Resipi Nasi Kalio Ayam

Resipi Nasi Kalio Ayam | Sebenarnya dari nasi ni pelbagai resipi kita boleh buat. Aneka nasi goreng, nasi lemak, nasi tomato dan sebagainya. Apabila memasak, kita perlu jadi kreatif untuk menghasilkan menu yang unik dan sedap. Kali ni nak kongsi dengan semua resipi nasi kalio ayam. Bila buat memang sedap. Sebenarnya nasi kalio ayam ni diilhamkan dari resipi asal Nasi Kalio Burung Puyuh oleh Angah Raja Lawak. 

Resipi ni dari rancangan kuali terbalik yang dikendalikan oleh Angah Raja Lawak bersama pelawak yang lain. Masa Angah Raja Lawak masak nasi kalio burung puyuh tu memang fokus dan ingat resipi serta cara memasaknya langkah demi langkah. Terus tulis resipi dalam buku dan cuba memasak dan olah sedikit saja resipi menggunakan bahan yang ada. Alhamdulillah menjadi dan sedap. 

Jom cuba masak Nasi Kalio Ayam untuk juadah berbuka puasa. 

Nasi Kalio Ayam


Nasi Kalio Ayam (Resipi asal Nasi Kalio Burung Puyuh) 

Bahan bahan perapan

1/2 labu @ 1 labu bawang besar dikisar
1 sdb serbuk rempah kurma
Ayam 

*Gaul tiga tiga bahan sehingga sebati. Perap bahan bahan tadi sekejap. Ketepikan.

Bahan bahan kuah

4 biji bawang merah dihiris 
3 biji bawang putih dihiris 
2 inci halia dihiris
1 sdb serbuk rempah kurma
2 sdb puri tomato
Bahan penumis 3 sekawan (kulit kayu manis+bunga cengkih+buah pelaga) 
2 sdb marjerin atau mentega (resipi asal guna minyak sapi)
1 sdb cili boh 
Garam dan serbuk perasa
Minyak (untuk menggoreng)

1. Masukkan marjerin/mentega. Tumiskan bawang mera, bawang putih dan halia sehingga naik bau. Kemudian masukkan bahan penumis tiga sekawan tadi. 
2. Kacau sebati dan masukkan pula rempah kurma, puri tomato dan cili boh. Gaul sebati. 
3. Kemudian masukkan bahan perapan yang dibuat tadi. Biarkan seketika sampai masak. 
4. Sementara itu panaskan minyak untuk menggoreng. Bila ayam dan kuah tadi dah masak, ambil ayam sahaja dan gorengkan ayam tadi sehingga habis. Dah masak ketepikan. 
5. Kuah dah maska boleh ditutup api. Ketepikan. 

Bahan bahan untuk nasi

Beras bramathi (boleh sahaja guna beras biasa)
Air
1 cawan Susu cair atau susu segar
Kismis (resipi asal tiada kismis tapi saja nak bubuh)

1. Basuh beras hingga bersih. Toskan beras biar kering. 
2. Masukkan susu cair @ susu segar, kismis, kuah yang dimasak tadi dan air. 
3. Masak nasi seperti biasa. 

**Untuk sukatan masak beras ni, contoh masak nasi 3 pot. Bila dah masukkan susu cair @ susu segar dan kuah, baru masukkan air dan sukat ikut sukatan nasi seperti biasa. Pastikan air masuk akhir sekali bagi memudahkan sukatan air untuk masak nasi. 

Resipi ni sebenarnya tak ada kuah pun. Macam mana dalam gambar, macam tu lah rupa resipi ni selepas dimasak. Tapi memang sedap dimakan begitu sahaja sebab cukup rempah dan rasa. Kalau nak berkuah boleh sahaja makan dengan menu tambahan lain seperti sambal contohnya. Selamat mencuba! 

Post a Comment

8 Comments

  1. pertama kali dgr nama resepi ni. unik. mesti sedap ni.

    ReplyDelete
  2. Ter wah wah dari tadi..ty so much for sharing. :)

    ReplyDelete
  3. Nampak ma susah jer...tapi kalu semua bahan cukup just beras biasa pun boleh rasanya macam senang jer...
    InsyaAllah blh cuba nanti... tkasih...

    ReplyDelete
  4. ooo..nasi tu kaler coklat sebab kuah ayam tadi la ye..
    boleh cuba resepi nih

    ReplyDelete
  5. Akak!! Makin lama ditenung gambar tu...makin teringin saya dibuatnya.Terliur kot...hehe

    ReplyDelete
  6. oooo...ni rupanya
    nampak sedaplah

    ReplyDelete
  7. First time dengar nasi kalio ni. Boleh cuba buat ni nanti

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com