Fesyen Ringkas dan Cantik Menjadi Pilihan Di Pagi Raya

Fesyen Ringkas dan Cantik Menjadi Pilihan Di Pagi Raya | Pejam celik pejam celik kita dah pun menyambut Ramadhan yang ke 23 hari. Seperti Ramadhan tahun yang lalu kita pasti sibuk menyiapkan pelbagai persiapan untuk sambut raya. Salah satunya pastilah menyediakan pakaian raya yang sedondon di pagi raya kan.

Sebelum tuh, Mimi nak war warkan yang Lazada Malaysia sedangkan menganjurkan contest untuk para blogger sempena menyambut bulan mulia bulan Ramadhan iaitu Lazada Ramadhan Raya Blogger Contest. Sekarang ni dah minggu ketiga contest ini berlangsung.



Rakan blogger dijemput untuk memeriahkan contest ini. Hadiah yang ditawarkan sangat best dan contest ini terbahagi kepada 4 tajuk yang berbeza setiap minggu seperti berikut :

Week 1 : Delicious Ramadhan - Share the recipes of your favorite Iftar dishes
Week 2 : My Ramadhan Home - Share your house decorating tips for this Raya
Week 3 : Looking Good & Beautiful - Share your outfit details for this Raya
Week 4 : Travelling Back Home - Where do you celebrate Raya this year?

Week 3 Contest: 

Theme: Looking Good & Beautiful 

a. What's your color theme for this Raya? 


Tema warna Raya Mimi sekeluarga tahun ini ialah Maroon. Sebenarnya, tema warna tahun nih suami Mimi yang pilih. Dan tugas Mimi mencari baju raya yang bersesuaian dan menepati tema warna ditetapkan. Cuma warna baju kami saja berbeza sedikit tapi tak mencacatkan langsung tema warna yang suami pilih.






b. Share your outfit details for this Raya 



Raya tahun ini, Mimi pilih baju raya untuk diri sendiri dan anak anak perempuan dengan fesyen yang ringkas dan menawan. Untuk anak anak perempuan Mimi, baju raya mereka berpotongan peplum longgar dan labuh di bahagian belakang. Manakala baju raya Mimi berpotongan serong di bahagian depan dan labuh di bahagian belakang. Dan yang paling penting, baju raya Mimi ada zip di hadapan (bf friendly) serta zip di bahgian tangan (mesra wuduk). Untuk suami dan anak lelaki Mimi pula, baju melayu fesyen ringkas berwarna Maroon.


c. What outfit/clothes would you like to buy on Lazada’s platform for this Raya? 


Bila shopping di Lazada memang favourite Mimi tau. Untuk melengkapkan lagi gaya Mimi di pagi Raya nanti, sudah tentulah Mimi memilih handbag yang bersesuaian dengan pakaian yang Mimi pakai nanti. Handbag Mango Saffiano Cross Leather yang ringkas dan sofistikated sudah pasti memberikan Mimi keyakinan yang tinggi untuk tampil di hadapan saudara mara. Design Mango Saffiano ini ringkas saja tetapi sesuai jika digayakan dengan baju raya Mimi nanti. Tampak ringkas tapi elegan!



Sempena bulan Ramadhan Lazada Malaysia mengadakan Marhaban Ya Ramadhan dan Riang Ria Sale (http://www.lazada.com.my/riang-ria-raya/) dari 19/05/2017 sehingga 30/06/2017 (sehingga 90%). Apa lagi jom cepat cepat shopping. Harga pecah jantung yang Lazada tawaran, rugi tak grab.

Post a Comment

3 Comments

  1. mmg cun tema baju raya mimi n anak2 dara, gabungan 2 color tu mmg menarik betul...

    ReplyDelete
  2. good luck mimi..cantik umi dan anak-anak daranya tu
    JanjiKita

    ReplyDelete
  3. wah handbag pun ada ye..rabia ni kalau tgk handbag cantik2..mesti beli ni nanti.walaupun dalam bilik tu dah ada banyak dah handbag..rabia tak pernah shopping dgn lazada ni.contest pun x join.hehe.

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com