Saturday, August 09, 2014

Resipi Kek Oren Sunkist Blended Cheese

Assalamualaikum...

Semalam sempat buat dua jenis kek untuk bekalan cuti cuti Malaysia dengan family...Kek coklat dan kek oren...Tapi kali nih nak share dengan korang resipi kek oren sunkist blended cheese...Cheese dan aku tak boleh dipisahkan...Bila badan naik mula pot pet pot pet..hahaha...


Cara nak buat senang dan mudah aje tau korang...Pejam sebelah mata pun boleh..hehehe....

Bahan bahan dan cara nak buat

2 cawan tepung + 1 sdt baking powder...Diayak..Ketepikan...Dua biji oren sunkist (dibuang biji) + kulit oren (dibuang serat putih tuh) + 3 biji telur (gred A@size L) + 1 cawan gula pasir + 1 cawan minyak masak..blend hingga sebati. Kemudian tuang adunan dalam bekas lain..Masukkan tepung yang diayak sikit demi sedikit. Gaul guna spatula cara kaup balik..Dah sebati masukkan cheese cheddar yang diparut + secubit garam...Gaul sekejap bagi sebati..Kemudian masukkan dalam loyang kek yang digris dengan mentega..Bakar dengan suhu 160 darjah celcius selama 35-40 minit...

*cheese parut ikut pada korang nak buh banyak mana..Saya parut 1/4 aje cheese tuh..

*kalau tak nak letak cheese parut pun boleh..Cara buat sama aje cuma tak payah buh cheese.

*oren sunkist kalau tak nak dua biji boleh aje letak sebiji..ikut selera korang..

Kek nih sedap tau..Terasa keorennan dalam mulut tau..Rasa yang gebas gebus tuh perghh...Kalau nak bawak balik untuk mentua kat kampung boleh...Senang,mudah,jimat masa...

13 comments:

  1. sedapnya ada cheese
    thanks sharing recipe :)

    ReplyDelete
  2. kalau ada cheese buat apa pun jadi sedap.. hehehe

    ReplyDelete
  3. dh lama cuba resepi ni. Tp x prnh add cheese.

    Tifaanvar

    ReplyDelete
  4. menarik!

    klik oldtown for you..

    ReplyDelete
  5. Nmpk mudah je buat..leh buat nnt mimi..tq sharekan resepi

    ReplyDelete
  6. Macam sedap jer..nak cuba ler resepi Sis ni..

    ReplyDelete
  7. sedapnyaaa... buat sendiri cam ni puas hati

    ReplyDelete
  8. Wowww!! Macam nak cuba buat je.. cuma baking powder je takdak nak kna p beli.. yg lain2 smua ada..
    Sedapnya tengokkk

    ReplyDelete
  9. balik rumah nanti, nak suruh adik buatlah. dia minat kek2 ni. hehehe

    ReplyDelete
  10. Sedapnyaaa.. Tp syng kat umh blm ada oven.. Hehe

    ReplyDelete
  11. cantik naik tu
    sedap nampaknyer =)

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen.