Sistem Guru Online Website Pendidikan Mudahkan IbuBapa Semak Keputusan Peperiksaan Anak

Sistem Guru Online Website Pendidikan Mudahkan IbuBapa Semak Keputusan Peperiksaan Anak | Assalamualaikum dan selamat petang korang. Nak tanya korang yang ada anak anak yang bersekolah, pernah dengar tak tentang SGO? Mimi pun baru tahu sebelum ni tak ambil tahu pun. Bila dah tahu mengenai SGO nih apa yang boleh Mimi cakap web ini sangat bagus untuk kita sebagai ibubapa.

Jom baca scara terperinci apa yang dimaksudkan dengan SGO? SGO merupakan Sistem Guru Online di mana ia merupakan website pendidikan yang sangat berguna untuk para guru, ibubapa dan pelajar pelajar yang bersekolah di sekolah rendah dan sekolah menengah.


Di SGO, korang boleh dapat maklumat lanjut mengenai SAPS atau Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah. Mungkin ada antara ibubapa di luar sana yang sudah biasa dengan SAPS dan ada juga yang belum familiar dengan SAPS.

Serba sedikit mengenai SAPS ini ialah ia merupakan sistem yang dibangunkan atas talian yang boleh dicapai oleh semua pihak iaitu KPM, JPN, PPD dan sekolah. Data yang disimpan melalui sistem ini oleh digunapakai oleh semua pihak terutamanya PD, JPN dan KPM untuk membuat sebarang analisis.

Sistem ini juga boleh digunakan sebagai "Early Warning System" kepada pihak pengurusan melalui Analisis TOV ( Take of Value), AR (Actual Result) dan ETR (Expected Target Result).

Hah, korang yang mempunyai anak anak yang bersekolah memang sesuai sangat menggunakan SAPS ni tau. Jika dibandingkan dengan sistem sekolah dulu, jika anak anak selesai mengambil peperiksaan, kita pasti sabar menanti keputusan peperiksaan anak anak bila kertas peperiksaan ataupun report card diedarkan kepada anak anak oleh guru masing masing. Dengan adanya SGO, korang boleh login direct terus ke SAPS untuk mengetahui keputusan peperiksaan sekolah anak anak korang. Korang akan terus dibawa ke paparan SAPS seperti di bawah.


Mudahkan? Korang cuma masukkan nombor kad pengenalan atau sijil lahir anak, pilihan sekolah, tahun peperiksaan dan akhir sekali masukkan kod pengesahan dan klik butang SEMAK.

Bagi Mimi, dengan adanya sistem ini sangat memudahkan ibubapa untuk menyemak keputusan peperiksaan anak anak. Tak perlu lagi nak tunggu report card anak diedarkan. Sekarang ini, semua dihujung jari, mudah dan menjimatkan. Untuk mengetahui mengenai SAPS dengan lebih lanjut korang boleh klik ini [https://www.sistemguruonline.my/2017/03/login-saps.html]

Post a Comment

0 Comments