakukan ialah masukkan saja nombor kad pengenalan/sijil lahir anak, isikan tahun dan masukkan kod pengesahan yang diberikan. Jangan lupa pilih kategori sekolah sama ada sekolah rendah atau sekolah menengah. Kemudian klik butang "Semak". Nanti akan keluar keputusan ujian/peperiksaan yang telah diambil oleh anak korang. Korang juga boleh print keputusan tersebut untuk simpanan.

Untuk memudahkan korang lagi, korang boleh download aplikasi SAPS Ibu Bapa melalui Play Store. Taip saja SAPS, korang akan jumpa aplikasi tersebut. Boleh rujuk gambar di atas. Kemudian korang boleh download aplikasi SAPS Ibu Bapa. Setelah download, korang boleh guna bila bila masa saja korang nak. Mudahkan?

Korang sangat digalakkan menyemak keputusan peperiksaan anak melalui laman web ini kerana ianya sangat mudah dan cepat. Korang tidak perlu risau terjadinya masalah website down atau laman tidak dapat diakses. Klik sahaja link yang Mimi beri tadi dan ikut saja arahan yang diberikan untuk menyemak keputusan peperiksaan anak melalui SAPS NKRA Ibu Bapa.

Apabila dapat semak keputusan anak pada bila-bila masa di mana jua, sebagai ibu bapa kita perlulah terus mengekalkan momentum untuk terus prihatin dan mengambil berat tentang pendidikan mereka. Jadikan kelebihan teknologi ini sebagai batu loncatan kepada kita mendidik anak-anak agar terus cemerlang di masa akan datang. InsyaAllah, pasti tidak akan berlaku lagi perkara negatif seperti anak sorok keputusan peperiksaan, anak tipu tandatangan buku rekod, anak tercicir dalam pelajaran dan pembelajaran serta lain-lain perkara yang tidak baik.

Korang dialu alukan untuk share artikel ini agar ia dapat membantu lebih ramai orang tahu mengenai SAPS Ibu Bapa 2017 ini dan boleh semak keputusan peperiksaan anak-anak mereka secara online semudah ABC. Seiring dengan kemajuan teknologi, sistem ini dilihat dapat membantu ibu bapa yang kurang arif dengan IT akan menjadi celik IT kerana era kini semua maklumat hanya di hujung jari. Pastinya sistem ini memberi manfaat kepada ibu bapa dan tidak rugi mengambil tahu mengenainya.

Post a Comment

4 Comments

  1. Bagus aplikasi SAPS ni,
    tapi pakcik dh Xde anak sekolah lagi.

    ReplyDelete
  2. mudah kan nak semak keputusan anak, tapi berdebar usah kata :)

    ReplyDelete
  3. Uikk dah Ada dlm Google apps juga ye

    ReplyDelete
  4. Saps dah menyenangkan urusan ibubapa untuk mengetahui keputusan peperiksaan anak-anak

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com