NYX PROFESSIONAL MAKEUP Soft Matte Lip Cream Milan

NYX Soft Matte Lip Cream Milan | Dah namanya perempuan kan memang tak boleh berpisah dengan mekap langsung. Macam Mimi sendiri sekarang ni ada hobi kumpul lipstick. Nak nak jenis matte. Pantang tengok orang pakai warna lipstick yang cantik mula jadi Detektif Conan siasat orang tu pakai lipstick jenama apa. Kalau tengok drama ke filem, suka tengok bibir artis wanita sebab nak usha diorang punya lipstick hahaha. Semalam Mimi share dengan korang pasal terbeli NYX Soft Matte Lip Cream Milan kat SINI.

NYX Soft Matte Lip Cream Milan

NYX Soft Matte Lip Cream Milan ni Mimi beli di Lazada. Ada potongan sehingga 70% tau. Pelbagai jenama terlibat antaranya Maybelline, SilkyGirl, Loreal dan banyak lagi. Lipstick yang mana over budget korang pun jadi murah okey. Macam NYX ni memang harga boleh tahan. Hanya mampu tengok saja. Bila dah ada sale ni cepat cepat grab. Nak berbelanja kena jadi bijak. Tak gitu?

Order barang di Lazada memang cepat dapat tau. Petang 25/07/2017 order semalam dah dapat. Dapat saja semalam happy saja tau duk belek belek saja. Memang warnanya cantik. Dalam kepala otak dah bersusun list warna lipstick yang Mimi nak grab nanti. Hari hari pakai lipstick warna yang sama pun bosan gak. Kenalah tukar tukar warna, betul tak?

NYX Lip Cream
NYX Soft Matte Lip Cream 

NYX Soft Matte Lip Cream Milan


Hari ni pergi kerja Mimi try NYX Soft Matte Lip Cream Milan. Memang cantik tau. Yang best bila pakai tak mengeringkan bibir dan tahan lama. Bila nak solat mudah saja tanggal. Tak perlu risau ada kesan lipstick yang tertinggal pada bibir. Mudah dibersihkan.

Kalau dikira, Mimi ada 11 lipstick tapi yang jenis matte ada 6. Ni pun rasa macam sikit saja. Selagi tak penuh beg mekap memang akan shopping lah apa yang patut, walaupun hakikatnya hampir penuh. Entah kenapa Mimi jadi addicted sangat nak kumpul lipsctick jenis matte. Tapi tak lah sampai sebulan beli 4, 5 lipstick. Paling kurang pun beli satu saja next month beli lagi kan. Tengok pada bajet. 

Cuma satu saja lah Mimi nak ingatkan kalau beli lipstick pastikan beli yang original. Biar mahal.je murah ke janji original. Jangan pandai pandai beli yang murah kat pasar malam tu. Rosak bibir korang nanti. Tapi itu terpulang pada individu masing masing takkan nak paksa kalau nak beli juga kan. Cuma nak ingatkan saja tak nak menyesal kemudian hari.

Sekarang ni boleh saja nak dapatkan lipstick dan barang mekap yang lain dengan harga yang murah dan berpatutan secara online seperti Lazada Malaysia semestinya, Althea, Hermo, Watson, Zalora dan banyak lagi platform online yang korang boleh terjah. Ada saja sale yang dibuat dan free giveaway pun ada. Antara rajin dan tak rajin saja nak jengah website tersebut. Hak membeli ada pada tangan masing masing gitu.

So far, Mimi puas hati shopping di Lazada dan dapat memiliki NYX Soft Matte Lip Cream Milan ni. Lepas ni, pasti nak beli lagi.

Post a Comment

7 Comments

  1. Iya best pakai ni.. Tak kering atau merekah..

    ReplyDelete
  2. shade ni sesuai dengan awak! sha pun duk usha lama dah lip matte ni, tunggu nak checkout je

    ReplyDelete
  3. Cantiklah color yg Mimi pakai tu

    ReplyDelete
  4. Betul..suka NYX ni..Dari NYX ni kenal lipstick jenis matte..Sekarang ni pun saya dah jadi pengumpul lipstick..hobi perempuan sangat, kan...

    ReplyDelete
  5. NYX memang all time fav..Mimi pun suka kan..hehehe..akak memang banyak koleksi NYX sebab warnanya tu cantik

    ReplyDelete
  6. wah cantiknya colour dia ni..rabia tak beli pun NYX ni..tak pernah pakai.nampak lawa warnanya tu.

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com