Diari Hamil : 32 Minggu 6 Hari - Pre Term Contraction

Assalamualaikum....

Jumaat lepas macam biasa ada appointment O&G, masa rawatan tuh berlaku kontraksi. Bila berlaku kontraksi biasalah doktor suruh jururawat ambil kiraan kontraksi. Sempat jugak baca apa yang doktor taip dalam sistem tapi tak faham apa pun hahaha...Dasar memang lembab sikit bahasa sains nih..Al maklum saja lah otak kita otak Matematik..

Yang sempat baca ada catatan doktor contraction : 1 to 10 (25 seconds)..Yang lain lain memang tak faham. Lepas dah check kontraksi tuh doktor bagitahu dia nak ambil sampel lendir kat dalam serviks dan check jalan. Masa nak ambil sampel tuh sakitnya Allah saja tahu. Tapi bila check jalan tak sakit. Alhamdulillah jalan belum buka lagi tapi tuhlah sakit kontraksi menjadi jadi pulak. Lepas dah settle semua doktor decide Mimi kena admit ward.

Bila dengar bab bab admit nih yang badan jadi lemah tau. Admit kat HOSPITAL TUANKU JAAFAR. Bangunan baru untuk Klinik Ibu dan Anak. Sebelum masuk wad, Mimi di bawa ke satu ruang bilik untuk  buat ctg check jantung dan kontraksi. Dekat situ nurse daftar semua maklumat untuk dimasukkan ke wad. Settle semua terus proceed masuk wad. Tapi tuhlah wad penuh kena tunggu dekat katil di ruang koridor sementara tunggu pesakit lain discaj. Segan jugak nak baring dekat katil sebab tuh laluan untuk pelawat,doktor dan nurse lalu lalang. Bila time nak check perut memang segan.
Nasib tak baik, masa Mimi tuh doktor lelaki datang check perut. Time tuh serba salah dah nak bagi dia check perut. Tengok tengok jugak kot ada doktor perempuan time tuh tapi tak ada. Kebetulan memang dia bertugas time tuh nak tak nak terpaksa bagi dia check perut. Time tuh memang tak pandang dah muka doktor tuh malu punya pasal.

Bila suami datang bagitahu dia Mimi tak selesa bila doktor lelaki.  datang check. Suami bagitahu nurse boleh tak request doktor perempuan untuk datang check atau tukar Hospital Port Dickson sebab family semua kat situ lagi senang nak datang jenguk. Encik suami pun boleh tidur rumah nenek dekat pun dekat nak datang jenguk. Nurse cakap kena bagitahu doktor dulu. Sekali datang seorang non muslim doctor marah marah cakap tak ada protokol di hospital untuk request doktor perempuan. Kalau nak pergi admit dalam hospital swasta (nama hospital dirahsiakan) boleh request doktor perempuan. Mimi dengan encik suami malas nak bising bising kitorang ya kan aje.

Lepas tuh, malam tuh doktor yang sama datang check bagitahu if tomorrow contraction still on kena masuk labour room untuk masuk ubat bagi matangkan paru paru baby dan elakkan dari bersalin awal sebab katanya baby kecil lagi. Lepas dengar je penjelasan doktor tuh terus doa minta tak kena masuk ubat dan cakap cakap dengan baby jangan ada kontraksi lagi...Sebab utamanya Mimi tak nak stay dalam ward sebab doktor lelaki muda muda lagi ramai daripada doktor perempuan. Check jalan check perut majoriti doktor lelaki yang datang check. Selagi belum darurat memang itu yang Mimi nak elakkan.

Alhamdulillah, lepas subuh Sabtu tuh sampai lah jam 3.00 petang langsung tak ada kontraksi. Datang seorang doktor perempuan nih check semua dia bagitahu boleh discaj. Masa tuh memang rasa seronok sangat dapat tau boleh discaj. Tak kisah lah lepas tuh sakit datang balik ke apa janji discaj. Lepas selesai urusan discaj, balik rumah terus sakit kontraksi datang balik. Masa tuh memang tahan sakit je, memang tak lah nak serah diri kat HTJ lagi. Sanggup pergi HPD sebab kat sana doktor perempuan dan nurse yang check kita.

Nih pengalaman pertama Mimi kena admit sebab pre term contraction. Bab layanan nurse nurse HTJ memang bagus tapi komunikasi dengan doc non muslim nih payah sikit sebab dia tak faham situasi kita. Bukan sengaja mengada ngada nak request itu ini tapi faham faham ajelah kan..Saat menaip entry nih pun duduk menahan sakit sebab kontraksi jadi lagi. Pregnancy kali nih memang banyak betul ujiannya. Encik suami sampai cakap dapat rasa kali nih baby keluar awal. Mimi pun dapat rasakan benda yang sama tapi tak naklah terlalu awal sangat sebab tak cukup bulan. Biar ngam ngam 36 minggu atau ke atas nak keluar,keluarlah..Kawan kawan doakan kandungan kali nih dipeemudahkan segala galanya.

Nota kaki : Dah 33 minggu 2 hari...

Post a Comment

5 Comments

  1. kak still sakit lgi ke...semoga dipermudahkan yea kak

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum kak mie, semoga dipermudahkan ya. Adik baby, please jgn keluar dulu. Kesian ummi.. keluar on time ye sayang ;)

    ReplyDelete
  3. semoga dipermudahkan urusan bersalin...

    ReplyDelete
  4. Alahai adk bby.. Npa nk kuar awl sngt ni.. Jgn bg risau kt umie ye.. Moga akk sntiasa sihat hndaknya..

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com