Review: Nurraysa Pearl Magic Lipstick dan Miracle Eyeliner

Assalamualaikum...

Kali nih Mimi nak cerita tentang kelebihan dan kebaikan dua produk keluaran Muslimah yang popular dengan tagline "Produk Mesra Wuduk" serta menjadi pilihan kaum wanita baik suri rumah atau bekerjaya iaitu Nurraysa Beauty.

Untuk pengetahuan korang, Mimi beli Pearl Magic Lipstick with Collagen Plus dan Miracle Eyeliner keluaran Nurraysa Beauty bulan lepas. Bila dapat terus simpan tak guna pun sebab masih berpantang. Habis pantang nanti baru melaram guna lipstick dan eyeliner Nurraysa. Masa entry nih ditaip, Mimi dah habis pantang pun dan berpeluang menggunakan kedua dua produk Nurraysa nih.

Pearl Magic Lipstick dan Miracle Eyeliner

Sebelum tuh, Mimi nak kenalkan secara ringkas mengenai Pearl Magic Lipstick with Collagen Plus dan Miracle Eyeliner.

Pearl Magic Lipstick with Collagen Plus merupakan lipstick keluaran Nurraysa Beauty yang mengikut warna darah jika dipakai, tidak mengandungi plumbum, tidak menghitamkan atau mengeringkan bibir, merawat masalah bibir yang dihadapi dan yang paling penting mesra solat. Ia juga dirumuskan khas dengan formula berkualiti tinggi, mutiara asli yang membuatkan bibir si pemakai kelihatan pinkish.

Antara bahan bahan lain yang digunakan di dalam Pearl Magic Lipstick with Collagen Plus ialah :

♡ Collagen
♡ Vitamin E
♡ Pearls 
♡ Olive Fruit Oil
♡ Sunflower Seed Oil
♡ Virgin Coconut Oil

Miracle Eyeliner juga merupakan produk mesra solat, sangat mudah digunakan, tidak mencomotkan, tidak mengandungi silikon dan tidak menghitamkan mata walaupun eyeliner nih bukan kalis air. Bahan bahan yang digunakan dalam Miracle Eyeliner ialah :

♡ Olive Oils
♡ Bees Wax
♡ Candelilla Wax
♡ Marine Collagen
♡ Annuus Seed Oil
♡ Isoeicosane

Alhamdulillah sepanjang menggunakan Pearl Magic Lipstick with Collagen Plus nih bibir Mimi dah tak kering dan mengelupas, sentiasa lembab dan bibir terasa ringan macam tak pakai lipstick langsung. Yang paling best ikut warna darah. Kalau Mimi apply lipstick kat bibir sekali bibir jadi warna light pinkish kalau apply dua kali jadi pekat sikit kaler pinkish tuh. Suka suka suka!!! Sekarang nih Mimi lebih suka pakai lipstick ikut warna darah. Mudah, jimat masa dan yang paling penting dapat berjimat sebab tak payah beli lipstick banyak kan. Part yang Mimi suka lipstick nih bila nak cuci just basuh dengan air biasa tak payah sental guna tisu banyak kali untuk hilangkan kesan lipstick. Memang mudahkan kerja dan jimat masa sungguh...

Pic sebelah kiri sebelum dan pic sebelah kanan selepas pakai Pearl Magic Lipstick dan Miracle Eyeliner.

Manakala Miracle Eyeliner pula, bila Mimi guna setakat ini alhamdulillah senang saja bila di apply di kelopak mata dan nampak cantik saja mata tuh. Kalau time apply tuh tetiba terlari atau tercomot sikit tak payah susah susah nak cover dengan bedak. Just lap dengan span kering atau tisu dan kesan comot tuh dah hilang dan tidak meninggalkan kesan hitam pun. Terus apply macam biasa. Part yang nih memang Mimi suka sangat sebab sebelum nih pernah guna jenama lain tapi bila apply tercomot jenuh pula nak cover dengan bedak sebab bila lap dengan span atau tisu still kesan hitam eyeliner tuh nampak. So, kena cover dengan bedak nak hilangkan kesan hitam. Jatuh cinta kali pertama terus!! Walaupun eyeliner nih bukan kalis air tapi tak payah risau lah mata korang jadi hitam sebab berpeluh. Mimi jenis muka mudah berpeluh sebab tuh jarang pakai eyeliner sebab confirm mata jadi hitam dan comot...Tak suka betul dengan situasi nih sebab dah jadi macam mata panda..hahaha...Tapi dengan Miracle Eyeliner nih Mimi tak payah risau mata jadi hitam ke apa walaupun berpeluh. Jatuh cinta kali kedua!!

Time nak solat, kita kena cuci muka sebelum ambil wuduk kan??Hah part nih yang teruja nak cerita..Bila nak ambil wuduk tuh tak payah lah susah payah cuci dengan make up remover atau sental dengan pencuci muka nak hilangkan eyeliner tuh. Just basuh dengan air biasa saja dah cukup dan eyeliner tuh akan hilang. Serius korang part nih paling Mimi suka. Tak payah susah payah ke hulur ke hilir bawa pencuci muka ke make up remover ke sebab cuci dengan air dah cukup. Jatuh cinta kali ketiga!! Memang sesuai sangatlah dengan tagline "Produk Mesra Wuduk".

Nurraysa Beauty juga ada mengeluarkan produk kecantikan dan kesihatan yang lain antaranya Set Skincare 4 in 1, Syampu, Blusher, Maskara, Losyen dan pelbagai lagi produk yang mampu beli dan mampu milik. Untuk dapatkan produk produk Nurraysa nih korang boleh hubungi agen agen sah Nurraysa ya.

IG : nurraysabeautyhq
Web : www.nurraysabeauty.my

Post a Comment

8 Comments

  1. Wah menarik ni..ni pun beli online eh..ingat ada jual kat pasaran..ok kite skodeng product ni...

    ReplyDelete
  2. Dah lama aim nk beli.. tak terbeli lagi..

    ReplyDelete
  3. Cantiknya.. Nak kene try jugaq ni nampaknya :)

    ReplyDelete
  4. Saya.pun baru nk cuba eyeliner ni.
    Anyway jempulah ke blog saya..salam perkenalan.

    www.infosihatcentre.com

    ReplyDelete
  5. 3 Researches PROVE How Coconut Oil Kills Belly Fat.

    The meaning of this is that you actually get rid of fat by consuming coconut fats (including coconut milk, coconut cream and coconut oil).

    These 3 studies from large medical journals are sure to turn the traditional nutrition world around!

    ReplyDelete
  6. Nampak sweet kan...akak tempat kerja saya pun pakai....
    ape sa?? Nuraysa lahhh..hehehe

    Nanti dah habis yang skrg..saya nak try lahh

    ReplyDelete
  7. Ramai bg posotif feedback..yg nurraysa no bgus dan sesuai utk sensitif skin

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com