Sumber Ayu | Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu Dengan Formulasi Dipertingkat dan Berwajah Baharu

Assalamualaikum...

Siapa pengguna Pembersih Wanita Daun Sirih Sumber Ayu? Angkat tangan..Kita geng!!! Mimi memang guna Pembersih Wanita Sumber Ayu Mawar yang packaging lama tuh. Bau Pembersih Wanita Daun Sirih Mawar tuh memang wangi dan baunya melekat kat tapak tangan. Kejap kejap duk bau tapak tangan sebab wangi mawar tuh lembut saja aromanya tau. Hilang stress bila bau mawar kat tapak tangan..hehehe...Walaupun pembersih wanita Sumber Ayu nih harganya murah tapi kualitinya setanding dengan pembersih wanita lain yang mahal harganya.


Kenapa kita sebagai wanita perlukan pembersih wanita? Kalau tak guna pembersih wanita tak boleh ke? Ermmm...Bagi Mimi sebagai wanita kita tidak boleh kata tidak pada pembersih wanita. Malahan pembersih wanita ini merupakan sahabat baik yang perlu sentiasa bersama dengan kita walau ke mana saja kita pergi.

Penjagaan Semula Jadi Untuk Kawasan Intim Yang Bersih dan Sihat


Sebahagian erti menjadi "dewasa" adalah mampu mengetahui dan memahami keadaan tubuh badan. Kebersihan tubuh badan amat penting terutamanya pada kawasan intim.

Untuk pengetahuan semua, bahagian intim wanita merupakan tempat tinggal bagi jutaan flora dan bakteria yang membolehkan kita menjalani kehidupan seharian tanpa sebarang gangguan atau rasa tidak selesa pada kawasan tersebut. Bakteria yang membentuk ekosistem semula jadi memberikan keseimbangan tahap pH serta melindungi kawasan intim daripada sebarang jangkitan dan ancaman bendasing. Jadi, amat penting bagi kita menjaga bahagian intim supaya keseimbangan semula jadi kekal terjaga dan mengelakkan daripada sebarang jangkitan.

Bertentangan dengan kepercayaan umum, membersih kawasan intim dengan  menggunakan sabun dan air akan mengganggu keseimbangan semula jadi dan seterusnya mendedahkan diri kita kepada risiko jangkitan.

Apa kata cuba lengkapkan rutin penjagaan peribadi dengan Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu yang diformulasi dengan bahan semula jadi supaya kawasan intim wanita sentiasa dalam keadaan sihat, bersih dan bebas dari bakteria jahat, kegatalan dan bau yang kurang menyenangkan.

Sebab sebab kenapa perlu memilih Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu :-

♡ Kawalan pH pada paras pH3.5 merupakan paras ideal agar ekosistem berada dalam keadaan baik.

♡ Bahan utama ekstrak Daun Sirih dipertingkatkan bagi membekalkan perlindungan tanpa bakteria.

♡ Formulasi diperhebat dengan wangian semula jadi.

♡ Hadir dengan wajah baharu dan rona yang lebih menarik membezakan setiap varian di hiasi dengan kemasan yang lebih sofistikated.

♡ Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu juga diperakui HALAL oleh JAKIM.

Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU merupakan produk ideal bagi semua wanita di setiap peringkat umur dan hadir dalam rangkaian enam wangian yang menarik dan pelbagai.

♡ Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Orkid -haruman segar dari kuntuman orkid, memberi wangian ringan dan rasa bersih kekal sepanjang hari. Amat sesuai bagi wanita ayu yang sentiasa mengekalkan keanggunannya.

♡ Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Mawar - Wangian mawar yang manis memberikan aroma yang menenangkan dan rasa bersih sepanjang hari. Sesuai untuk mereka yang berjiwa romantis.

♡ Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Floral - Kombinasi aroma pelbagai bunga yang memberi kesegaran sepanjang masa. Ciptaan ideal bagi wanita yang sentiasa ceria dan bersahaja.

♡ Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Musk - aroma semula jadi kasturi menyuntik kesegaran optimum agar kekal sepanjang hari. Sesuai dengan wanita yang sentiasa ke hadapan dan meminati haruman patchouli.

♡ Pembersih Kewanita Daun Sirih Gambir - bauan herba yang harum memberikan kesegaran semula jadi. Pilihan terbaik untuk wanita klasik yang sofistikated dan menghargai sentuhan alam.

♡Pembersih Wanita Daun Sirih Fruity - aroma manis buah buahan trooika mampu memberi rasa beraih dan segar sepanjang hari. Pilihan terbaik bagi gadis yang ceria, lincah dan sentiasa bersedia serta yakin dalam apa jua keadaan.

Mimi dapat tiga rangkaian wangian Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU iaitu Pembersih Wanita Daun Sirih Gambir, Pembersih Wanita Daun Sirih Mawar dan Pembersih Wanita Duan Sirih Floral. In shaa Allah lepas nih nak cuba tiga rangkaian yang lain pula.


Kesimpulannya, keenam enam rangkaian wangian Pembersih Wanita Daun Sirih SUMBER AYU baharu memberikan kita rasa segar dan bersih yang kekal sepanjang hari serta aroma yang wangi dan lembut agar kita tampil berkeyakinan setiap masa.

Apa tunggu lagi cepat cepat dapatkan Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU di pasaraya dan farmasi berhampiran.

Harga :
RM3.60 (90ml)

RM5.80 (200ml)

Post a Comment

4 Comments

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com