Resipi Ayam Padprik Yang Sedap dan Mudah

Ayam Padprik Yang Sedap dan Mudah | Bila tiba bulan Ramadhan nih pasti akan ada pelbagai jenis menu dan juadah yang nak disediakan. Nak nak bila waktu nak berbuka duk kalut fikir nak masak menu apa kan. Untuk berbuka semalam, Mimi masak Ayam Padprik yang sedap dan mudah saja nak disediakan. Cuma sayang seribu kali sayang, daun limau purut takde. Huhuhu...Tapi tak apa still ada rasa padrik walaupun tak berapa padprik. Hahaha...

Resepi Ayam Padprik

5 ketul ayam dipotong kecil
2 ulas bawang putih dicincang halus
1 biji bawang besar dihiris
1 biji lada masak dihiris
5 biji cili padi dititik
1 batang serai dititik
Lobak merak dihiris
Kobis bunga dipotong kecil
Kacang panjang dipotong lebih kurang 1 inci
1 sudu cili kering yang telah diblend
Sos cili
Sos tomato
Sos tiram
1 cawan air

Cara memasak ayam padprik


1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih. Kemudian masukkan cili kering yang diblend tadi. (Mimi guna 1 sudu saja sebab cili yang digunakan sangat pedas). Masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram. Dah agak agak pecah minyak masukkan isi ayam. Biarkan sekejap.

2. Kemudian masukkan air. Gaul dan masukkan lobak, kubis bunga dan kacang panjang. Gaul hingga sebati. Akhir sekali, masukkan bawang besar, lada masak, cili padi dan serai. Kemudian letak sedikit garam. Biarkan sehingga masak atau bahasa mudahnya sayur empuk. Nak lagi sedap letak daun limau purut. Dah agak agak semua bahan dah masak dan empuk boleh lah diangkat dan dihidangkan.

Masak ayam padprik nih versi Mimi tau. Lain orang lain cara dia masak. Macam Mimi sendiri, masak saja guna bahan apa yang ada asalkan jadi dan boleh dimakan.

Mimi suka masak padprik nih sebab mudah dan senang. Lagi satu tak payah dah susah payah sediakan lauk sayur lagi sebab padprik dah siap pakej ada sayur. Campurkan semua dah jadi satu lauk. Jimat masa jimat tenaga.

Okeylah selamat mencuba.

Post a Comment

4 Comments

  1. akak mmg suke msk lauk mudah2 gini... lauk siap ngn sayur sekali

    ReplyDelete
  2. senangnye nmpk..bleh cuba ni..

    ReplyDelete
  3. Akak pun suka masak macam ni...simple dan sedap..semua makan laju jer..kan?

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com