Kuey Teow Goreng Simple Untuk Makan Malam Tadi

Assalamualaikum...

Malam tadi masak kuey teow goreng request daripada encik suami.

Masak simple saja kan. Jangan tanya kenapa tak ada taugeh sebab kami tak makan. Letak sayur sawi saja. Actually, Mimi hantu kuey teow..Nak nak char kuey teow.

Resipi kuey teow goreng

2 bungkus kuey teow (450g)
3 ulas Bawang merah ditumbuk
2 ulas Bawang putih ditumbuk
Sayur sawi
Udang
Fish cake
Sebiji telur
Sos tiram
Kicap
Garam
Cili boh (cili yang diblend)
Air
Garam

Cara-cara :

1. Tumiskan bawang sehingga garing
2. Kemudian masukkan cili masak sehingga garing.
3. Masukkan udang, fish cake, telur dan sayur. Kemudian masukkan sos tiram. Biarkan seketika.
4. Masukkan kuey teow. Gaul seketika kemudian masukkan air dan kicap. Akhir sekali masukkan sedikit garam.

Post a Comment

4 Comments

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com