Resipi : Nasi Ayam Karamel

Assalamualaikum...

Jumaat baru baru nih saya masak Nasi Ayam Karamel. Dari sehari ke sehari nak buat tapi asyik duk tangguh. Kepala otak jenuh fikir tak manis ke tak manis ke..Maklumlah iolz tak suka sangat manis manis nih. Untuk puaskan hati, Jumaat hari tuh terus buat. Tak payah banyak bunyi kan..Dah cuba baru tahu. Macam biasa bahan bahan apa yang ada itu yang saya guna. Lagipun cuma tinggal tiga beranak aje kat rumah. Masak pun bajet bajet untuk 3 orang makan ( 1 dewasa 2 kanak kanak).



Tengok gambar pun tahu simple aje kan saya masak..Apa yang ada itu yang saya guna untuk memasak. Tak kisahlah hiasan ke laut ke apa janji rasanya marvellous..Korang yang belum buat lagi Nasi Ayam Karamel nih eloklah buat cepat cepat. Rugi bebenor kalau tak cuba. Sekali makan mesti nak lagi. Okey jom tengok resipi nak buat Nasi Ayam Karamel nih ye. Sebelum tuh saya nak bagitahu korang resipi yang saya bagi nih ialah resipi asal untuk seekor ayam. Sukatan bahan yang saya guna seperti yang tertera dalam kurungan tuh ye. Kalau takde kurungan tuh maknanya saya ikut sukatan asal. Nanti korang pandai pandai lah bajet sukatan bahan bahan yang korang nak guna. Dan DIINGATKAN SEKALI LAGI sukatan yang saya guna ialah untuk 6 ketul ayam ye untuk 3 orang makan...

Bahan bahan untuk Ayam Karamel

1 ekor ayam (saya guna 6 ketul ayam yang telah dipotong) - telah direbus (air rebusan ayam jangan buang)
2 senduk gula (saya guna 5sdb gula)
Sedikit garam
3 ulas bawang putih - dihiris (saya guna 2 ulas bawang putih)
2 inci halia - dihiris (saya guna 1 inci halia)
Daun pandan (saya tak guna sebab takde)
Air

Mula mula korang karamelkan gula (gula hangus). Kemudian masukkan air+ayam+garam+bawang putih+halia dan daun pandan(jika ada). Pastikan ayam separuh tenggelam dalam air ye. Rebus sampai kuah likat menyaluti ayam dan angkat.Goreng ayam dan potong ikut suka.

Bahan bahan untuk Nasi

3 cawan beras (saya guna 2 cawan beras)
4 cawan air rebusan ayam (saya guna 3 cawan air rebusan)
2sdb butter (saya guna 1sdb butter)
1 cm halia - ditumbuk
Sedikit garam
2 bunga lawang*
4 buah pelaga* (saya guna 3 buah pelaga)
1 kulit kayu manis*
1 batang serai - diketuk
2 helai daun pandan (saya tak guna sebab takde) - untuk mewangikan nasi
Sedikit serbuk kunyit

Basuh beras dan toskan. Panaaskan butter dan tumis rempah penumis (*)+daun pandan(jika ada)+serai+halia dan bawang putih hingga garing. Masukkan beras dan masak seketika sampai naik bau wangi. Lepas tuh, korang masukkan bahan bahan yang dimasak tadi dalam periuk nasi. Masukkan air rebusan ayam+garam dan serbuk kunyit. Kalau sukatan air rebusan kurang dari sukatan beras boleh tambah air. **Kalau sukatan air rebusan cukup tak payahlah tambah air lagi kang lembik nasi korang saya juga yang dipersalahkan. Padahal sendiri derhaka tak nak dengar arahan kan...Siapa buat tak jadi nak salahkan saya memang kena tembak dengan pistol air asam jawa..Kejam tak?? So, sila baca arahan dengan betul.

Bahan untuk Kuah Lada/Sos

5 biji lada merah (saya guna 2 biji lada merah)
3 ulas bawang putih (saya guna 2 ulas bawang putih)
2 cm halia (saya guna 1 cm halia)
1 sdb cuka - optional (saya tak guna cuka sebab alahan)
1 sdt garam
1 sdt gula
1/2 cawan air rebusan ayam

Kisarkan semua bahan hingga lumat. Kemudian masak sebentar.

Bahan bahan untuk Kicap

Kicap manis (saya guna kicap lemak manis Jalen)
Sedikit garam
Air rebusan ayam

Campur semua bahan dan masak sebentar.

Bahan bahan untuk Sup

Air rebusan ayam
1 biji bawang besar - dikisar (saya guna 1/2 biji bawang besar dan ditumbuk)
Rempah sup bunjut (saya gantikan dengan serbuk ketumbar sebab takde stok)
Garam
Daun sup dan daun bawang - dihiris (saya tak guna sebab takde)
Bawang goreng (saya tak guna sebab takde - nak buat sendiri malasssss)


Rebus air rebusan ayam+ sup bunjut+bawang besar dan garam. Taburkan bawang goreng+daun sup+daun bawang. Masak sehingga mendidih.


Masak sup versi saya 

Tumiskan bawang besar sampai naik bau. Kemudian masukkan serbuk ketumbar. Biar sekejap baru masukkan air rebusan ayam. Last sekali masukkan garam. Masak sampai mendidih.

Nota kaki * Nasi Ayam KAramel memang sedapppppp...Tak percaya try lah buat ye..Confirm tk menyesal...Yang dah buat mesti setuju dengan statement saya kan...Tak setuju diam diam sudah..hehehe

Post a Comment

8 Comments

  1. boleh la cuba nanti . gula tu rasanya nak ganti dgn madu ...

    ReplyDelete
  2. salam kenal , mudah nye resepi awak.jemput la ke blog saya http://luahanfarhana.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. tak pernah cuba lagi menu nasi ayam karamel nie....

    ReplyDelete
  4. mesti sedap ayam tuh kan... akak kalu bt ns ayam suke yg paling simple je msk ayam... nk karamel2 kan gula mau jd gula hangit terus hahahha...

    ReplyDelete
  5. Sedap nmpak... Blh cuba nih nanti..

    ReplyDelete
  6. Wahhh..sedap! Nak buatlah esok..hihi


    Jemput singgah blog saya sis...

    http://blogmummyrifqiy.blogspot.com/

    ReplyDelete
  7. Queenpink suka makan nasi ayam. :)

    ReplyDelete
  8. My favourite food nasi ayam ni..kalau my mum masak nasi ayam.. 2x rabia tambah nasi tau..kalau dekat kedai pun.macam tu jugak 2x tambah nasi.nasi ayam karamel tak pernah makan lagi.mesti sedap ni.

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com