Pengalaman Dari Pengguna Minyak Yu Yee Cap Limau

Minyak Yu Yee Cap Limau | Korang ada tak yang menggunakan Minyak Yu Yee Cap Limau untuk diri sendiri atau untuk baby korang? Mesti ada yang gunakan? Mimi sendiri pun menggunakan Minyak Yu Yee Cap Limau untuk baby. Dari anak first lagi tau. Kalau baby kembung cepat cepat sapu, gosok gosok perut baby dah okey dah. Bau pun best, berangin je kan.

Minyak Yu Yee Cap Limau

Ramai di kalangan ibu ibu yang menggunaan Minyak Yu Yee ni untuk kegunaan harian mereka. Mana mana pergi mesti ada Minyak Yu Yee dalam beg. Salah satu benda wajb ada daam beg baby. Minyak ni memang terkenal dari dulu lagi turun temurun kan. Walaupun suatu ketika dulu ada kontroversi melibatkan Minyak Yu Yee ni namun, isu itu tidak berpanjangan. Segalanya telah selesai. Jadi, tak perlu ragu tak perlu bimbang menggunakannya.



Kalau dari jauh nampak botol warna merah, kuning dan biru dah tau dah tu botol apa kan? Sebagai pengguna kita hanya tahu guna dan fungsi tapi tidak ambil tahu mengenai kandungan produk kita guna tu. So, Mimi nak cerita sikit kandungan yang terdapat pada Minyak Yu Yee Cap Limau. Kandungan bahan Minyak Yu Yee Cap Limau ialah Peppermint Oil, Clove Oil, Menhol, Nutmeg Oil, Borneol, Cortex Cinnamoni, Resina Calamus Draco dan Light Liquid Paraffin.

Minyak Yu Yee ni digunakan unuk kegunaan luaran sahaja tau dan pastian jauh daripada kanak kanak. Ia sesuai digunakan untuk sakit sakit ringan pada sendi dan otot dan juga melegakan kembung perut dan selsema.



So, bukan untuk baby sahaja, kanak kanak dan orang dewasa un boleh guna. Kawan Mimi sendiri yang umur dah cecah 40-an guna Minyak Yu Yee unuk kegunaan sendiri bila sakit kepala dan selsema.

Cara nak gunakan pun mudah saja. Titiskan minyak di taak tangan kemudian sapu pada bahagian yang sakit. Macam Mimi memang guna untuk baby. Selalu lepas mandi akan sapu sikit di bahagian belakang, dada, perut dan tapak kaki. Urut urut confirm baby tidur lena tau.

HALAL ATAU TIDAK?

Korang tak perlu risau atau gusar sebab Minyak Yu Yee Ca Limau nih halal tau. Bila korang beli, korang akan nampak logo halal dan sticker hologram KKM di bahagian atas botol. Jadi, korang tak perlu lagi ragu ragu atau was was bila menggunakannya. Dijamin Halal dan selamat. Boleh tengok gambar dibawah sticker hologram dan cop Halal.



Minyak ini boleh didapati di mana mana pasaraya di Malaysia. Tak susah pun nak cari dan pastikan korang beli yang ada hologram KKM dan cop Halal okey.

Post a Comment

4 Comments

  1. Best kan..akak pun sampai sekarang guna..nak tido malam je sapu sebab senang lena

    ReplyDelete
  2. anak 1st je guna yu yee..anak kedua dah guna cap helang tu..
    ~ Kisahsidairy~

    ReplyDelete
  3. Pernah juga guna selain myk kapak....utk diri sendiri...

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com