Nasi Kukus Suenamie Sedap dan Murah

Nasi Kukus Suenamie Sedap dan Murah | Semalam Mimi puasa ganti. Bila berpuasa, otak ligat fikir menu untuk berbuka. Fikir punya fikir akhirnya Mimi decide beli makanan di luar saja. Nak rehat dari memasak. Mimi tanya pendapat anak anak sama ada diorang nak atau tak nasi kukus. Sudah tentulah diorang nak sebab Nasi Kukus Suenamie sedap dan murah. Memang menjadi kegemaran Aina dan Auni.

Nasi Kukus Suenamie Sedap dan Murah

Apa salahnya sesekali berbuka dengan masakan yang ringkas dan mengenyangkan. Nasi Kukus Suenamie ini terdiri daripada nasi putih yang telah dikukus, potongan timun, ayam goreng yang diperap dengan rempah yang sedap, kuah kari dan sambal belacan. Kalau tak tahan pedas, cukup sekadar makan dengan kuah kari. Kalau memang kuat pedas tambah dengan sambal belacan, memang merecik jadinya.

Nasi putih, ayam goreng, timun, kuah kari dan sambal belacan yang sedap

Harga untuk sebungkus Nasi Kukus Suenamie ni hanya RM6.00 sahaja tau. Murah kan? Bagi Mimi harga affordable dengan kualiti makanan yang dijual. Setiap hari pasti ada saja pelanggan yang akan singgah beli Nasi Kukus Suenamie. Memang sedap tau. Mimi beli di kawasan kedai yang berdekatan dengan perumahan di Nusari Aman. Kalau singgah di kawasan perumahan Nusari Aman dan korang nampak lori yang tertera Nasi Kukus Suenamie, itulah dia.

Mungkin bagi orang lain, senang dan mudah saja nak buat nasi kukus yang sama. Tapi bagi Mimi, lain orang lain rasanya. Mungkin kita boleh buat resipi yang sama dengan Nasi Kukus Suenamie ni tapi adakah rasanya sama? Nak nak dari segi perapan ayam goreng dan kuah kari yang pekat tu. Mimi juga boleh cakap Mimi boleh sediakan tapi Mimi yakin 100% rasanya tak sama.

Owner Nasi Kukus Suenamie juga menyediakan tempahan katering tau. Korang yang nak cuba Nasi Kukus Suenamie boleh hubungi no telefon yang tertera pada gsmbar di atas.

Yang tinggal berhampiran dengan Bandar Sri Sendayan, korang cari saja deretan kedai berhampiran perumahan Nusari Aman. Lori Nasi Kukus Suenamie park berhampiran kedai CT Extra. Jom try!

Post a Comment

9 Comments

  1. eh...murah la tu..kat KL sentral ni dalam 7-10 hengget...tgok lauk la kan...

    ReplyDelete
  2. Alahai...sedapnya nasi kukus...dah lama tak makan...teringin pulak =)

    ReplyDelete
  3. ayam dia besar tu agak murah la kan...sbb selalunya ayam cinonet je..tapi rege bukan main! ayam murah ke ayam mahal ke...sama je haaa kuantitinyaa..LOL

    ReplyDelete
  4. klau sedap mahal sikit pon x apa

    ReplyDelete
  5. simple macam ni pun dah berselera makan..tak yah meriah sgt lauk dia..tmbh2 ada sambal belacan tu, mmg win la...

    ReplyDelete
  6. Sedapnya! Lama tk makan nasi kukus. Tp dkt Melaka masih RM5 hehe.

    Bilalah cx blh gantik puasa ni.. pantang pon blm hbs huhu

    ReplyDelete
  7. Nasi kukus daging tandori lama dah mengidam 3 kali turun seremban tak dpt merasa lagi

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com