Jenis Jenis Makanan Sejuk dan Berangin Yang Perlu Dielakkan Orang Yang Berpantang | Hai korang! Sorry tajuk panjang tapi Mimi nak share dengan korang JENIS JENIS MAKANAN SEJUK DAN BERANGIN YANG PERLU DIELAKKAN ORANG YANG BERPANTANG. Mimi bukan share ilmu sembernono tau sebelum update entry Mimi rujuk nenek Mimi merangkap bidan kampung. Mungkin ada yang tak setuju sebab semua makanan ni mempunyai khasiat tersendiri. Bukanlah Mimi nak halang korang makan tapi semua tu bergantung pada badan masing masing. Ada yang okey makan apa pun, ada yang tak okey. Bila makan jatuh sakit. Semuanya bergantung pada penerimaan badan masing masing.
Macam Mimi sendiri, selepas bersalinkan anak kedua, Auni, dah dua kali demam dan badan banyak angin. Paling teruk bila demam kali kedua sampai tak boleh bangun langsung. Semua tulang belikat bisa. Nenek Mimi cakap Mimi kena demam urat. Puncanya, faktor pemakanan, badan tidak diurut dengan betul atau tidak pantang dengan betul. Kesannya, kita akan alami pada masa akan datang. Sebab tu, orang berpantang kena pakai stoking, pakai pilis, bengkung dan sebagainya.
Dulu Mimi bukanlah jenis mudah kena angin tapi sebab masa pantang anak pertama adalah sebab munasabab yang menyebabkan pantang yang Mimi lalui tidak betul caranya. Kira memang berpantang tapi pantang yang biasa saja lah.
Jadi, apa kata kita semak antara makanan sejuk dan berangin yang tak boleh dimakan masa berpantang :-
a) timun
b) keladi
c) kentang
d) kacang dal
e) pulut
f) betik
g) air kelapa
h) kobis
i) nasi sejuk
j) rebung
k) nangka, cempedak
l)kangkung,bayam
m) tauhu jepun
n) tembikai
o) kacang panjang
Ini antara makanan jenis sejuk dan berangin yang Mimi tahu. Kawan kawan ada tahu tak makanan lain yang Mimi tak tahu. Boleh share share dekat sini. Sama sama kongsi ilmu dan ambil tahu. Macam Mimi cakap sebelum ni lain orang lain penerimaannya kan. Ada yang makan okey ada yang tak okey. Terpulang pada individu sendiri
25 Comments
GREAT :)
ReplyDeleteberanak mula2 memg org kata badan kuat lg..
ReplyDeletenanti lama2 br terasa. kita dh 8bulan beranak ni pun mak masih bising kalu nmpk minum ais ke..
lain tukang urut lain cara, ada tukang urut sy pun kata..urat bersalin xleh main kasar2..dia tersimpul je..golek2 gitu..x sakit mna pun..tp bila dia uut mak..menagis mak.sakit sgt.
kena masuk angin masa pantang hari tue..walaupun tak makan semua benda diatas....tapi dek kerana penat ngurus anak jer///done nuff
ReplyDeletemasa pantang dulu saya banyak makan halia dan blackpepper
ReplyDeletesemua yang tersenarai tu memang tak makan =)
Tp kadang2 tu termkn juga masa pantang.. hehe
ReplyDeleteAssalamualaikum kak mie, wahh ngeri pulak dengar. sheila maybe pantang kat kl je. risau dok cari tukang urut dah ni.. kalau kat kg suami, tukang urut dia best. ada 2 orang. 2 orang tu, sheila pernah try urut perut sebelum pregnant. memang best tapi nak cari sebest itu kat kl ni, macam rumit je. huwaaaa thanks sharing kak mie. singgah menabung bepanthen~~~
ReplyDeleteAssalamualaikum kak mie, wahh ngeri pulak dengar. sheila maybe pantang kat kl je. risau dok cari tukang urut dah ni.. kalau kat kg suami, tukang urut dia best. ada 2 orang. 2 orang tu, sheila pernah try urut perut sebelum pregnant. memang best tapi nak cari sebest itu kat kl ni, macam rumit je. huwaaaa thanks sharing kak mie. singgah menabung bepanthen~~~
ReplyDeleteair nescafe ngan teh tu memang suka sangat...
