Resipi Rendang Ayam Yang Sedap

Resipi Rendang Ayam Yang Sedap

Resipi Rendang Ayam Yang Sedap| Bila nak raya mesti masing masing sibuk prepare juadah untuk Hari Raya Nanti kan? Antaranya ketupat, rendang, kuah kacang, kuih raya dan pelbagai lagi juadah wajib ada pagi raya nanti.

Mimi pun tak ketinggalan nak sediakan salah satu juadah untuk raya nanti iaitu Rendang Ayam. Tahun ni giliran raya kat Melaka, rumah mak mertua memang tak buat rendang. Cuma buat sambal ayam, kari daging dan kuah kacang. Memandangkan Mimi memang nak juga makan dan nak buat resipi rendang ayam yang sedap, jadi suruh suami beli bahan Mimi masak sendiri. Cara nak masak pun tak susah kan.

Jom sama sama tengok bahan bahan dan cara nak masak rendang ayam yang sedap nih.


Resipi Rendang Ayam Yang Sedap

Bahan bahan

1 ekor ayam
Santan cair
Santan pekat
Kerisik
Daun kunyit (dihiris halus)
Cili boh (cili kering dikisar)
Kulit kayu manis
Bunga Lawang
Buah Pelaga

Bahan untuk dikisar :

10 ulas bawang merah
10 ulas bawang putih
2 inci halia
2 inci lengkuas
1 inci kunyit
3 batang serai (saiz besar)


1. Kisar semua bahan sehingga lumat.
2. Panaskan minyak. Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pala. Biar seketika masukkan bahan yang dikisar.
3. Kemudian masukkan cili kering yang diblend. Agak agak korang la nak banyak mana ya.
4. Masukkan ayam gaul sebati. Masukkan santan cair. Biarkan sampai kuah agak kering, masukkan santan pekat. Gaul sebati. 
5. Masukkan kerisik. Gaul lagi. Akhir sekali masukkan daun kunyit dan garam.
6. Siap. Boleh dihidang bersama ketupat, lemang atau pun nasi panas.

Rendang ni boleh juga dimasak menggunakan cili padi. Terpulang kepada selera masing masing. Rendang ayam ni banyak versinya kan. Todak kisahlah nak olah macam mana asalkan sedap di makan pada hari biasa ataupun pagi Hari Raya. Selamat mencuba!

4 Comments

  1. Uihh sedapnya rendang ayam. Baru lepas merendang ni ha. Rehat jap melunjur kaki. Huhu

    ReplyDelete
  2. saya akan cuba untuk raya ni.
    selamat hari raya

    ReplyDelete
  3. Senang je kan sebenarnya masak rendang ni..akak memang every year take over tugas mak akak masak rendang...

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
Mimie