Kenali Penyebab Gatal Gatal Pada Kulit Aina, Auni dan Adhwa

Kenali Penyebab Gatal Gatal Pada Kulit | Sejak akhir akhir ini anak anak Mimi kena gatal gatal pada kulit di sekitar tangan dan kaki tau. Naik biji biji pada sekitar celahan jari jari dan bila mereka garu sampai jadi kudis tau. Jadi, Mimi cuba kenali penyebab gatal gatal pada kulit anak anak Mimi.

Kenali Penyebab Gatal Gatal Pada Kulit

Penyebab Gatal Gatal Pada Kulit


Sebelum tu, Mimi nak kongsi sikit apa nama saintifik bagi gatal gatal yang dialami anak anak Mimi. Gatal gatal yang dialami anak Mimi ialah Scabies atau kudis. Semua tahu apa itu kudis kan? Kudis ialah serangan kulit yang disebabkan hama yang dikenali sebagai Sarcoptes Scabiei. Jika tidak dirawat, hama mikroskopik ini boleh hidup di kulit kita dan bertelur. Inilah penyebab gatal gatal pada kulit.

Tanda tanda kita dijangkiti scabies ialah timbulnya ruam dan gatal gatal selalunya berlaku pada waktu malam. Jika digaru berterusan pada kawasan yang dijangkiti akan kenyebabkan kulit menjadi luka. Jadi, rawatan tambahan dengan antibiotik untuk jangkitan kulit amat disyorkan.

Tanda tanda ini semua ada pada anak anak Mimi. Yang paling teruk anak Mimi yang no.2, Auni. Dia suka garu garu sebab tak tahan gatal. Sampai jadi kudis. Tangan yang comel terus jadi hodoh sebab asyik menggaru. Adhwa pun ada di bahagian tangan dia. Aina kurang teruk sangat. Jadi, sebelum bertambah teruk Mimi dan suami decide pergi klinik. Mimi dan suami pun dah mula menggaru.

Kawasan yang kerap berlakunya kudis pada kanak kanak dan orang dewasa ialah siku, ketiak, puting, zakar, pinggang, punggung dan kawasan antara jari jari. Manakala bagi bayi termasuk kepala, muka, leher, tangan dan tapak kaki.

Cara mencegah gatal gatal atau scabies

Selepas perjumpaan dengan doktor petang semalam, doktor memberi beberapa kaedah rawatan untuk mencegah scabies tersebut. Antaranya ialah membasuh semua baju dalam air panas, menjemur tilam di kawasan panas terik matahari dan membasuh semua sarung bantal dan cadar di rumah. Walaupun baru minggu lepas basuh cadar dan sarung bantal bila dah jadi macam ni kenalah ikut apa yang di cadangkan oleh doktor. Kata nak merawat masalah kan. 

Doktor juga mencadangkan anak anak mandi dengan air panas yang dicampurkan ke dalam air mandian mereka. Ini bertujuan untuk membunuh hama yang ada pada kulit. Doktor juga memberi ubat sapu dan ubat sirap tahan gatal untuk Aina dan Auni manakala Adhwa diberi ubat sapu dalam tiub. Ubat untuk Adhwa tak sama dengan Aina dan Auni. Semua ubat perlu disapu pada kulit selepas mereka mandi. Ubat sapu dan makan perlu diambil pada waktu malam sebelum tidur. Doktor beri tempoh tiga hari untuk merawat, sekiranya semakin teruk kena rujuk klinik semula.

Jadi, kita tengok tiga hari ini macam mana. Hopefully, langkah langkah pencegahan yang Mimi dan suami buat dapat mengurangkan masalah scabies yang anak anak Mimi alami.

Post a Comment

5 Comments

  1. sian la kalau kene gatal2 kt bdk2 nih...
    msti tak tahan sgt sampai jd luka gtu....

    ReplyDelete
  2. Semoga cepat sembuh yer =)

    ReplyDelete
  3. Semoga anak Mimi cepat sihat..Tq byk info dpt ni

    ReplyDelete
  4. Anak saya pula, baru elok dari Impetigo. Gatal2 jugak, tapi kulitnya macam melecur gitu.
    Jemput baca di blog : http://nurulatiqah.com/impetigo/

    ReplyDelete
  5. Rabia ada juga gatal2.sbb ada ekzema .tapi rabia pakai cream yg hospital bagi.alhamdulillah dah ok semula kulit ni.

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com