ReplyDeleteaduuh..nescafe tu memang kegemarann..hmm..kalau tak minum nescafe waktu pagi rasa nak terlentok je atas meja kerja.. (macam sekarang, sbb pagi tadi minum herbalife....hihi)
ReplyDeleteitulah time berpantang tu kena la jaga betul kan..jgn makan sembarangan.
ReplyDeleteHa ah, kena jaga..sebab effectnya kemudian hari...so berjaga jaga dengan makanan semasa pantang.......jgn ter terrr....hihii
DeleteMmg pntg semua tu sehingga setahun juga la...
ReplyDeletememang kena elak .. kalau tak, menangislah sorang-sorang kan.. kangkung ngan kobis tu memang Ros elak.. terung pun kan kak?..
ReplyDeletemak aiii...byk gila mkanan xleh mkan time bepantang ni..ehehe
ReplyDeletenescafe mmng suka mnm lps hbs pntang. Dlm pntng mnm milo ja.
ReplyDeletesya alah dgn laksa.saya tahu laksa tu mmg x boleh makan kalau da masalah. kebetulan msa tu sy baru je balik mengurut kt kg.
ReplyDeleteskali masa masak laksa mmber mmber suruh la rasa.kali ptama tolak ok lg.kali kedua.kena juga merasa.sikit je rasa.skali blik rumahmlm tu terus dmm.seram sejuk satu bdn.telan air cap badak berbotol botol.mmg serik dah skrg ni.huhu.
timun stakat ni ok lagi.smaa juga nasi sejuk.
tapi kalau kangkung, pucuk paku..memang reject terus.huhu
Berpantang anak sulong tu tak tahu lg. Bila dh merasa demam urat. Baru serik,so anak kedua mmg pantng bebetul :)
ReplyDeleteAsparagus tergolong x?
ReplyDeleteSy czer so pantang mkn ayam, telur, dgg, soya n mcm2.. Dlu mak ter msk sayur letak telur.. Mak aii azab gila bia luka czer bernanah.. Air soya plak sbb teringin.. Minum sket.. Mlm tu kna demam urat.. Gigil satu bdan.. Amik ko.. Hahaha.. Skrg gigih nk berpantang ank no 3..
ReplyDeleteSy czer so pantang mkn ayam, telur, dgg, soya n mcm2.. Dlu mak ter msk sayur letak telur.. Mak aii azab gila bia luka czer bernanah.. Air soya plak sbb teringin.. Minum sket.. Mlm tu kna demam urat.. Gigil satu bdan.. Amik ko.. Hahaha.. Skrg gigih nk berpantang ank no 3..
ReplyDeleteSeramnyaaaa,luka bernanahh ehhh~ adoiilah nakkk !
Deletesy skrg anak ptma skli demam urat ms tu kaki trhantuk. aduhhh mmg sakit. rs dduk kt kutub utara sjuj dia. lps hbs ptg, msuk mgrib bdn msti sjuk nk dmm. xleh mndi lwt2 kesejukkan dia lain mcm. smpai ke tulang. ni anak kedua, dmm sb bgkak susu. pun sakit. sb mkanan xda lg. huhu.
ReplyDeleteUshar sini untuk bagi makan kat member yang baru pas beranak.....
ReplyDeletebaru nak melawat bawakkan pisang goreng..keladi goreng...rupanya dak bolehhhh~
Thanks for info. Saya masa berpantang pon kalau boleh elak makanan2 berangin macam ni..
ReplyDeletehttp://towardsqualitylife.blogspot.my/2018/02/tips-hilangkan-masalah-eye-bag-tanpa.html?m=1
Betul semua makanan berangin ni memang kena elakkan masa tengah berpantang, palin elok kalau masih menyusu badan pun kena teruskan berpantang
ReplyDelete❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜
Lots of 💖
www.mimiazirah.com